Bab 28

23 3 0
                                    

Mak Ngah Amalia memaksa Eif dan Razin untuk mengait buah rambutan yang tumbuh lebat di halaman rumah.

"Kait yang tu, Eif! Tinggi sikit. Ha! Razin cepat kutip tu!" Mulut Mak Ngah Amalia riuh mengarah anak dan anak saudaranya.

Ifti duduk di pangkin tidak jauh dari kawasan pokok rambutan sambil menikmati buah itu.

"Cukup lah tu. Meh sini duduk makan." Ajak Mak Ngah Amalia. Eif menyeka dahinya yang berpeluh peluh. Penat dia kait isterinya dah duduk menikmati.

Razin membawa bakul besar berisi buah rambutan. Masing masing menghampiri tempat duduk di pangkin.

"Nah, abang." Ifti berikan buah rambutan yang sudah dia kopekkan untuk Eif.

"Thank you, sayang."

"Raz, mana Ziha? Lepas ja makan tengahari tadi ibu tak nampak pun dia kat mana mana."melilau mata Mak Ngah Amalia melihat sekeliling.

"Dia kat bilik, ibu. Ibu macam lah tak kenal perangai dia tak nak berpanas sikit." Jawab Razin.

"Pergi panggil Ziha tu makan buah ni."

"Ibu, Ziha tak makan buah rambutan lah. Dia makan buah buahan import je." Mak Ngah Amalia menggeleng kepala mendengar kata Razin.

Eif dan Ifti hanya diam. Tidak mahu masuk campur.

"Kalau tak makan pun panggil je. Nanti kecik hati dia. Raz ni hati batu betul." Omel Mak Ngah Amalia. Razin tersengih sebelum dia bingkas bangun menuju ke dalam rumah.

"Ifti, sedap tak buah tu?" Kali ini Mak Ngah Amalia bertanya kepada Ifti pula.

Ifti angguk kepala.

"Sedap! Ibu tengok lah ni. Dah bertimbun kulit rambutan ni. Mestilah sedap. Kan abang?"

"Betul lah tu, bu. Ifti ni dia tolak apa je. Tiang elektrik je kot."

Ifti mencubit paha Eif geram.

"Sakitlah sayang.." adu Eif sambil menggosok pahanya yang dicubit tadi.

"Ibu, ibu nak tahu tak semalam Ifti borong jajan lepas tu makan tak habis. Eif ni lah yang kena habiskan."

Ifti jeling Eif. Mak Ngah Amalia tergelak kecil melihat telatah mereka.

"Kalau Ifti habiskan abang tak dapat rasa!"ujar Ifti tidak mahu mengalah. Tak nak kalah dengan Eif!

"Eh, nama abang juga yang naik eh..."

"Dah lah. Ni jadi ke nak balik esok pagi?"

"Jadi, ibu. Ifti ada kelas sebelah petang." Mak Ngah Amalia mengangguk faham.

Petang itu mereka menghabiskan masa dengan menikmati buah rambutan tanpa sedar ada mata yang tidak berpuas hati melihat mereka.

Naziha mendengus.

"Ziha, abang nak cakap sikit."

"Abang nak cakap apa?" Rimas Naziha.

Razin menyentuh lengan Naziha.

"Kenapa Ziha buat perangai macam ni? Sejak semalam sampai hari ni ada je nak protes. Ziha nak apa?" Naziha menyentak tangannya dari genggaman Razin.

"Ziha tak nak apa apa."

"Ziha..."

"Abang, kalau abang ajak Ziha keluar ni nak cari salah Ziha depan semua baik abang tak payah panggil lah." Naziha masuk semula ke dalam rumah meninggalkan Razin sendiri.

Razin melepaskan keluhan berat.

..................................

"BARANG semua takde yang tinggal kan?" Soal Mak Ngah Amalia kearah Eif.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now