Bab 3

106 12 1
                                    

Segala dokumen yang telah dipersetujui dan ditandatangani diserahkan semula kepada Eif. Ifti mengetuk-ngetuk meja menggunakan jari jemarinya.

"So, bila awak boleh hantar bodyguard untuk papa saya?"soal Ifti tidak sabar. Eif menghadiahkan senyum manis kepadanya.

"Kalau awak nak petang ni pun saya boleh hantar."

"Seriously?!" Kata Ifti teruja.

"Awak client saya, cik Ifti. My priority." Balas Eif sambil matanya masih melekat pada dokumen.

"Hihihi. Awak hantar esok ajelah. Kalau awak hantar petang ni confirm papa bebel saya."Eif tersenyum lagi. Suka dia melihat celoteh Ifti. Jika 4 tahun lepas tidak pernah berlaku peristiwa itu mungkin ketika ini mereka sedang bahagia bersama. Mungkin dah ada anak.

"Encik Eif!" Meja dihentak perlahan. Eif tersedar dari lamunannya. Ifti geleng kepala sambil kembali duduk.

" Encik Eif ni sama macam papa saya. Suka sangat mengelamun."komplen Ifti. Eif hanya mampu tersenyum.

Ifti melihat jam pada pergelangan tangan kirinya. "Saya nak kena gerak dulu. Nanti papa saya risau pula."

Eif menghantar Ifti sampai ke lif. Ifti menundukkan sedikit wajahnya sebelum memandang Eif kembali.

"Thanks, encik Eif."ucap Ifti ikhlas.

"Most welcome, Ifti. You're my priority. Remember?"

"What?" Pintu lif sudah tertutup. Ifti bersandar pada dinding lif.

"You're my priority. Remember?"

Ifti urut perlahan kepalanya. Kata-kata itu seakan pernah didengarinya sebelum ini. Sangat dekat dihatinya.

Pintu lif terbuka. Khai yang baru sahaja ingin masuk terkejut melihat Ifti yang berada di dalam lif.

"Macam mana cik boleh masuk dalam lif ni?"soal Khai pelik. Ifti turut pelik. 'Dia ni kenapa? Ingat lif ni dia punya aje ke?'

"Cik ni yang kat butik hari tu kan? Ermm.. cik Ifti? Am i right?"

"Yup! Err... kenapa awak terkejut sangat ya bila saya turun guna lif ni?" Soal Ifti sambil menunjuk kearah lif yang dia naiki tadi.

"Hmm.. actually, lif yang awak naik ni hanya saya dan Eif aje yang boleh guna."balas Khai bersama sengihan.

Ifti berpusing membelakang Khai. Mukanya ditekup dengan kedua belah tangan. 'Aduhhhh buat malu aku aje! Tapi lelaki tadi tak tegur pun aku. Papa! Ifti malu!!!!' Jerit batin Ifti. Dia kembali memandang Khai.

"Hmm... Encik Eif yang bawa saya ke lif ni tadi. Saya cuma masuk aje."Ifti garu kepala yang dibaluti tudung.

"Ahh.. Macam yang saya sangkah lah."
"Maksud awak?"

"Lif ni cuma access kad saya dengan Eif. Hmm tak apalah. Kalau macam tu saya naik dulu ya?" Khai scan kadnya dan pintu lif terbuka. Sempat lagi Khai melambai kearahnya sebelum pintu lif tertutup.

Ifti termenung sendiri. Dia rasa seperti Eif memberikan dia layanan yang istimewa. Langkah diatur keluar dari bangunan Empire Legacy.

Skip*

"Dato' kita nak balik terus atau Dato' ada nak singgah ke mana-mana?" Pak Man melihat sekilas melalui cermin pandang belakang. Dato' Imran geleng.
"Man, awak tahu tak kat mana saya boleh cari Rifqi?"

"Saya tak pasti, Dato'. Sebab dah empat tahun dia tak pernah balik ke rumah. Dato' takkan tak pernah berhubung dengan dia?"soal Pak Man kembali.

"Dia tu misteri, Man. Bila dia call saya mesti pakai private number. Saya risau keadaan dia. Macam-macam dah jadi dalam hidup dia empat tahun lepas. Ifti buta, Dato' Amsyar dan Tan Sri Amirullah maut dalam kemalangan di London tapi saya faham kenapa dia sembunyikan diri dan tak muncul langsung dihadapan Ifti. "

"Mungkin dengan cara tu dia boleh lindungi Ifti dari jauh tapi Man... Saya harap sangat dia akan munculkan diri dia sekarang sebab kita tak tahu ajal maut kita bila sampai dan kalau masa tu saya dah tak ada biarlah dalam keadaan Ifti berada dalam jagaan Rifqi."

Pak Man angguk mendengar. Dato' Imran buang pandang ke luar tingkap.

"IFTI! Dato' Imran dah sampai tu."laungan Kak Zah dari depan buatkan Ifti bergegas keluar dari dapur. Dia berlari mendapatkan Dato' Imran.

"Awalnya papa balik hari ni? Tak banyak kerja ke?"Ifti mengambil briefcase dari tangan Dato' Imran.

"Kerja Ifti takkan pernah habis lagipaun papa nak spent time dengan Ifti. Dah lama kan kita tak berbual petang-petang macam ni. Oh ya, kelas hari ni macam mana? Okey?"

Mereka duduk di sofa. Kak Zah muncul dari dapur dan meletakkan air yang dibancuhnya tadi.

"Hari ni kelas cancel jadi Ifti jalan-jalan aje. Pergi MPH sekejap lepas tu Ifti pergi Empire Legacy."

"Empire Legacy?"

"Yup. Alah, syarikat servis bodyguard yang femes tu." Ifti membuat carian google dan ditunjukkan kepada Dato' Imran.

"Ifti buat apa kat sana? Nak hire bodyguard ke?" Dato' Imran hirup kopi panas itu.

"Hmm. Bodyguard untuk papa."

Tak pasal pasal Dato' Imran tersedak apabila mendengarnya. Ifti pantas mengurut belakang Dato ' Imran bagi meredahkan batuknya.

"Kamu biar betul Ifti? Bodyguard untuk papa buat apa? Papa boleh jaga diri."
"Ifti tahu tapi Ifti risaulah. Papa pergi mana-mana tanpa bodyguard kalau jadi apa apa macam mana?"Ifti mula menyuarakan kerisauannya.

Dato' Imran mengusap lembut kepala anaknya itu.

"Papa takkan apa-apa sebaliknya papa yang risau dengan Ifti sekarang ni."ujar Dato' Imran pula.

"Lah. Buat apa nak risau soal Ifti, pa? Ifti boleh jaga diri lagipun kan kalau kat kolej ramai aje kawan. Zarif pun ada kalau setakat nak protect Ifti."

"Zarif yang lembut tu?" Teka Dato' Imran. Ifti angguk pantas.

"Maaf tapi tak harap sangat Zarif tu."balasnya. Ifti cebik bibir. "Dia cuma lembut ajelah pa tapi luaran dia tetap lelaki."

"Papa tahu tapi takkan dia nak kena lindungi tiga orang perempuan sekali gus? Kalau korang kena serang ke apa susahlah dia nanti." Kali ini Dato' Imran menggambarkan situasi agar Ifti lebih faham.

"Betul juga."kata Ifti setuju dengan kata-kata Dato' Imran.

Kak Zah membawakan kek batik yang dibuat tadi lalu dihidangkan untuk minum petang.

"Kek batik Kak Zah memang terbaik!"puji Ifti buatkan Kak Zah tersipu malu.

"Ifti ni. Tak perlu lah nak puji kek batik kak Zah ni selalu sangat. Bukannya ni kali pertama kak Zah buat."ujar Kak Zah lalu kembali ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam.

"Pa, malam ni boleh tak Ifti nak keluar dengan kawan-kawan? Nak tengok wayanglah pa. Boleh tak?"pinta Ifti. Dato' Imran memandang Ifti. "Kawan-kawan Ifti yang tiga orang tu juga ke?"

"Yup! Ifti janji tak balik lewat. Please, pa?"

Lama Dato' Imran berfikir sebelum mengangguk.

"Zarif ambil ke?"

"Haah. Hantar pun Zarif juga nanti."

"Hmm. Yelah. Jangan balik lewat sangat."

"Thanks, pa!" Ifti cium pipi Dato' Imran laju sebelum bergegas naik keatas.


TBC

Follow, vote and comment macam biasa lah😀 Btw, dorang ni still husband and wife.

Bodyguard : His SchatTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang