Bab 26

25 5 0
                                    

KERETA mewah Eif berhenti betul betul dihadapan sebuah rumah kampung biasa tapi cukup besar. Ifti keluar dari kereta sambil matanya memandang sekeliling kawasan rumah itu. Eif yang sedang mengeluarkan beg pakaian mereka dari bonet belakang tersenyum melihat reaksi Ifti.

"Kampung ni cantik lah. Keluarga abang memang asal sini ke?" Ifti berpaling kearah Eif.

Eif menuju kearah Ifti bersama beg pakaian mereka.

"Abang takde kampung, sayang. Ibu je yang tinggal sini dengan suami dia sebab ni kampung suami ibu. Lepas suami ibu meninggal, ibu tak sampai hati nak tinggalkan rumah ni, kenangan mereka dekat sini." Jelas Eif. Ifti terangguk angguk kepala.

"Jom, naik dulu. Kita jumpa ibu lepas tu kita jalan pusing kampung ni." Cepat saja Ifti bersetuju.

Mak Ngah Amalia kebetulan menjenguk keluar untuk melihat gerangan kereta di halaman rumahnya, terkejut melihat Eif dan juga Ifti. Ifti pantas memeluk tubuh Mak Ngah Amalia gembira.

"Rindu ibu!" Ujar Ifti teruja.

"Ifti, kenapa nak balik sini tak bagitahu? Eif?"

Eif menggaru keningnya sendiri.

"Saja nak surprise, ibu!" Ifti menjawab bagi pihak Eif.

"Allah! Ibu tak beli barang dapur lagi ni. Takkan ibu nak jamuh korang berdua telur je. Dah, meh masuk dulu. Nanti ibu keluar beli barang dengan Razin."

"Razin ada kat sini ke, ibu?" Soal Eif. Matanya memandang ke dalam rumah. Tangannya sudah mengangkat semula luggage mereka.

"Haah. Dia dengan Ziha balik semalam lagi. Kebetulan pula kamu pun balik kan."

Ifti menjongket kakinya sedikit lalu berbisik kepada Eif.

"Razin siapa?"

Eif tersenyum kecil. Geli hatinya melihat Ifti begitu. Siapa suruh comel sangat tinggi tu?

"Cousin abang. Anak ibu. Sayang tak ingat eh?" Ifti menggeleng. Polos saja.

"Slow slow, okay? Jom masuk."



.....................




"SEAN, diorang luar kawasan KL sekarang ni." Sean tersenyum sinis mendengar. "Biarkan. Bagi diorang nikmati hari hari terakhir bersama dulu."

Orang kanan Sean mengangguk faham. Dia keluar dari bilik itu. Sean memandang Rina yang tidak sedarkan diri atas katil. Wajah itu sudah lebam lebam dikerjakan.

Sean ambil botol air mineral di atas meja lalu dicurah pada wajah Rina. Rina tersentak. Pedih luka pada wajahnya disebabkan curahan air yang mengena pada lukanya.

"Aku ada tugas untuk kau."

Rina menikus. Tidak berani untuk bersuara atau membantah ketika ini.

Sean mencengkam kedua pipi Rina kasar.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Jerkah Sean lagi. Rina mengangguk ketakutan.

"Bagus. Kalau kau ikut cakap aku, aku akan lepaskan kau. Kau akan selamat tapi kalau kau bantah cakap aku..." Rambut Rina pula dicekak kasar.

"... Mati kau aku kerjakan! Faham, sayang?"

Rina angguk lagi.

"Faham ke tak?!!"

"Fa... Faham..!"

Sean tersenyum puas. Dia melepaskan Rina lalu keluar dari bilik itu.

"Ifti.... Aku minta maaf..." Rintih Rina sambil menangis teresak esak.




...........................




Pasaraya

Ifti menolak troli mengikuti langkah Eif dihadapan. Suaminya itu fokus melihat senarai barang yang dipesan oleh Mak Ngah Amalia.

Disebabkan Razin dan Ziha tak balik balik lagi terpaksalah mereka yang keluar membeli barang dapur.

"Abang, Ifti penatlah tolak troli ni. Berat!" Adu Ifti. Dahlah isi dalam troli tu dah penuh. Makin beratlah troli tu!

Bukan sebab dia malas nak tolak eh. Cantik sikit.

Eif berpaling ke belakang melihat wajah cemberut Ifti. Bibirnya mengukir senyum nipis.

"Meh abang tolak troli, sayang pula tengok senarai barang tu. Mana yang nak kena beli lagi. Abang dah tick siap siap barang yang kita dah ambik."

Mereka bertukar peranan. Ifti melihat senarai barang beberapa kali sebelum mengambil beberapa jenis bahan mentah yang lain. Dalam Ifti memandang sekeliling rak makanan yang ada, sempat juga tangannya mengambil makanan ringan yang dia mahu.

"Sayang, satu balang lolipop dah ambik tadi kan?" Tegur Eif lembut.

"Ala, tapi yang ni jenama lain. Yang ni Big Top. Ifti ambik tadi Chupa Chups."

Eif bercengkak pinggang memandang Ifti. Ada saja akal Ifti semenjak ingatannya pulih.

"Chupa Chups ke, Big Top ke gula gula kapas ke abang nak Ifti pilih salah satu. Sayang tak takut kena diabetes ke? Cukup abang sorang je diabetes tengok muka comel sayang ni hari hari." Sempat lagi Eif mengusik Ifti.

"Abang ni! Yelah yelah. Ifti letak balik yang ni. Abang ni suka sangat larang Ifti nak apa apa ke nak buat itu ini. Tak suka!"

Eif tersenyum melihat Ifti yang kebudak budakkan.

"Sayang nak borong satu pasaraya ni pun borong la tapi sayang tak boleh asyik nak makan gula gula je. Nak benda lain boleh." Wajah Ifti yang tadi masam mencuka mula bertukar dengan senyum nakal.

"Betul ni? Ifti boleh ambik benda lain?"

"Ambiklah, sayang. Jangan gula gula dah lah."

"Okay!"

Laju saja tangan Ifti memasukkan makanan ringan yang dia nampak. Eif bercekak pinggang.

"Sayang, abang rasa kita perlu satu lagi troli." Kata kata Eif memgundang tawa halus Ifti.

Ifti mengambil balik makanan ringan yang lain lalu diletak semula ke rak.

"Eh? Kenapa letak balik? Abang tak larang pun sayang nak tu..."

"Ifti saja lah usik abang tadi. Nak tengok betul ke abang tak kesah Ifti ambik makanan ringan yang lain." Selamba Ifti. Eif tersenyum.

"Sayang ni. Tunggu sini. Abang nak ambik troli lain."

"Tak payahlah abang."

"Sayang tak nak tapi abang nak. Ingat sayang je ke nak cari makanan ringan? Abang pun nak lah. Tunggu sini."

Ifti mengikut arahan. Dia hanya berdiri di tempat yang sama tidak bergerak walau seinci. Eif muncul semula bersama satu lagi troli.

"Sayang betul betul eh tak bergerak dari tadi? Hahaha awak ni sayangggggg." Pipi Ifti dicuit.

"Mestilah! Abang suruh tunggu sini kan."

"Abang takde suruh sampai tak bergerak." Ifti tersengih.

Laju saja Ifti memasukkan balik makanan ringan tadi ke dalam troli baru yang diambil Eif.

Fokus kembali terarah pada senarai barang yang belum ada. Telefon Eif bergetar dari dalam poket seluar.

Berkerut dahi Eif melihat nombor yang tidak dikenali itu.

"Hello?"







"I cherish every moment we spend together and look forward to many more beautiful memories with you."

- Ammar Rifqi -





TBC

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now