Bab 23

33 7 0
                                    

Empire Legacy...

"CONFIRMED. Telefon ni dah kena hack." Ifti tutup mulutnya menggunakan tapak tangan.

Sean siapa sebenarnya?

Eif mengeluh perlahan sambil memerhati Khai yang masih cuba untuk mengesan sebarang aplikasi illegal yang dipasang untuk mengintip pergerakan Ifti selama ni.

"Aku sarankan buat masa sekarang ni Ifti kena try untuk avoid lelaki ni. Kita tak tahu dia nak apa sebenarnya dari Ifti..."

"Dia orang Tan Sri Mansor." Khai mati kata mendengar.

Dahi Ifti berkerut.

"Aku dah agak dia mesti ada kena mengena dengan orang tua tu." Ujar Eif lagi.

"Orang yang cuba nak bunuh Ifti dulu ke?" Eif mengangguk. Wajah itu tegang.

Ifti terdiam.

Eif ambil telefon pintar Ifti yang dihulur oleh Khai. Tangan Ifti ditarik perlahan supaya mengikuti langkahnya. Kini mereka menuju ke kereta Eif.

"Guna telefon yang abang pernah bagi awak tu." Kata ganti nama untuk Ifti sudah bertukar kepada 'awak'. Bukan lagi 'sayang' atau 'Ifti'.

Eif marahkan dia?

"Abang marah Ifti?" Terpacul juga pertanyaan itu dari mulut Ifti.

Eif tidak menjawab. Dia memandu keluar kereta itu. Ifti turut diam. Tidak tahu cara untuk berkomunikasi dengan Eif ketika ini.

"Ifti minta maaf kalau abang marah pasal ni. Sumpah, Ifti tak tahu yang Sean macam tu..."

"It's not only about him, Ifti." Potong Eif.

Ifti pandang Eif yang masih lagi fokus memandu namun wajahnya jelas kelihatan tegang.

"Awak dah tahukan kemalangan arwah papa dan tok ayah abang 4 tahun lepas?" Ifti mengangguk. Menanti dengan sabar apa yang cuba Eif sampaikan.

"Papa... Dan tok ayah bukan meninggal disebabkan kemalangan jalan raya semata mata... Kemalangan diorang hari tu dirancang."

Kuat genggaman tangan Eif pada stering kereta.

Ifti tergamam mendengar.

"Dirancang?"

Eif memberhentikan kereta dibahu jalan.  Hazard signal ditekan. Kali ini Eif mengubah posisi diri menghadap Ifti. Jemari halus Ifti dicapai lalu digenggam erat.

"Abang minta maaf sebab awak terlibat dalam hal ni. I... I never thought..." Eif tertunduk. Ifti buka seatbelt dan terus mendakap Eif.

Pertama kali dia melihat Eif menangis seteruk itu. Eif perlahan membalas pelukan Ifti.

"Abang tak perlu cerita kat Ifti pasal tu kalau benda tu cuma buat abang makin terluka dan sakit." Pujuk Ifti. Eif masih teresak dalam pelukan Ifti. Wajah itu dibenam pada bahu Ifti.

Ifti senyum. Pelukan dileraikan. Airmata yang masih tersisa pada pipi Eif diseka menggunakan jemarinya.

"Kali ini Ifti akan sentiasa dengan abang. Apa pun yang jadi we'll get through this together, okay?"

"Sayang tak menyesal stay dengan abang? If sayang nak stay dengan papa kat England abang boleh arrange..."

"Abang, don't you get it? I want to stay! With you!"

"Sayang, abang tak..."

"Ifti dah ingat abang! Maybe not everything but enough for me to remembered about us!" Eif terdiam mendengar.

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now