Bab 7

79 7 1
                                    

"Excuse me,"

Ifti dan yang lain mengangkat wajah melihat gerangan orang yang menegur.

Seorang lelaki seperti berbangsa cina mengukir senyuman untuk mereka.
"Saya nak tanya fakulti sains komputer kat mana ya? Untuk post-graduated."

Rina sudah tersenyum-senyum melihat lelaki itu. Ifti menyiku perlahan. "Hah? Err... Awak ikut lorong depan lepas tu belok kanan. Nanti awak nampaklah papan tanda sains komputer."

Laju je Rina menjawab.

"Ouh? Thanks! Sorry sebab kacau you all. Saya baru kat sini. Tak sure sangat lagi pasal kawasan sekitar. Btw, saya Sean." Sean menghulur tangan untuk berjabat. Zarif pantas menyambut.
"Saya Zarif yang bagi tunjuk jalan tu Rina. Ni Ifti dan sebelahnya tu Najihah. You can call her Naj or whatever."

"Memandai je bapok ni." Getus Naj perlahan namun berkat telinga lintah Zarif dia masih dapat mendengar.

Zarif menjengilkan mata melihat Naj. Bapok tak bapok kang aku pang baru tahu!

"Nice to meet you guys. Err.. Boleh saya join sekali? Sebab saya tak kenal sesiapa lagi kat sini. Meja pun nampak penuh dengan yang lain." Ujar Sean lagi.

"Sure! Duduklah." Sean duduk disebelah Ifti.

Ifti agak kekok duduk bersebelahan dengan Sean. Bukan sombong tapi hatinya rasa sesuatu yang lain seperti tidak selesa.

Pelik?

Tengah yang lain berborak dengan Sean, telefon pintar Ifti berkelip. Ifti membuka lockscreen dan melihat whatsapp dari Eif.

Ifti. Boleh keluar sekarang tak? Urgent! - Eif

Dahi Ifti berkerut. Dah kenapa? Kelas aku ada satu lagi petang ni. Desis hati Ifti.

Kenapa? Saya ada kelas lagi petang ni.

Ifti menanti balasan Eif. Sean yang meneguk airnya melirik kearah skrin telefon Ifti. Bibirnya tersenyum sedikit.

Your dad masuk hospital. Heart attack. Tunggu saya kat depan gate. My friend will be there in a minute. - Eif

Selepas membaca balasan Eif, Ifti terus mengemas buku-bukunya. Rina pelik.

"Beb, kau nak pergi mana?" Soal Rina.

"Aku kena pergi hospital. Papa aku kena heart attack. Rina, bagitahu Dr Hidayah yang aku tak dapat masuk kelas dia hari ni!" Kelam kabut Ifti berkata. Rina mengangguk.

"Lepas kelas kitorang pergi hospital. Kau bagitau dalam grup tau bilik wad berapa." Pesan Zarif pula.

"Nak saya hantarkan ke?" Sean juga tidak ketinggalan.

"It's okay, sean. Aku gerak dulu tau!"

Hospital

"RIFQI..."

Eif menoleh kearah katil. Dia mendekati Dato' Imran lalu tangan tua itu diraih.

"Yes, pa?"

"Janji dengan papa.. Kamu akan sentiasa berada di sisi Ifti selepas ni? Jangan tinggalkan dia lagi. Boleh kan?" Ujar Dato' Imran lemah.

"Rif janji papa. Rif akan jaga Ifti macam nyawa Rif sendiri."

"Rif... cuma kamu saja harapan papa untuk jaga satu satunya jantung hati papa tu."

Eif senyum sambil mengangguk.

"Jantung hati Rif juga, pa." Kata-kata Eif mengundang tawa lemah Dato' Imran.

Pintu dikuak agak kasar dari luar membuatkan Eif pantas berpaling untuk bertindak menjaga Dato' Imran. Namun tindakannya terhenti apabila melihat wajah risau itu.

"Papa! Kenapa boleh jadi macam ni? Kan Ifti dah banyak kali kata papa jangan stress sangat." Habis seluruh tubuh Dato' Imran diperiksanya.

"Ifti, papa sakit jantung lah." Teguran Dato' Imran menyebabkan Ifti malu sendiri.

'Adoi! Bengaplah aku ni. Papa sakit jantung yang aku belek luaran asal?' Getus hati Ifti.

"Ifti datang sini naik apa, sayang?" Tangan Dato' Imran naik membelai kepala Ifti yang berlapiskan tudung bawal.

"Kawan Eif jemput Ifti kat kolej tadi." Balas Ifti ringkas.

Beg galas Ifti dibuka dari bahu oleh Eif. Ifti sedikit tersentak namun hanya menurut.

"Abang letak kat sini." Ujar Eif sambil meletakkan beg itu diatas sofa yang ada dalam wad.

"Abang?"

Eif terkaku. Lidahnya kelu kerana dia tahu dia sudah terlepas cakap.

"Abang? Sayalah. Mana ada saya bahasakan diri saya abang. Awak dengar apa?" Dalih Eif cepat-cepat. Berkerut dahi Ifti.

Rasanya dia dengar lelaki itu bahasakan dirinya abang.

"Nevermind. Pa, rehat ya? Hari ni Ifti jaga papa sampai sihat." Dato' Imran ukir senyum nipis.

"Yelah. Papa pun mengantuk ni. Kamu berdua berbual lah dulu."

"Okay, pa."

Ifti mengemaskan selimut ditubuh Dato' Imran sebelum berjalan mendekati Eif.

"Awak dah lunch? Kalau tak awak lunch dulu. Saya jaga papa." Usul Ifti. Eif geleng.

"Tak apa. Awak pergilah dulu."

"Tak apa. Saya masih boleh tahan lagi."

"Kita lunch sama nak?" Kali ini Eif memberi cadangan.

"Papa?"

"Saya dah suruh kawan-kawan saya tolong jagakan. Tak perlu risau. Jom." Ifti senyum nipis sebelum mengikuti langkah Eif.



TBC

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now