Bab 10

42 5 0
                                    

RINA berjalan sendiri menuju ke perpustakaan terpaksalah dia pergi sendiri memandangkan yang lain masih lagi ada kelas pada waktu itu.

Tengah dia mengelamun sendiri seseorang terlanggar bahunya sehingga dia jatuh terduduk.

"Aduh! Sakitnya..." Adu Rina sambil menggosok pinggangnya yang sakit akibat terjatuh.

"Rina? Sorry! Sorry! Saya tak sengaja!" Sean membantu Rina untuk berdiri. Barang peribadi Rina yang terkeluar dari beg dia masukkan semula dalam beg.

"Sean? Awak buat apa kat sini?"

"Saya nak pergi library. Nak kena buat research sikit untuk thesis. Nah, beg awak." Tote bag Rina bertukar tangan.

"Thanks! Kalau macam tu kita pergi sekali lah? Saya pun kebetulan nak pergi ke sana."

"Sure."

Skip*


"Penat sangat lah hari ni." Keluh Naj. Zarif menggulingkan matanya.

"Meh bag kau. Aku bawa kan."Zarif mencapai beg Naj.

"Nyah, kau bawa batu ke apa? Berat nak mampuih!" Naj memukul bahu Zarif keras.

"Sakitlah!"

"Tahu pun! Kau nak tolong aku tu ikhlas ke tak? Bagi kang haa..."

Zarif menjeling gedik.

"Sotong ni kang aku masak kau celup tepung baru tahu!" Omel Naj sendiri sebelum mengejar langkah Zarif yang di depan.

"Tunggulah aku woi!" Naj menarik hujung bagnya yang dibawa Zarif.

"Kau tu yang lambat. Eh, tu bukan Ifti ke? Nyah!"

Ifti berpaling. Pantas dia berlari anak mendekati Naj dan Zarif.

"Korang dah jumpa Rina ke?" Soal Ifti. Kedua rakannya itu menggeleng.

"Asal, nyah? Kau dah ke?" Ifti pandang Zarif.

Mamat sorang ni tak habis habis nyah nyah kan aku. Aku nyah kan kau kang.

"Aku tadi nak masuk library tapi aku nampak Rina dengan Sean. Berdua study sama." Ifti sudah tersenyum senyum.

"Dorang ada apa apa ke? Aku nampak Sean tu boleh tahan handsome juga." Naj pula bertanya.

Ifti jongket bahu. "Untung eh Rina."

"Eleh, kau pun apa kurangnya. Bodyguard kau tu boleh tahan handsome kot. Adjust lah sikit.." Naj menjeling Zarif.

"Kau tak payah nak mengunyit kat sini. Aku sunat kau kali kedua kang! Sedar sikit kau tu lelaki!" Ifti tergelak perlahan. Zarif mengejek Naj.

"Aku tak kata untuk aku."

"Habis tu? Nak adjust untuk siapa pula?"

"Untuk kau lah, nyah! Manatahu perangai kau yang kalah jantan ni boleh jadi perempuan melayu terakhir kat sini." Sinis sindiran Zarif. Naj yang seakan mahu memukul Zarif itu cepat cepat dihalang Ifti. Kalau tak mahu bertomoi kat depan ni!

"Dah! Dah! Jom kita masuk jumpa Rina. Karang dia merajuk susah nak pujuk!" Ifti berjalan beriringan dengan Naj. Meninggalkan Zarif sendiri dibelakang.

"Nyah! Tunggulah aku!"


..........................


Mereka keluar dari library tepat pukul 3 petang. Sean berhenti melangkah kerana dia ada lagi kelas selepas itu.

"So, I see you soon?" Ujarnya kepada Rina.

Rina senyum malu malu sambil mengangguk kepala.

"Sure."

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now