Bab 19

37 7 0
                                    

TERGAMAM. Itulah yang reaksi pertama Ifti apabila masuk ke dalam rumah condominium itu. Bukan kondo biasa eh. Kondo mewah!

"Ifti duduk sini buat sementara waktu. Bilik awak yang sebelah sana." Eif menunjukkan ke satu arah.

Ifti memandang wajah Eif. "Ni ke safe house yang awak kata tu?"

"Yelah."

"Safe house awak.. Kondo mewah ni ke? Memang semua klien awak yang perlu safe house akan duduk kondo mewah macam ni?" Bertubi tubi soalan dilontarkan kepada Eif.

Eif hanya tersenyum.

"Awak klien pertama dapat layanan macam ni."

Buntang mata Ifti mendengar. Belum sempat dia nak tanya lebih, Eif dah angkut beg pakaian miliknya menuju ke salah satu bilik yang ditunjukkan awal tadi.

"Ni bilik awak buat masa sekarang ni."

Mata Ifti memandang seluruh bilik itu dengan tidak percaya. Hiasan bilik itu serba mewah dan yang penting dinding bilik itu adalah warna kegemarannya. Sapphire blue.

"Cantik..." Ujar Ifti perlahan. Masih lagi terpesona dengan bilik itu.

Eif tersenyum. Bukan kerana keterujaan Ifti tapi akhirnya Ifti kembali semula ke tempat mereka dulu. Ya. Bilik itu adalah bilik mereka bersama sebelum ini. Rumah kondo itu adalah rumah yang Eif hadiahkan untuk Ifti masa hari perkahwinan mereka.

Sapphire blue. Itu adalah warna yang dipilih sendiri oleh Ifti untuk bilik mereka itu.

#Flashback

"Ifti nak sapphire blue untuk bilik kita ni." Jari Ifti menunjuk kearah sample warna yang diberi oleh interior designer yang dia upah untuk kondo mereka itu.

"Betul ni? Tak nak colour lain?" Uji Eif. Ifti menggeleng pantas. "Abang dah suruh Ifti pilihkan? Hah! Nak colour ni juga."

Eif senyum senget.

"Kenapa bilik kita je colour lain? Bahagian lain semua putih."

Ifti senyum gembira. "Sebab bilik ni special untuk kita. Nak semua favorite Ifti ada dalam ni. Including you, husband."

"Oh, I'm your favorite too, I guess."

"Indeed!"

Mereka ketawa bersama diruang tamu itu. Masih lagi membelek sample warna yang ada.

#Endflashback

"EIF!"

Eif tersentak. Dia mengelamun rupanya. Ifti melihatnya dengan pandangan pelik. Entah dah berapa kali dia panggil pun tak tahu.

"Okey tak? Mengelamun je."

"Oh! Okay, okay. Saya keluar dulu. Apa apa awak panggil je saya."Belum sempat Eif keluar dari bilik tu Ifti menahannya.

"Kita... Tinggal satu rumah ke?"

Eif pandang wajah serba salah Ifti. Walaupun dia tahu mereka boleh je duduk serumah sebab mereka tu suami isteri tapi Ifti masih tak ingat dia siapa. Eif mengeluh perlahan.

"Jangan risau, Ifti. Saya tak gila lagi nak tinggal satu rumah dengan awak. Saya tinggal tempat lain. Jangan risau." Eif meyakinkan Ifti.

Ifti mengangguk faham. Eif keluar dari bilik itu.




..........................




SEAN mendengus. Stering kereta ditumbuk kuat. Rumah banglo mewah yang diduduki oleh Ifti selama ini kosong! Tak guna!

Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now