Bab 24

32 6 0
                                    

Eif mencarik carik isi ayam goreng di pinggan Ifti. Wajah itu masih muram. Mata sembap akibat banyak menangis.

"Makan, sayang."

"Ifti takde selera." Jawab Ifti. Sudu ditangan bergerak bermain dengan nasi dan ayam yang sudah dicarik oleh Eif.

"Ifti sayang, makan." Mendengar ketegasan Eif terpaksa jugalah dia menelan makanan itu. Memang perutnya sudah minta untuk diisi sejak tadi tapi semuanya terasa pahit ketika ini.

"Silap Ifti..." Eif menatap wajah sendu dihadapannya itu.

"Patutnya Ifti tolak pelawaan Sean hari tu. Patutnya Ifti dengar cakap abang bila abang kata sesuatu pasal Sean."

"Jangan cakap macam tu, sayang."

"Semua kawan kawan Ifti dah bencikan Ifti. Diorang ingat Ifti rampas kekasih Rina. Kawan baik Ifti sendiri."

Menitik lagi airmata Ifti. Eif bangun dan mengambil tempat disebelah Ifti. Airmata Ifti diseka. Wajah sembab itu direnung lembut.

"Jangan salahkan diri sayang. Abang tak suka tengok Ifti macam ni." Eif memujuk.

Nasiblah mereka duduk dipejuru restoran yang agak tertutup dari pelanggan yang lain.

"Kalau abang nampak gambar tu mesti abang pun akan percaya yang Ifti tikam belakang kawan baik sendiri..."

"Hei, hei. Kenapa cakap macam ni? Sayang, bagilah gambar apa pun abang takkan percaya seratus peratus. Abang kenal isteri abang."

"Tak percaya seratus peratus tapi abang tetap akan percaya juga kan walaupun peratus kecil?" Eif garu kepala sendiri. Sedih sedih pun sempat juga isterinya itu membuat soalan perangkap untuknya.

"Tak, sayang. Abang kenal isteri abang macam mana. Abang percayakan Ifti. Hundreds of percent!"

Ifti tergelak perlahan. Airmata diseka menggunakan belakang tangan.

"Janji abang akan percayakan Ifti?"

"Janji sayang." Ujar Eif tanpa ragu.


.........................


"AKU tak boleh dekat dengan Dato' Imran. Suami betina tu dah upah orang orang dia dekat England untuk jaga." Ujar Sean memberi laporan kepada Tan Sri Mansor.

Tan Sri Mansor mendengus. Marah. Tidak ada satu pun rancangannya yang berjalan lancar ketika ini. Tak guna!

"Aku tak kira, Sean. Kau kena hapuskan Iftiara dengan suami dia tu. Pasal si Imran tu tahulah aku nak buat macam mana. Kau faham tak?!" Sean mengangguk akur.

Setelah Sean keluar dari bilik Tan Sri Mansor, dia memulakan rencananya. Dia memeriksa beberapa pesanan ringkas daripada Rina, perempuan yang dia pergunakan untuk tahu semua tentang Ifti.

Sean tersenyum jahat. Rina betul betul bodoh! Dia biarkan semua pesanan ringkas itu tidak berjawab. Telefon pintarnya melekap pada telinga.

"Atur tempat. Aku tak nak kita gagal lagi kali ni." Jelas arahan Sean kepada anak buahnya yang memang menanti langkah yang perlu mereka lakukan seterusnya.


Skip....


Seminggu berlalu begitu saja. Ifti benar benar keseorangan di kolej ketika itu. Rina dan Zarif menjauhinya malah untuk melihat wajahnya saja dua orang itu tidak sudi. Hanya Naj saja yang masih berkawan dengannya.

Ifti duduk sendiri di taman yang ada di dalam kampus mereka. Matanya melirik kearah Rina, Zarif dan Naj yang berjalan tidak jauh dari tempatnya duduk ketika itu. Bergelak tawa tanpa menghiraukannya. Namun sempat juga dia menangkap ayat sindiran Zarif yang dituju kepadanya.

"Ada sorang ni tak cukup sorang lelaki, Nyah. Kalau boleh semua dia nak sampaikan kekasih kawan baik sendiri pun nak sebat. Ops, 'bekas' kawan baik!" Sengaja Zarif menekan perkataan bekas itu. Ifti hanya diam. Dalam diam menahan airmata.

Naj menampar lengan Zarif. Memberi amaran. Zarif menjeling Naj.

"Kau asal tampar aku, nyah?" Pedih lengannya dek ditampar Naj.

"Mulut kau tu janganlah longkang sangat. Kita tak tahu apa yang jadi!" Bisik Naj.

"Bukti dah ada apalagi? Kau nak sokong sangat minah tu, pergilah kat dia! Jom, Rina. Tinggal je dorang ni."

Zarif dan Rina jalan berpapasan meninggalkan Naj. Naj mengeluh. Dia melihat wajah Ifti. Tiada reaksi tapi dia cukup kenal dengan kawan baiknya itu. Naj mengambil tempat disebelah Ifti.

"Ifti,"

"Naj, baik kau pergi dari sini. Aku tak nak kau gaduh dengan diorang pula." Mendatar saja suara Ifti.

"Tak kesahlah. Aku teman kau ya? Aku kenal kau macam mana Ifti. Mustahil kau buat macam tu."

Mendengar kata kata Naj, airmata Ifti merembes keluar. Naj memeluk bahu Ifti.

"Kau boleh cerita kat aku apa yang jadi sebenarnya." Pujuk Naj lagi.

Ifti menarik nafas dalam dalam sebelum mula membuka cerita. Semua dia ceritakan pada Naj termasuklah siapa Eif sebenarnya dengan dia.

Naj terkejut.

"So, Kiranya kau dengan Eif tu... Suami isteri selama ni?" Ifti mengangguk mengiyakan.

"Asal kau tak bagitahu weh?"

"Aku tak ingat dia sebelum ni, Naj. Aku sendiri baru ingat pasal dia, perkahwinan kami, apa yang jadi empat tahun lepas."

Naj mengangguk faham. Patutlah lain semacam layanan Eif pada Ifti selama ini. Isteri dia rupanya.

"Jangan risau. Rahsia kau selamat dengan aku. Kita cari jalan sama sama macam mana nak explain dekat Rina dan Zarif pasal kau dengan Sean tu cuma salah faham. Okay?" Kata kata Naj memgundang senyum dibibir Ifti.

...................

"SEAN tu orang kanan Tan Sri Mansor. Eif memejamkan matanya. Yusry memberikan telefon pintarnya kepada Eif. "Tengok ni."

Gambar itu adalah gambar Sean keluar dari perkarangan rumah agam Tan Sri Mansor beberapa kali pada hari berlainan. Bukan Sean seorang, ada juga beberapa orang lagi lelaki lagak seperti gangster.

"Ni informer aku sendiri yang tangkap gambar ni. Bila aku siasat lebih lagi pasal Sean ni, dia ada beberapa rekod jenayah lampau melibatkan gangsterism tapi dibebaskan sebab bukti tak cukup untuk tahan dia. Satu lagi,"

Kali ini Yusry memberikan beberapa keping kertas kepada Eif.

"Kau kata Sean ni belajar satu kampus dengan isteri kau kan? Aku dah minta tolong pihak universiti untuk check nama dia tapi takde."

"Maksud kau? Dia tak register pun dekat universiti tu?" Yusry mengiyakan.

"Aku siap minta tolong pegawai akademik tu untuk check list name pelajar dari diploma sampailah PhD. Memang takde pelajar bernama Sean."

Yusry mengukir airnya sebelum meneruskan kata katanya.

"Aku rasa dia masuk kampus tu memang cuma nak target Ifti."

"Aku tak boleh biarkan dia apa apa kan isteri aku kali ni. Cukuplah 4 tahun lepas." Ujar Eif. Dia mengurut dahinya perlahan.

"Aku ada rancangan Eif. Tapi aku perlu bantuan kau untuk jayakan rancangan ni."

Yusry mula menerangkan rancangannya untuk memerangkap Sean dan Tan Sri Mansor. Eif mendengar dengan serius.

"Kau setuju?" Soal Yusry setelah selesai penerangannya.

Lama Eif berdiam sebelum akhirnya dia menjawab. "Anything. Asalkan dua orang bangsat tu dibawa ke pengadilan."



"Through every tear and heartache, out love remains unbreakable, for it's in the stormy skies that we find the most beautiful rainbows together."

- Nur Iftiara -



TBC














Bodyguard : His SchatWhere stories live. Discover now