Bab 3 | Bistro

1.4K 59 2
                                    

    SEBAIK sahaja aku selesai solat subuh, telefon pintar aku menjerit nyaring. Aku segera mencapai telefonku yang berada di atas meja kecil. Mataku memerhati nama yang tertera.

     "Aik? Maktok? Awal betul call?" aku pantas menjawab panggilan.

    "Assalamualaikum." kedengaran suara di hujung talian.

    "Waalaikumussalam Maktok."

    "Sha tengah buat apa tu?" soal Maktok.

    "Baru habis solat Maktok. Ni ada apa call Sha pagi-pagi ni?" soalku hairan.

    "Amboii hang! Maktok nak telefon cucu maktok sendiri pun dah tak boleh ka?" soal Maktok dengan nada tinggi.

    Erk! Aku jauhkan telefon dari telinga. Amboi, bukan main kuat lagi suara Maktok aku ni!

    "Tak ada lah... Saje je tanya. Jarang Maktok nak call pagi-pagi ni. Tu yang tanya. Mana tau ada hal penting ke?" kataku membela diri.

    "Haa memang ada hal penting Maktok nak tanya ni."

    "Tanya apa?"

    "Hang bila nak balik sini?" soalan cepumas sudah keluar.

    Aku menggaru kepala. Alamak aii... Dah tanya dah...

    "Err... Tak tahu lagi lah Maktok. Sha sibuk sikit dekat sini. Tu yang tak dapat nak balik kampung."

   "Itu jelah alasan yang kamu bagi." kedengaran suara Maktok seperti memerli.

    Aku dah mula garu pipi. Apa nak jawab eh?

    "Ala, nanti Sha balik lah... Tu, suruh la cucu Maktok lagi satu tu tengok-tengokkan Maktok. Apa gunanya dia ada dekat kampung?" kata aku dituju kepada sepupu perempuan aku.

    "Si Wawa tu? Baru nak di suruh buat kerja, dia dah cabut lari balik ke rumah."

    Aku terkekeh-kekeh ketawa mendengar Maktok merungut. Ya, aku ada seorang sepupu bernama Wawa. Dia sahaja lah sepupu yang aku ada. Tapi tak boleh diharap langsung! Bapa dan ibu saudara aku pun bukannya sukakan aku. Entah apa yang nak di dengki entah!

    "Hmm... Tak apa lah. Minggu depan Sha cuba balik. Nanti apa-apa hal, Sha bagitahu Maktok eh?" balasku memberi kata putus.

    Terbit rasa kasihan akan Maktok yang keseorangan di kampung. Tokba sudah lama meninggal dunia. Waktu tu, aku berusia 16 tahun. Untuk pengetahuan korang, Tokba aku dulu tok guru silat di kampung. Jadi secara tidak langsungnya, aku pun kena belajar ilmu silat dengannya. Kena paksa okay!

    Tetapi aku bersyukur, disebabkan ilmu yang Tokba turunkan kepada aku, aku mampu lindungi diri aku sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Siapa yang berani kacau, aku patahkan leher dia!

    "Hm iya lah. Balik tau! Kalau nak ajak kawan Sha sekali pun boleh. Apa nama dia? Fiya?" soal Maktok bingung.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now