Bab 48 | Sedar

794 31 1
                                    

   AKU berjalan perlahan di hallway hospital yang agak lengang pada waktu pagi itu. Iya lah. Jam baru menunjukkan pukul 7:05 pagi. Aku pula baru pulang daripada surau. Dan aku sempat singgah di kantin hospital untuk membeli makanan. Malas nak keluar. Aku tak mahu tinggalkan Qash lama-lama. Takut nanti dia tersedar, dan aku pulak takda di sebelahnya.

   Ya, dah hari kedua. Qash masih belum sedarkan diri. Masih terbaring kaku. Terbit keluhan kecil dari bibir. Entah bila lah dia nak sedar. Sejujurnya, aku tak tenang nak tidur semalam. Kalau boleh, aku nak berjaga malam. Fikiran aku ni asyik memikirkan perkara negatif sahaja. Aku tak suka. Aku jadi takut.

   Tiba sahaja di hadapan wad Qash, aku memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku statik di muka pintu. Hampir sahaja plastik berisi makanan itu terlepas dari pegangan aku. Ya Allah, betul ke apa yang aku nampak ni?

   "Qaisara...?" seru si dia perlahan. Terukir senyuman di bibirnya membuatkan aku terasa sebak.

   Mata aku mula berkaca. Langkah kaki aku diatur perlahan menuju ke katil Qash.

   "Q... Qash?" hampir tak terkeluar suara aku. Aku betul-betul tak sangka Qash di depan aku sedang tersenyum nipis.

   Qash yang masih lemah itu masih tidak pudar senyumannya. Aku berdiri di sisi katil. Tak semena-mena air mata aku gugur. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ketika ini. Aku terasa seperti nak buat sujud syukur. Qash dah sedar!

   "Ya Allah... Syukur alhamdulillah, awak dah sedar..." ucap aku sebak. Aku mencapai tangannya lalu dikucup lama. Kedengaran tangisan kecil aku yang memenuhi ruang bilik itu.

   Tangan Qash sebelah lagi naik mengusap kepala aku yang masih menunduk.

   Aku mengangkat kepala. Aku merenung wajahnya lama. Sumpah aku rindukan wajahnya yang sentiasa tersenyum. Tangan aku membelai rambutnya. Tangan aku lagi sebelah tidak lepas dari mengenggam tangannya.

   "Saya betul-betul risaukan awak... Saya takut sangat. Saya takut awak tinggalkan saya..." tutur aku sayu. Air mata aku masih tidak berhenti mengalir. Aku duduk di birai katil. Tangannya yang aku genggam diletakkan di atas paha aku.

   Qash menguntum senyuman kecil. Dia juga turut membalas genggaman tangan aku.

   "Sa... Saya okay... Awak jangan lah risau. Saya... Bersyukur sebab... Masih berpeluang nak tatap muka awak, Qaisara..." perlahan dia bersuara. Suaranya juga kedengaran serak.

   Lagi bertambah perasaan sebak aku. Aku mengemam bibir menahan diri dari terus menghamburkan tangisan. Aku pantas menyeka sisa air mata di pipi.

   "Qash, awak tunggu sekejap eh? Saya pergi bagitahu nurse yang awak dah sedar." ujarku. Qash pula hanya mengangguk kecil. Aku pula pantas berlari keluar dari bilik Qash.

   Setelah memaklumkan kepada jururawat yang bertugas, jururawat itu memanggil Doktor Mawar yang bertugas merawat Qash.

   Aku duduk di sofa di bilik Qash sambil memerhati Doktor Mawar yang sedang memeriksa keadaan Qash. Selesai tugasnya, aku pantas bangun merapati wanita yang berumur dalam lingkungan 30an itu.

   "Macam mana keadaan dia doktor?" soal aku.

   Doktor Mawar menguntum senyuman manis kepada aku.

   "Alhamdulillah! Keadaan Encik Qash baik. Saya sebenarnya risaukan bila dia sedarkan diri, dia tak ingat apa-apa. Iya lah. Kalau ikutkan, kepala Encik Qash ni terhentak agak kuat masa kemalangan tu. Tambahan pula dia kehilangan banyak darah. Jadi perkara tu yang saya bimbangkan. Tapi, alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, perkara tu tak berlaku. Jadi buat masa sekarang ni, Encik Qash masih dalam pantauan kami. Mungkin dalam beberapa hari lagi. Lepas keadaan dia semakin baik, kami akan benarkan dia discharge." jelas Doktor Mawar panjang lebar.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now