Bab 29 | Baju nikah

833 42 1
                                    

Baju nikah

*****

   DALAM masa tiga bulan itu, aku amat sibuk dengan kerja dan menguruskan persiapan untuk berkahwin.

   Selepas selesai menguruskan khusus kahwin, borang nikah dan baju nikah, aku dan Qash sudah tidak bertemu lagi. Itu permintaan aku. Aku hanya mahu bertemu dengannya sewaktu hari aku dan dia disatukan.

   Gemuruh? Semestinya! Agaknya, beginilah perasaan orang yang ingin berkahwin. Gembira dan dalam masa yang sama, gemuruh.

   Hari ini, Fiya menemani aku untuk pergi mengambil baju nikah di butik. Ya, baju nikah aku ditempah khas untuk aku. Itu pun selepas beberapa kali aku menghalang, tetapi Qash berkeras nak tempah jugak baju akad nikah mereka.

   Kalau ikutkan aku, nak je aku beli baju kurung yang sudah siap dijahit. Beli yang simple pun dah dikira cukup bagi aku.

   Tapi itu lah, kalau dah namanya Qash Anaqi, mana nak dengar dah cakap aku. Ikut kepala dia je!

   Selepas setengah jam, aku dan Fiya tiba di hadapan butik pengantin. Kali terakhir aku datang sini bersama Qash. Itu pun sebab nak ambil ukuran baju.

  Aku dan Fiya melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Dalam butik ni tak ramai sangat orang. Boleh dikira pakai jari sahaja.

   "Selamat datang Cik." sambut seorang pekerja di situ. Pekerja itu memberi senyuman mesra.

   Aku membalas dengan senyuman nipis.

   "Err... Saya datang ni nak ambil baju akad nikah yang dah tempah bulan lepas."

   "Oh, atas nama siapa ya?" soal pekerja itu.

   "Qash Anaqi." jawabku ringkas.

   "Oh! Encik Anaqi. Okay, Cik tunggu sekejap ya. Saya pergi ambilkan." kata pekerja itu menunduk sedikit kemudian, dia berlalu pergi.

   Aku pula berjalan di sekitar butik itu sambil memerhati setiap pasang baju yang sudah siap dijahit. Si Fiya tu pun dah merayap ke mana entah. Mungkin dia pergi tengok bahagian gaun pengantin kot.

   "Err... Cik...,"

   Aku terus berpaling ke arah suara tersebut. Pekerja tadi yang melayan aku.

   "Qaisara." jawabku apabila melihat wanita itu seperti bingung hendak memanggil aku.

   Pekerja wanita itu tersenyum manis.

   "Oh! Okay, ni baju Cik Qaisara. Kalau ada apa-apa yang kurang, Cik Qaisara boleh bagitahu dengan kami ya." pesannya.

   Aku mengangguk serta menghadiahkan senyuman mesra kepada pekerja tersebut. Baik betul layanan dia.

   "Awak, err... Encik Qash dah ambil ke baju nikah dia?" soalku.

   "Dah. Ibu Encik Qash, Puan Maya yang ambil dua hari lepas." jawabnya.

   Aku mengangguk faham. Kemudian senyuman aku berikan padanya.

   "Okay, terima kasih."

   Aku mula mencari kelibat Fiya. Eh, hilang pulak dia ni. Kena sorok bunian ke?

   Baru sahaja ingin mencari, Fiya muncul dari bahagian gaun-gaun pengantin.

   "Dah settle dah?" soalnya.

   Aku mengangguk seraya menunjukkan beg kertas yang berisi baju akad nikah.

   Kemudian, kami sama-sama keluar dari butik.










Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now