Bab 44 | Ego

753 34 2
                                    

   AKU mengacau air milo panas perlahan. Sambil kacau, mata aku merenung kosong ke arah peti sejuk. Roti kosong aku keluarkan dari bungkusan. Kemudian roti itu dicicah dengan milo panas. Aku mengunyah dengan perlahan. Memang slow-mo habis aku pagi ni.

   Mana taknya? Diri tu tengah sakit!

   Dan Fiya pula awal-awal dah larang aku dari pergi kerja hari ni. Hmm, bagus lah tu. Aku pun masih takda mood nak kerja. Tambah pulak dengan badan aku ni rasa lemah je sejak semalam. Tahu-tahu pagi ni demam pulak. Tambahan pula migrain aku tiba-tiba muncul. Lagi, perut aku rasa mencucuk sekarang ni. Ya, gastrik aku datang tanpa diundang.

   Itu lah kau Qai, mengada sangat takda selera lah apa lah. Kan dah dapat sakit tiga serangkai sekaligus. Dah elok dah si Fiya tu masak untuk kau, tapi kau tak nak makan. Suka sangat cari penyakit, itu lah padahnya.

   Alah, bukannya aku mintak takda selera macam ni. Dah memang aku tak lalu nak makan. Apa kau ingat aku masih ada hati ke nak makan dengan keadaan aku yang macam ni?

Ting!

   Automatik kepala aku terpusing melihat telefon yang berada di atas meja makan. Aku buka pesanan dari Fiya.

Fiya

- Qai, jom lah aku bawak kau pergi klinik.

   Baca sahaja pesanan tu, aku menggaru belakang tengkuk. Ini lagi satu, dari pagi tadi asyik cakap benda yang sama je.

Me

- Berapa kali kau nak cakap benda yang sama je ni?

Fiya

- Aku cakap banyak kali sebab aku tak nak kau sakit lah perempuan! Apahal susah sangat nak dengar cakap aku ni?

   Uih! Marah aku pulak dia ni kenapa?

Me

- Aku okay. Tak payah risau pasal aku.

   Aku meletakkan telefon di atas meja semula. Air milo yang sudah sejuk itu aku teguk sehingga habis. Cukup lah roti dengan milo. Sekadar untuk alas perut sahaja.

   Selepas selesai mencuci gelas, aku mencapai telefon dan langkah kaki aku diatur ke dalam bilik. Aku menghempaskan diri di katil. Hoodie yang tersarung di tubuh aku betulkan. Entah apa pasal lah sejuk sangat. Sampai tiga lapis baju aku pakai. Kaki dah tersarung stokin. Tapi masih terasa sejuk hingga mencengkam tulang.

   "Aduh!"

   Terus mengecut badan aku apabila perut aku terasa mencucuk. Haih ni lagi satu masalah. Macam mana nak hapuskan terus gastrik ni dari aku? Tahu tak sakit? Dah lah pagi tadi aku muntah tiba-tiba. Bukan sikit ya. Banyak. Dah tu air je yang keluar. Dengan kepala ni tak habis-habis berdenyut. Stress nya aku.

   Rambut aku yang diikat sanggul dilepaskan. Mana tahu kot kurang sikit sakit dekat kepala ni. Minyak angin aku sapukan di dahi. Haih, terasa selekeh pulak diri ni bila sakit.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now