Bab 51 | Sakit

766 28 3
                                    

   AKU termengah-mengah berjalan menuju ke pangkin yang terletak di bawah pokok itu. Punggung aku labuhkan di situ. Keluhan penat dilepaskan. Kenapa penat? Macam biasa lah aku kalau waktu pagi dekat kampung ni, jogging lah! Dah lama rasanya aku tak bersenam. Lagi-lagi sejak lepas kahwin ni, tahap malas tu bukan main. Nak-nak pulak sekarang ni aku mudah rasa letih.

   Kain kecil yang aku simpankan di dalam kocek seluar sukan, aku keluarkan. Peluh di dahi aku seka menggunakan kain tersebut. Rasa haus sebenarnya, tapi rasa macam malas nak masuk rumah lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk duduk mengambil angin pagi di pangkin. Pandangan aku dihalakan ke arah sawah padi yang menghijau subur. Tenang betul bila tengok. Dengan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa, sawah padi itu beralun lembut sahaja mengikut arah angin.

   "Lekanya dia tengok sawah padi tu." tegur satu suara garau. Pantas aku mengalihkan pandangan.

   Kelihatan Qash dengan menghampirinya bersama dengan tongkat di tangan. Lantas aku bangun dan memimpinnya menuju ke pangkin.

   "Awak ni, sakit-sakit tu duduk lah dekat dalam rumah. Yang keluar tu kenapa? Hish!" bebel aku. Mana aku tak membebel? Doktor dah pesan dah jangan bagi dia aktif sangat memandangkan kakinya sedang dalam proses untuk pulih sepenuhnya. Degil tau dia ni, bukan apa...

   "Saya bosan lah duduk terperuk je dekat dalam tu. Awak pulak, pagi-pagi dah hilang." balasnya. Aku dudukkan Qash di pangkin. Kemudian aku juga turut duduk di sebelahnya.

   "Saya pergi jogging sekejap je. Awak tu, borak-borak lah dengan Maktok. Ni sibuk nak berjalan. Doktor dah pesan jangan terlalu aktif berjalan kan?"

   "Tak nak lah. Nak kematu punggung saya ni asyik duduk dengan baring je tau tak?" balas Qash dengan bibirnya muncung sedepa.

   Aku memutarkan bebola mata. Dah agak dah, Qash ni mana nak dengar cakap aku. Dia nak aku membebel 24 jam baru nak dengar cakap agaknya.

   "Ni Maktok mana?" soal aku sambil mencari kelibat Maktok.

   "Maktok takda. Dia pergi rumah sebelah tu. Apa entah nama makcik tu." jawabnya.

   Aku memandang ke arah rumah jiran sebelah. Oh! Rumah Che Som rupanya. Patut lah si Qash ni bosan, rupanya geng berborak dia takda.

   "Hmm, jom lah masuk. Ni, awak dah sarapan ke belum?" soal aku seraya bangun dari duduk.

   "Belum. Mana ada selera nak makan kalau awak takda." balasnya juga turut bangun dari duduk. Tongkatnya dipegang.

   Aku mencebik menyampah. Pipinya aku cuit geram.

   "Mengada-ngada betul! Husband siapa entah."

   "Siapa lagi kalau bukan husband kepada Qaisara Alysha tu."  balasnya selamba.

   Aku memutarkan bebola mata ke atas. Malas nak layan kepala gila Qash ni. Nanti makin menjadi-jadi! Aku memapah Qash sehingga masuk ke dalam rumah.








   "SHA." seru Maktok.

   Aku yang baru keluar dari bilik tidur itu terus menoleh memandang Maktok.

   "Ya Maktok?"

   "Petang ni jom ikut Maktok pergi rumah ketua kampung." ajak Maktok. Aku menjongket kening.

   "Nak buat apa?" soalku hairan.

   "Haji Salleh tu jemput kita pergi kenduri kahwin anak dia. Petang ni pukul 5:00." jelas Maktok.

   "Munirah tu ke? Dia dah kahwin?" soal aku tidak percaya. Ya lah, kalau nak diikutkan Munirah tu baru berumur 19 tahun. Awal betul kahwin?

   "Ya lah si Munirah tu. Awat Sha dok buat terkejut ni?"

Mr Annoying Vs Miss BekuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon