Bab 39 | Doa

794 35 2
                                    

   PADA pagi Selasa itu, aku sedang sibuk di dapur menyiapkan sarapan. Rajin kan aku?

   Itu lah, kalau aku tak kahwin lagi, memang tak lah aku rajin nak buat sarapan ni. Sarapan dekat luar je biasanya. Jadi, disebabkan aku dah bersuami, ada tanggungjawab, jadi kena lah rajinkan diri.

   Pagi ni aku sempat buat roti bakar dengan telur cincang je. Sekejap lagi aku dah nak ke studio. Nak kena gerak awal sikit sebab pukul sembilan nanti ada klien nak berurusan dengan aku.

   Telur yang dah dimasak tadi aku letakkan di dalam mangkuk kecil. Sos mayonis aku ambil di dalam peti sejuk. Dan mayonis itu digaulkan bersama telur cincang tadi.

   "Good morning butterfly."

   Aku yang sedang menyapu telur di atas roti bakar itu mengangkat kepala.

   Qash yang sudah siap berpakaian santai itu tersenyum ke arah aku.

   Pakai simple pun dah handsome dia ni. Fuh! Jangan tergoda sangat Qai.

   "Morning." jawabku.

   "Duduk lah. Saya dah siapkan sarapan."

   Qash mula duduk di kerusi. Dia menopang dagu sambil memandang aku.

   Aku meletakkan sepinggan roti bakar di hadapannya. Air nescafe panas aku tuang ke dalam cawan dan dihulurkan padanya.

   "Thank you wife." ucapnya dengan senyuman.

   "You're welcome." balasku juga dengan senyuman di bibir.

   Aku melabuhkan punggung di kerusi. Roti bakar itu aku jamah selepas membaca doa makan.

   "Kejap lagi awak pergi studio kan?" soalnya.

   Aku mengangguk mengiakan.

   "Nak saya hantar?" pelawanya.

   Aku laju menggeleng.

   "Tak apa. Saya kan ada kereta. Saya boleh pergi sendiri." balasku.

   Qash angguk mengerti.

   "Awak pulak? Kejap lagi pergi bistro ke?" soalku pula.

   "Pergi. Tapi masuk lewat sikit kot." jawabnya.

   Aku angguk faham. Kemudian aku kembali diam.

   "Saya suka tengok awak sekarang ni." katanya tiba-tiba.

   Terjongket sebelah kening aku.

   "Kenapa?"

   "You look different. Tak macam dulu. Saya suka dengan perubahan awak." jujurnya.

   Aku tersenyum nipis. Ya, aku dah mula biasakan diri dengan berpakaian ayu sikit. Tak ada lah ayu mana. Boleh lah. Macam sekarang, aku pakai blaus separas peha bersama seluar slack.

   "Saya tengah biasakan diri. Awak doakan saya supaya terus macam ni, boleh?" pintaku.

   "Qaisara, dalam doa saya, saya tak pernah tinggal nama awak. Tak pernah berhenti doakan awak. Nama awak akan sentiasa ada dalam doa saya, sampai bila-bila." balasnya lembut.

   Aku senyum terharu. Beruntungnya aku dapat suami seperti si dia. Dia yang sentiasa menyokong aku, tak kira susah macam mana sekali pun. Semoga hubungan aku dengan dia kekal hingga ke Jannah-Mu ya Allah.













   "WAH, pengantin baru awal sampai?" tegur Zamrul sebaik sahaja aku masuk ke dalam studio.

   "Pengantin baru apanya Zam. Aku ni dah nak dekat tiga bulan dah jadi isteri orang. Dah-dah lah nak mengusik aku tu." sangkalku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now