Bab 13 | Aquaphobia

951 49 3
                                    

    SELEPAS hampir satu jam perjalanan, kami akhirnya tiba di lokasi. Sepanjang perjalanan itu, aku di belakang sempat bukak kilang taik mata.

   Gila kau tak mengantuk? Fiya kejut aku pukul lima kot! Dengan penat memasaknya. Memang membuta lah aku dekat belakang.

   Tapi kalau ikutkan, aku tak nak pun tidur. Iya lah! Ada dua jejaka dalam kereta ni kot. Malu siot sebab aku tertidur. Entah macam mana lah rupa aku tadi. Mulut ternganga ke? Ada air liur basi keluar ke? Tiba-tiba mimpi bercakap ke?

   Sebaik sahaja Qash parking kereta, aku terus membuka pintu kereta bahagian penumpang di belakang. Aku menggeliat kecil. Arh! Leganya dapat tidur sekejap.

   Pandangan aku tiba-tiba terkaku melihat keindahan semulajadi di sini. Keadaan pokok-pokok hijau di sini menenangkan hati yang memandangnya. Udara segar dihirup, arh! Segarnya!

   "Lena betul awak tidur tadi." tegur satu suara.

   Aku terus berpaling ke arah empunya suara. Kelihatan Harith sedang tersenyum ke arah aku.

    Tiba-tiba wajah aku terasa berbahang. Arh malunya! Aku tersenyum janggal. Tangan aku naik mengusap belakang tengkuk perlahan.

   "Rith! Cepat lah angkat barang kau ni." sergah Qash.

   Geram pula dia rasa.

    Sejak dari rumah Qaisara lagi, dia hanya memerhati kelakuan sahabatnya. Bukan main lagi nak cuba mengambil hati gadis itu.

     Aku pula berlalu ke kereta Zamrul. Beg pakaian aku, aku capai dan digalas. Beg plastik berisi air mineral aku turut capai. Beg ikea yang berisi makanan aku biarkan para jejaka mengangkatnya. Lelaki kan?

    "Weh Qai." cuit Fiya.

    Aku memalingkan muka ke arah Fiya. Keningku dijongketkan ke atas.

    "Handsome jugak kawan si Qash tu kan? Kau tengok tu Qai, ya Allah bila dia angkat barang tu, biceps dia berketul Qai!" puji Fiya.

    Aku membuat muka jelik. Perempuan ni memang dah tak ada benda lain ke nak pandang?

    Aku menunjal kepalanya.

   "Kau semua lelaki kau kata handsome." sindirku.

   "Dah, angkat barang ni cepat." arahku.

   Fiya menjuih bibirnya. Tangannya mengangkat barang-barang di dalam bonet kereta.

   Kami mula berjalan masuk ke pintu gerbang yang tertulis 'Selamat Datang Ke Hutan Lipur Kanching'.

   Sepanjang perjalanan menuju ke air terjun, aku dapat lihat di bahagian tepi jalan, terdapat deretan gerai menjual makanan. Oh dan ada juga tempat untuk menangkap gambar bersama burung kakak tua dan ular sawa. Dan semestinya harus dikenakan bayaran.

   Daripada apa yang aku kaji tentang tempat ni. Tempat ni juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kanching. Hutan simpanan yang luasnya kira-kira 1,214 hektar ini ialah sebuah taman rekreasi yang kaya dengan kesegaran alam semulajadi. Dengan udara segar pada waktu pagi, terasa nyaman seketika.

   Oh satu lagi fakta menarik tentang tempat ni. Air terjun di sini mempunyai tujuh tingkat! Dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh bermandi-manda.

   Untuk ke air terjun pula, kami perlu menyusuri track yang disediakan untuk kemudahan pelancong. Tetapi jalannya agak berbukit sedikit. Jadi kena hiking sikit lah untuk sampai ke puncak.

   Dan apa yang aku dapat lihat, kebersihan di kawasan ini terjaga dengan elok. Airnya jernih dan bersih.

    Di sini juga terdapat beberapa kemudahan seperti surau dan tandas. Jarak antara tandas dan air terjun paling atas agak jauh. Jadi kami mengambil keputusan untuk menukar pakaian siap-siap di tandas. Tak ada lah nak kena naik turun banyak kali.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now