Bab 27 | Ugut

900 46 3
                                    

    AKU mengacau air teh panas di dalam teko selepas memasukkan gula. Kemudian, aku mencapai pula beberapa cawan teh dan di susun di dalam dulang. Teko yang berisi air teh juga aku letakkan di dalam dulang.

   Kenapa aku tiba-tiba rajin masuk dapur ni? Aku rasa korang dah dapat teka siapa yang datang.

   Ya, orang yang sama datang semalam. Tapi hari ni hanya Qash, auntie Maya dan Mayra sahaja yang datang. Kata auntie Maya, tak puas nak berborak dengan Maktok.

   Maktok ni memang mesra alam orangnya. Bila dah mula berborak, memang susah nak berhenti. Aku ni pula sejenis yang tak pandai berborak. Memang orang yang nak ajak aku berborak ni, kena usaha lebih sikit lah tanya itu ini. Baru aku nak buka mulut yang macam ada emas di dalamnya ni.

   Mee goreng yang baru dimasak oleh aku, aku cedukkan ke dalam bekas besar. Ni pun sebab mood rajin aku datang. Tetamu yang datang ni memang langkah kanan lah ceritanya.

   Kenapa aku sorang buat kerja dekat dapur ni? Fiya mana? Hah tu, tengah 'melabur' dalam tandas. Makan ketupat banyak sangat lah tu semalam. Pagi-pagi lagi dah mencari tandas.

   "Hey, Sha."

   Halah... Dia datang dah... Ni yang aku menyampah ni.

   Aku hanya buat tak endah dengan panggilan si dia. Tangan aku sibuk mencapai piring kecil dan beberapa garfu. Disusun elok di dalam dulang.

   "Hey perempuan. Hang pekak ka?" bidas Wawa pedas.

   Wawa sudah tercongok di sebelah aku. Aku masih buat tak tahu. Risau ada tangan yang melayang nanti. Bercakap dengan sepupu aku yang sorang ni memang selalu nak naikkan darah aku.

   "Hang dengar sini elok-elok eh, hang jangan cuba-cuba nak rampas abang Qash dari aku. Jangan sesekali hang terima lamaran auntie Maya semalam!" Wawa memberi amaran.

   Aku? Sikit pun tak ada rasa takut.

   "Rampas? Come on Wawa, zaman bila main rampas-rampas ni? Kuno nya!" ejekku. Sengaja nak sakitkan hati busuk dia tu.

   Aku perasan wajah Wawa berubah merah menahan amarah. Kisah?

   "Hang jangan nak main-main dengan aku Sha. Aku akan pastikan, abang Qash takkan pilih hang!" bentak Wawa.

   Aku ketawa sinis.

   "Are you sure Wawa? Tapi kan, seingat aku lah. Qash dah pun pilih aku. Tinggal aku je nak buat keputusan. So? Dah terang-terang hang dah kalah. Mengalah ja lah..."

   Wawa sudah tayang muka ketat. Jari telunjuknya dihala ke arah aku.

   "Hang dah pandai menjawab kan sekarang? Hang tunggu aku bagitahu dengan mak!" ugutnya.

   Sekali lagi aku ketawa. Tetapi kali ni, makin kuat.

   "Go on! Pi mengadu bawah ketiak mak hang." ejek aku lagi.

   Wawa di situ makin rasa tidak puas hati. Dan tiba-tiba dia tersenyum sinis.

   "Sha, hang ingat hang tu sesuai ka nak jadi isteri abang Qash? Muka hang tu dah lah buruk! Pakaian pun macam lelaki! Tolong cermin sikit muka tu bagi sedar. Muka macam hang ni, tak laku. Bagi percuma pun, belum tentu orang terima. Inikan pulak nak jadi isteri kepada abang Qash yang serba serbi elok tu? Hang tu, tak layak jadi isteri abang Qash. Tak layak!" cemuh Wawa.

   Dia tersenyum sinis kerana berjaya menyakitkan hati sepupunya.

   Aku memusingkan badan menghadap Wawa. Jarak antara aku dengan dia hanya satu inci. Aku merenung tajam matanya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now