Bab 12 | Picnic

889 52 5
                                    

       SELEPAS dari kejadian tempoh hari, Qash tidak lagi kirimkan pesanan atau membuat panggilan kepada aku. Terus diam, menyepi.

     Dan dia tidak lagi tiba-tiba muncul di studio. Tiada lagi ajakan untuk keluar bersama.

    Ketika itu aku terasa seperi... Kosong. Aku sendiri pun tak tahu perasaan apakah ini. Aku keliru.

     Seumur hidup aku, aku tak pernah rasa gelisah begini. Dan aku tak pernah rasa perasaan begini.

    Kenapa dengan aku ni?

    Dan kenapa aku kena fikirkan tentang dia sekarang ni?

PAP!

   "Hah! Berangan!" sergah Fiya.

    Dia tersengih memandang aku dan dia duduk di hadapan meja kerja aku.

   Aku? Memang dah rasa nak terajang perempuan ni. Berdegup laju jantung aku ketika ini. Terkejut punya pasal lah!

    "Kau, kalau nak aku mati awal cakap Fiya." kataku dengan geram.

    Fiya memasamkan wajah. Mulutnya dimuncungkan.

    "Alaa aku gurau je. Kau ni tak boleh bawak gurau sikit!"

    "Gurau kejadah apanya macam tu?" soalku kasar.

     Makin panjang muncung Fiya.

   "Yelah, maaf."

    Mata aku kembali menghadap skrin laptop. Tetikus di atas meja aku gerakkan.

    "Qai..." seru Fiya.

    "Hmm." jawabku. Mata aku masih tidak beralih dari skrin.

    "Aku rasa kita dah lama tak berkelah sama-sama, kan?"

   Terangkat sebelah kening aku.

    "So?"

    "So, why don't we all go for a picnic? Lagipun Qai, kita dah lama tak spend time together. Asyik kerja je. Kita ajak la si Adam dengan Zamrul sekali." kata Fiya memberi cadangan.

    Aku diam sejenak. Ada bagus jugak cadangan Fiya. Betul, dah lama kita orang tak pergi release tension. Sebelum ni, kami kerap jugak pergi bercuti. Tetapi sekarang, masing-masing terlampau sibuk.

   "So, what do you say?" soal Fiya lagi.

    "Aku tak kisah." jawabku.

    Spontan Fiya menepuk tangan dengan teruja.

    "Yes! Picnic!" jeritnya.

    Aku sudah menggelengkan kepala.

    "Apa yang picnic ni? Tak ajak pun!" tiba-tiba muncul dua jejaka itu.

    Fiya tersengih memandang Adam dan Zamrul.

    "Tak ada. Ni, aku dengan Qai plan nak pergi berkelah. Wanna join us?"

    "Mestilah nak!" kata Zamrul teruja.

    Semua bersorak teruja. Aku tersenyum kecil.

    "Jadi, bila nak perginya?" soal Adam.

    Tiga pasang mata itu memandang ke arah aku.

    "Jumaat ni?" soal aku.

    "On!" jerit mereka bertiga.









  

     SEPERTI yang dirancang. Pada hari Jumaat, kami berempat akan pergi berkelah. Mereka bercadang ingin berkelah di air terjun yang terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now