Bab 54 | Cekak

679 31 4
                                    

   "WOI!"

   Tak semena-mena perbuatan tiga orang lelaki itu terhenti. Mereka terus berpaling menghadap aku yang sudah rasa ingin meletup. Pandangan mata aku jatuh pada Wawa yang terbaring lemah dan dalam ketakutan. Air matanya tidak berhenti mengalir sedari tadi. Aku dapat lihat tubuhnya sudah separuh terdedah disebabkan oleh tiga ekor syaitan yang bertopengkan manusia ini yang bertindak mengoyakkan kain baju kurung milik Wawa. Tudung Wawa juga sudah tercampak jauh. Hati aku menjadi panas apabila melihat keadaan Wawa yang hampir-hampir diperkosa itu. Dan tiga orang lelaki itu masih boleh menyeringai ketawa?

   "Apa yang korang buat ni hah?" jerkah aku keras. Mata aku tajam memerhatikan setiap seorang wajah mereka.

   "Whow! Ada lagi 'lauk' tambahan! Betul-betul rezeki kita hari ni! Lawa pulak tu!" kata salah seorang dari mereka dengan teruja. Lelaki itu mengusap dagunya perlahan. Wajah yang ditayangkan olehnya benar-benar membuatkan aku rasa ingin menyimbah asid pada muka lelaki itu.

   Oh? Rezeki kau ya? Baik. Aku nak tengok siapa yang bakal jadi 'lauk' dulu.

   "Lepaskan dia, atau korang akan sakit." tutur aku dengan intonasi nada dingin. Rasa ringan betul kaki aku ni nak sepak sorang-sorang.

   Sejurus itu, mereka bertiga melepaskan tawa dengan kuat.

   "Uuu... Garangnya cik adik ni. Takut abang dekat sini." makin giat salah seorang lelaki itu berkata-kata. Dan mereka masih ketawa.

   "Cik adik, jom lah join the club. Biar abang yang rasmi dulu eh?"

   Wah! Rasmi kepala lutut dia! Memang betul-betul tempah kubur awal dia ni.

   Aku mula mengaktifkan mod berjaga-jaga.  Fokus aku waktu ketika ini hanya tertumpu pada tiga orang manusia di hadapan aku yang bakal menjadi 'lauk' sebentar lagi. Aku hanya berdiri tegak, tiada teknik membuka langkah. Hanya wajah beku aku tayangkan.

Zapp!

   Dari ekor mata aku, aku dapat menangkap salah seorang dari mereka yang sedang mara ke arah aku. Lelaki itu cuba menyentuh pergelangan tangan aku. Dengan pantas, aku menepis tangannya dengan kasar. Terkesima lelaki itu seketika.

   "Wow, ganas. Ni yang aku suka ni! Meh sini dekat abang meh." kata seorang lagi lelaki. Dia juga sudah menapak menghampiri aku. Aku pula masih kekal berdiri dengan tenang. Mulut aku dikunci rapat.

   Tatkala tangan lelaki itu ingin menyentuh bahu aku, dengan tangkas aku menepis tangannya ke tepi dan bahagian tepi tubuhnya iaitu pinggang, aku tumbuk. Terus terundur lelaki itu ke belakang. Dia mengerang kesakitan akibat menerima tumbukan yang agak berbisa dari aku.

   "Aku dah cakap, lepas atau kau sakit." aku berkata dengan tenang.

   Lelaki itu menayangkan riak tidak puas hati. Isyarat matanya diberikan pada rakannya yang sedang menjaga Wawa sedari tadi. Rakannya itu seperti faham akan maksud isyarat mata tersebut. Lantas dia kemudian meninggalkan Wawa yang sudah duduk di atas rumput dengan keadaan diri yang tidak terurus. Lelaki itu mara ke hadapan. Paling tepat, ke arah aku.

   Aku pula masih berdiri tegak. Dan tatkala lelaki itu ingin menghadiahkan satu tumbukan pada perut aku, dengan tangkas aku menepis tumbukan itu. Perut lelaki itu aku tumbuk dan belakang lututnya aku tendang bagi menumbangkan musuh dan betis lelaki itu dipijak dengan sekuat hati.

   Lelaki itu mengerang kesakitan. Dia sudah terbaring di atas rumput.

   "Woi! Bangun lah bodoh! Tu perempuan ja kot! Lemah!" herdik rakannya geram. Ah, berlagak berani je lebih dia ni. Padahal muka tu dah seperti asam keping kecut.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now