Bab 50 | Kampung

731 35 1
                                    

   KERETA Myvi kesayangan aku perlahan-lahan masuk ke dalam perkarangan rumah Maktok. Kereta aku berhentikan di bawah pokok, bersebelahan dengan pangkin. Enjin dimatikan dan aku mula keluar dari perut kereta. Bahagian penumpang sebelah pemandu aku tuju. Pintu dibuka dan dengan cermat Qash keluar dari perut kereta. Tongkat aku berikan padanya supaya menjadi mudah untuk Qash berjalan.

   "Boleh jalan tak ni?" soal aku apabila melihat Qash seperti kekok sedikit menggunakan tongkat.

   "Boleh lah... Saya tak biasa pakai benda ni jadi susah sikit nak jalan." bicaranya jujur.

   "Hmm, takpa lah. Jom saya hantar awak masuk dalam dulu." aku mengiringi Qash berjalan menuju ke muka pintu. Lengannya aku pegang walaupun sudah ada tongkat. Risau tersembam suami aku ni. Dah tak pasal-pasal muka pulak yang bercalar.

   "Assalamualaikum!" laung aku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, muncul wajah Maktok dengan senyuman di bibir.

   "Waalaikumussalam. Haa dah sampai pun cucu menantu kesayangan Maktok ni... Mai masuk mai." sambut Maktok mesra.

   Aku di sebelah Qash sedikit tercengang. Ni apa ni? Pertukaran cucu ke? Mana perkataan 'cucu kesayangan' untuk aku? Waa, rasa nak menangis dekat bucu katil je sekarang ni!

   Aku dan Qash bersalaman dengan Maktok. Kemudian Maktok mengambil alih untuk memimpin Qash masuk ke dalam rumah. Manakala aku kembali ke kereta untuk mengambil beg pakaian. Kemudian aku kembali berjalan masuk ke dalam rumah. Maktok sudah hilang entah ke mana. Qash pula sedang duduk di ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Keluhan kecil dilepaskan.

   "Kesian awak. Mesti penat kan drive jauh? Dengan nak jaga saya lagi." luah Qash dengan rasa simpati.

   Aku berdecit kecil.

   "Awak ni, suka cakap macam tu. Saya okay lah. Normal lah ni berjalan jauh. Sesiapa pun akan penat." sangkal aku. Tak suka apabila Qash seperti salahkan dirinya.

   Qash pamerkan senyuman hambar.

   "Terima kasih sebab sudi jaga saya dan saya minta maaf kalau saya dah banyak susahkan awak." tuturnya perlahan.

   Aku yang sedang bersandar itu pantas memandang ke arahnya. Qash sedang merenung aku. Lengannya aku peluk dan ditepuk lembut.

   "Saya tak pernah rasa yang awak susahkan saya Qash. Awak tu suami saya, memang dah jadi tanggungjawab saya untuk jaga awak. Apa gunanya saya sebagai isteri kalau saya langsung tak boleh nak jaga awak, kan?" ujar aku sambil mendongak memandangnya di sebelah.

   Qash menghadiahkan senyuman manis kepada aku. Lengannya yang aku peluk, ditariknya. Kemudian dia memeluk bahu aku. Aku terasa dia mengucup ubun-ubun aku yang ditutupi dengan tudung.

   "Thank you so much butterfly. Saya bersyukur sangat sebab Allah takdirkan kita untuk bersama. I love you my wife." tuturnya lembut.

   Aku tersenyum nipis mendengar luahannya.

   "Most welcome husband."

   "Lagi?" soalnya tiba-tiba.

   Berkerut dahi aku. Aku mendongak memandangnya.

   "Apa yang lagi?"

   "Takkan balas tu je? Benda yang last saya cakap tu, tak nak balas ke?"

   Aku terdiam sejenak. Cuba mencerna kata-kata Qash tadi. Setelah faham, aku tersenyum senget.

   "Kalau... Saya tak nak?" soal aku cuba menduga.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now