Bab 28 | Keputusan

829 49 1
                                    

   SEMINGGU sudah berlalu. Aku dan Fiya pula sudah pulang ke bandar Kuala Lumpur. Kehidupan aku berjalan seperti biasa. Kerja, kerja dan kerja.

   Dan dalam masa seminggu itu juga lah, aku tak berhenti membuat solat istikharah. Dan keputusan telah aku buat.

   Kali ini, aku yakin dengan keputusan aku. Petunjuk yang Allah beri pada aku takkan aku sia-siakan. Dan aku hanya tinggal hendak memaklumkan kepada si dia sahaja.

   Berdebar? Semestinya! Sepanjang hari ini aku rasa serba tidak kena. Ada perasaan malu, takut, berdebar. Semuanya perasaan itu bersatu.

   "Berangan!"

   Aku tersentak dengan sergahan itu. Aku mendengus kasar. Tak payah tanya siapa, korang sendiri kenal manusia yang suka sergah aku macam ni.

   "Kau, kalau kena lempang dengan aku kejap lagi, jangan tanya kenapa." kataku senada.

   Fiya di situ tersengih-sengih. Dia duduk di kerusi di hadapan meja kerja aku.

   "Garang betul lah minah ni. Cubalah jadi lemah lembut sikit. Macam mana nak jadi isteri orang ni? Tu kalau dah jadi isteri orang, mahu terperosok bawah katil laki kau gamaknya. Asyik nak marah je kerja..." bebel Fiya.

   Berkerut dahi aku memandangnya.

   "Kau jangan nak merepek boleh tak?" marahku.

   Fiya hanya tayang wajah selamba.

   "Eh Qai, lunch nanti kau ada pergi mana-mana tak?"

   Aku tidak jawab sebaliknya mengangguk.

   "Oh? Pergi mana?" soal Fiya.

   "Qash ajak lunch dengan dia." jawabku ringkas.

   Tiba-tiba Fiya tersenyum lebar.

   "Oh... Nak dating lah ni?"

   "Kepala otak kau." balasku dingin.

   "Eleh! Tak nak mengaku konon. Tak apa, kita tengok sampai bila Qaisara Alysha nak sorok perasaan dia tu..." ejek Fiya.

   Aku memutarkan bebola mata. Malas aku nak layan si kerempeng tu!

   Tiba-tiba mata Fiya terarah pada sesuatu yang lain pada aku. Kemudian dia tersenyum-senyum memandang aku. Tahu lah aku dia dah nampak apa yang lain.

   "Oooo.... Faham dah! Apa-apa pun, i wish you good luck okay!" ujar Fiya dengan sengihan nakal.

   Aku pula cuba mengawal riak wajah aku. Sedaya upaya aku cuba menayangkan wajah selamba.

   "Dah lah! Pergi buat kerja. Jangan kacau aku!" halau aku.

   Fiya mencebik bibirnya.

   "Whatever! Eh, nanti kirim salam rindu aku dekat Qash tau!" sempat Fiya mengusik.

   Namun riak wajah aku masih sama. Beku.












   SETELAH sepuluh minit di dalam kereta. Keadaan kami masih sama. Sunyi sepi. Hanya kedengaran suara DJ radio sahaja yang memecahkan kesunyian antara aku dengan dia.

   Tiba-tiba kedengaran lagu 'Sampai Ke Hari Tua' yang dinyanyikan oleh Aizat Amdan di radio.

   Tersungging senyuman di bibir tatkala mendengar bait-bait lirik lagu itu. Aku suka dengar melodi lagu ni. Dia macam, membuai perasaan je rasanya.

Mr Annoying Vs Miss BekuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora