Bab 9 | Photoshoot

988 54 1
                                    

     "OKAY, perfect!" semua memberi tepukan gemuruh.

     "Good job Qai!" kata Adam sambil menepuk bahu aku.

     Aku tersenyum bangga. Alhamdulillah, photoshoot gambar khawin pada hari ini berjalan dengan lancar.

    Aku membelek gambar yang baru aku ambil tadi. Tersenyum lebar aku melihat hasil kerja aku sendiri.

     Lokasi yang dipilih untuk photoshoot ialah di Moroccan Pavilion yang terletak di Putrajaya.

      Sumpah aku cakap, lokasi kali ni memang cantik! Mata aku dari tadi tak puas tengok keadaan sekeliling tempat ni. Terpegun!

   "Qai?"

    Aku yang sedang leka membelek gambar-gambar di dalam kamera aku terus berpaling ke arah suara yang memanggil aku.

    Zura dengan busana pengantinnya datang menghampiri aku. Tanpa kata dia terus memeluk tubuh kecil aku.

    "Thank you so much Qai! I'm so happy today!" ucapnya teruja.

    Aku tersenyum nipis. Pelukan dileraikan.

   "I am very satisfied with your work. Gambar-gambar tu semua cantik sangat! I suka!" pujinya dengan nada teruja.

   Aku lihat wajahnya terpancar sinar bahagia. Orang kata ada seri pengantin.

    "Thank you Zura. And thank you so much for trusting us." balasku seraya senyum nipis.

    Zura membalas senyuman.

    Kenapa aku panggil dia Zura? Sebab dia muda dari aku. Umur 24 tahun. Kenapa tak panggil Puan? Zura tak bagi. Katanya rasa macam tua bila aku ber-puan dengan dia. Katanya lah. Aku ikutkan je.

    "So, lepas ni you ada photoshoot dekat mana pulak?" soalnya.

    "Untuk hari ni, tak ada. I balik studio terus lepas ni."

    Zura mengangguk faham.

    "Okay lah. I nak pergi dekat husband i. Thank you tau! Jumpa lagi." pamitnya. Dia melagakan pipi dengan aku.

     Sejujurnya, aku agak kekok bila orang berbuat begitu pada aku. Entah lah. Dengan Maktok aku masih okay. Tapi bila dengan orang lain rasa macam.... Awkward? Ya tahu aku ni pelik. Tak payah cakap pun tak apa.

   Aku mencari kelibat Adam. Mana lah si sesumpah ni pergi? Aku dah lah nak balik ni. Perut aku lapar gila sekarang ni.

    Mana tak lapar? Tadi pagi sempat minum air milo kotak dan makan sebungkus roti je. Sekarang dah tengah hari. Memang perut 'bernyanyi' lah.

    Mask hitam aku sarungkan kembali menutupi separuh wajahku. Tadi aku terpaksa bukak sebab cuaca panas terik. Memang berbahang muka aku tadi.

    Aku dah garu kepala. Ish! Mana si jembalang ni?!

    Rasa nak mengamuk pun ada sekarang ni! Kau faham tak bila kau tengah lapar, tapi orang sengaja cari pasal dengan kau. Faham tak?

     Seketika itu, pandangan aku terhenti di satu sudut. Sebaik terpandang wajah yang sedang bergelak tawa di satu sudut dengan sekumpulan gadis. Dengan pantas kaki aku melangkah ke arah mereka.

     Wah wah! Patut lah lesap! Dekat sini rupanya dia. Pantang betul nampak perempuan cantik si Adam ni. Mula lah perangai buaya dia!

     Sebaik sahaja aku menghampiri kumpulan itu, Adam yang perasan dengan kehadiran aku pantas melambaikan tangan.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now