Bab 21 | Tarawih

850 52 1
                                    

      DALAM sibuk mengharungi perjalanan hidup, sedar tak sedar, sudah menjelang bulan Ramadhan. Dan hanya tinggal lebih kurang satu minggu sahaja lagi untuk umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Dan sekarang, aku sedang sibuk memasak makanan untuk berbuka nanti. Fiya juga ringan tulang membantu aku.

    "Jarang tahu aku nak nampak kau rajin macam ni."

     Aku yang sedang sibuk mengacau ayam masak merah di dalam periuk itu pantas mengerling ke arah Fiya.

    "Nak kata aku malas lah ni?"

    Aku dengar Fiya berdecit.

    "Eh tak ada lah malas sangat. Cuma, jarang lah kau nak masuk dapur, masak sedap-sedap ni. Biasa beli dekat kedai je."

    Aku memutarkan bebola mata ke atas.

    Ya, sejujurnya aku ni malas sikit nak masuk dapur. Nak kata aku tak pandai masak, tak ada lah tak pandai langsung. Boleh je masak sikit-sikit. Cuma itulah, macam yang aku cakap tadi. Malas.

    Aku jadi malas bila nak kena sepahkan dapur. Yang nak kena kemas nanti aku jugak.

    Ya, nak kata aku perempuan malas cakap jelah. Dah tak kisah dah.

    Hmm, aku tak tahu lah macam mana kalau Maktok ada dalam rumah ni. Mahu cair tahi telinga aku ni bila dengar dia membebel.

    "Okay, dah siap!" ujarku sedikit teruja.

    Aku menceduk ayam masak merah ke dalam mangkuk dan mangkuk itu diletakkan di atas meja makan.

    "Wah, sedapnya bau! Ni yang buat aku rasa nak makan sekarang ni!" kata Fiya dengan teruja.

    Aku menggeleng kepala perlahan.

   "Ha dah, tak payah nak mengada. Belum azan lagi. Tu, tolong ceduk kan nasi tomato tu dalam mangkuk." arahku.

    Ya, hari ni menu masakan lain sikit. Bila mood rajin dah datang, itu lah dia. Tak main dah nasi putih ni. Kita buat nasi tomato pulak.

    Fiya tanpa membantah segera bergerak ke arah rice cooker. Nasi tomato diceduk ke dalam mangkuk.

     Setelah semua siap dihidang di atas meja, aku dan Fiya sama-sama duduk di meja makan menunggu azan berkumandang.

    Lauk yang aku masak hari ni simple je. Ayam masak merah, wajib bila makan dengan nasi tomato. Telur rebus masak kurma. Dan sayur kacang buncis goreng campur telur. Kan aku dah cakap, simple je.

    "Allahuakhbar allahuakhbar..."

    Kedengaran azan maghrib berkumandang dari masjid berhampiran. Aku mula mengetuai membaca doa makan.

    Gelas berisi air sejuk kosong aku capai. Diteguk perlahan air sejuk itu. Ah leganya!

    Alhamdulillah, hari ini aku berjaya puasa penuh lagi tanpa gangguan gastrik dan 'kawan baik'. Tak, bukan Fiya. Faham-faham sahaja lah.

    Sebiji buah kurma aku capai. Di gigit sedikit demi sedikit. Manis!

    Fiya aku lihat sudah bersedia untuk menceduk lauk selepas meneguk segelas air.

    Piring kecil yang berisi buah kurma aku tolak ke arahnya. Fiya jadi terpinga-pinga.

    "Kan elok kalau makan buah kurma dulu." kataku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now