Bab 46 | Pulang

773 32 2
                                    

   "ALLAH!"

   Aku tersedar secara mengejut. Pandangan aku meliar di sekeliling. Aku masih di bilik aku. Dahi aku sudah basah dek kerana peluh. Dada aku berombak hebat. Astaghfirullahalazim, mimpi apa ni? Aku melekapkan tapak tangan aku di dada. Aku betul-betul terkejut. Mimpi tu macam realiti.

   Kenapa aku mimpi macam tu? Ada petanda apa-apa ke? Atau, hanya mainan tidur? Aku melunjurkan kaki di birai katil. Peluh di dahi aku seka dengan tangan. Jujur aku cakap, jantung aku berdebar laju sekarang ni. Aku bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membilas muka. Selesai membilas, aku kembali semula ke katil. Telefon aku di meja kerja aku tenung lama.

   Nak telefon dia ke tak eh? Aku betul-betul risau pasal dia sekarang ni.

   Setelah agak lama berfikir, aku pantas mencapai telefon pintar aku. Nombor Qash di cari di dalam senarai kenalan. Kemudian nombor itu di dail. Aku melekapkan telefon di telinga. Mata aku terpejam rapat. Tolong lah jawab, tolonglah.

   "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

   Aku berdecit perlahan. Panggilan dimatikan kemudian nombor Qash di dail lagi. Aku tak puas hati selagi aku tak dengar suara dia. Nak tidur? Lagi lah tak boleh!

   Sedang aku menanti dengan penuh debaran, panggilan mula di sambung.

   "Hello? Assalamualaikum." kedengaran suara serak orang di sana. Mungkin baru bangun dari tidur.

   Eh hello Qai? Kau tengok lah dah pukul berapa kau telefon dia? Pukul empat pagi tau!

   "Hello, waalaikumussalam. Qash? Saya ganggu awak ke?" jawab aku perlahan.

   Kedengaran suara Qash berdehem kecil.

   "Eh takda lah. Kenapa Qaisara? Are you okay?" soal Qash kedengaran perlahan.

   Aku diam seketika. Nak kena cerita ke tak?

   "Sayang? Are you alright? Ada apa-apa jadi ke?" sekali lagi dia bersuara.

   "Tak... Takda apa-apa. Awak... Okay kan?" soal aku tanpa berselindung.

   "Ya... But, Qaisara. Awak yang nampak tak okay. Why?"

   Aku menarik nafas, kemudian hembus.

   "Saya mimpi awak tadi..." tutur aku perlahan.

   "Mimpi pasal apa?"

   "Awak kena langgar."

   Dan aku dengar dia beristighfar perlahan.

   "Qaisara, mimpi kan mainan tidur. Saya ada ni. Masih okay. Jangan lah risau." tuturnya lembut.

   Dengar sahaja suara dia, buatkan hati aku kembali tenang. Itu lah Qash, dia mampu tenangkan hati aku.

   "Sayang? Awak okay tak ni? Nak saya pergi jumpa awak?"

   "Eh, tak payah lah. Merepek lah awak ni." halang aku. Apa ke gila pagi-pagi buta nak datang sini?

   Dan aku terdengar suara Qash ketawa.

   "Takda lah. Kalau awak nak, saya sanggup je pergi."

   Aku memutarkan bebola mata ke atas.

   "Tak payah lah..."

   Kemudian suasana di antara kami sunyi sepi.

   "Qaisara, awak pergi lah sambung tidur. Kalau ada apa-apa hal, call je saya. Okay?"  ujar Qash.

   "Hmm, okay. Maaf sebab ganggu awak tidur pagi-pagi ni."

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now