Bab 53 | Hutan

726 28 3
                                    

   SELESAI menyediakan sarapan pagi, aku kembali ke kamar tidur aku dimana Qash berada. Nak jemput encik suami bersarapan sekali. Tak jemput nanti, kebulur pulak anak orang tu.

   Kenapa aku tak hantar sahaja makanan ke dalam bilik?

   Bukannya aku tak mahu hantar makanan ke bilik, tetapi Qash yang sudah melarang aku awal-awal dari berbuat demikian. Katanya, dia bukannya anak raja sampai harus di hantar sarapan ke dalam bilik. Dan dia juga berkata, dia lebih suka makan bersama-sama dengan aku dan Maktok. Lebih seronok lah bila makan beramai-ramai. Dan yang paling buatkan aku rasa terharu tu, dia berkata...

   "Saya kahwin dengan awak bukannya nak jadikan awak sebagai orang gaji saya. Hantarkan makanan lah apa lah. Saya makan dulu dan awak makan kemudian. Dah macam orang asing dah saya rasa. Awak tu isteri saya tahu. Nak makan, tidur tu semua kena dengan saya. Ingat tu."

   Memang kalau orang lain yang dengar, kedengaran biasa sahaja. Tetapi bagi aku, aku terasa seperti dihargai dan di sayangi. Betul, semenjak Qash jatuh sakit ni, hampir semua kerja aku lakukan sendirian. Langsung aku tak benarkan dia buat satu perkara itu sendirian. Apabila dia hendak berjalan, aku akan memapahnya. Apabila dia hendak mandi juga aku turut membantunya. Bukannya apa, aku jadi seperti tidak sanggup membiarkan Qash lakukan semua perkara itu sendirian. Aku terasa seperti aku seorang isteri yang tidak berguna langsung. Lagipun, tak salah untuk aku membantu dan memberi segala apa yang diperlukan oleh Qash. Pahala pun dapat, kan?

   Oh! Tentang Wawa. Semenjak kejadian tempoh hari, Wawa tidak lagi memunculkan dirinya di rumah Maktok. Begitu juga dengan pak ngah dan juga mak ngah. Langsung tak nampak batang hidung tiga beranak tu. Kadang-kadang aku terasa serba salah kerana bertutur agak kasar kepada mereka berdua semasa hari kejadian. Tetapi apa yang aku mampu buat? Aku hanyalah insan yang lemah. Yang tak mampu untuk mengawal perasaan marah dan ego. Yang sering melakukan kesilapan. Tetapi cuba lah bagitahu aku, isteri mana je tak mengamuk kalau ada orang cuba nak usik suami dia? Lagi-lagi bila dia nak buat perkara yang tidak masuk akal itu. Mujur sahaja orang kampung tidak mengetahui tentang hal ini kecuali Che Som. Kalau tidak? Mahu Qash ni dipaksa berkahwin dengan si bimbo tu. Dah duduk berdua-duan, siapa je tak berfikiran negatif?

   Dan mujur juga aku bukan sejenis yang tahu serbu tanpa menyiasat terlebih dahulu. Memang dari awal lagi aku mula rasa seperti tidak sedap hati. Dan aku mula rasa firasat aku semakin kuat apabila Wawa tidak turut serta menghadiri majlis perkahwinan pada hari itu. Tambahan pula apabila raut wajah Che Som berubah apabila melihat aku bersama Maktok yang baru pulang daripada majlis tersebut. Dan Qash pula tidak bersama aku. Lagi lah membuatkan aku rasa sesuatu yang tidak enak.

   Pintu kamar aku dikuak dari arah luar. Dan figura Qash yang sedang berbaring itu menyapa pandangan mata aku. Bibir aku mengukir senyuman nipis.

   "Awak, jom sarapan? Saya dah siap buatkan sarapan tu." ujarku dengan nada lembut. Punggung aku labubkan di birai katil.

   Qash pula mula bangun dari baringan. Dia sudah duduk menghadap aku. Sekonyong-konyong, dia meraih tangan aku yang berada di atas riba. Dan tanpa aku sangka, Qash terus menarik aku masuk ke dalam pelukan hangatnya. Aku sedikit terkesima dengan tindakannya yang spontan itu.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now