Bab 42 | Pergi

790 39 11
                                    

   MATA aku mula berkaca. Jantung aku bagaikan hendak terkeluar. Tangan aku terketar-ketar memegang buku album itu. Masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ni. Sesuatu yang tak aku sangka.

   Aku tak tahu perasaan apa yang harus aku gambarkan ketika ini. Sedih? Kecewa? Marah? Takut? Aku tak tahu. Yang aku tahu, hati aku bagaikan kepingan kaca ketika ini. Retak, terluka. Fikiran aku bercelaru. Hati seumpama tak boleh terima kebenaran yang sudah terbongkar.

   Kenapa? Kenapa dia rahsiakan semua ni dari aku? Apa motif sebenar dia? Sengaja berkahwin dengan aku semata-mata nak sakitkan hati aku? Atau sengaja nak permainkan hati aku? Pelbagai andaian yang bermain di fikiran aku.

   Tanpa sedar, air mata aku gugur mengalir di pipi mulus aku. Aku terasa dikhianati. Sakit. Sakit untuk aku terima kebenaran ni. Aku menekup wajah aku. Melepaskan tangisan yang makin menjadi-jadi.

   Jadi, selama ni semuanya cuma pura-pura? Dia cuma pura-pura sayangkan aku? Apa makna perkahwinan ni? Ya Allah, sakit sangat rasa ni ya Allah...

   Macam mana aku nak berhadapan dengan dia sedangkan dia lah orang yang paling aku takut waktu ketika dulu? Dia lah pembuli yang kejam tu. Dan yang paling aku tak boleh terima, dia juga orang yang sama penyebab aku hampir lemas. Orang yang paling aku benci!

   Tubuh aku mula menggigil. Ya Allah, andai ini semua hanyalah mimpi, kau bangunkanlah aku. Aku tak mampu terima semua ni.

   "Qaisara?"

   Tersentak aku mendengar suara itu. Aku pantas mengangkat muka memandang tuan empunya suara. Wajah aku sudah basah dengan air mata. Aku merenung Qash dengan pandangan tajam.

   Qash yang berada di muka pintu hanya statik berdiri. Dia menayangkan riak terperanjat bercampur cuak. Dia memandang aku dengan pandangan serba salah.

   "Qaisara..." panggilnya.

   "Apa semua ni?" soalku dengan suara serak. Bercampur dengan rasa sakit di hati.

   Qash kesihatan serba salah.

   "Sayang, i can explain..." ujarnya. Dia cuba menghampiri aku.

   "Jangan dekat dengan saya!" halang aku. Dada aku berombak hebat cuba mengawal rasa marah dan sedih.

   Automatik pergerakkan Qash terhenti. Wajahnya terpancar riak kecewa bercampur sedih.

   "Qaisara, bagi saya jelaskan. Dengar dulu sayang..." pujuknya.

   "Selama ni saya percayakan awak Qash! Saya sayang awak. Saya letakkan seluruh kepercayaan saya pada awak. Tapi apa yang saya dapat? Saya dapat sakit. Sakit Qash untuk saya terima semua ni. Sakit! Awak buat saya ni macam patung. Awak mainkan hati saya. Awak buat saya ni macam tak ada perasaan langsung!" luah aku dengan penuh perasaan.

   Terasa lemah lutut aku ketika ini. Aku terasa begitu lemah kini.

   "No Qaisara, saya tak ada niat langsung nak mainkan perasaan awak. Tak pernah. Please, let me explain first..." tuturnya penuh berharap.

   Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Aku meraup rambut dengan kasar. Air mata aku sedari tadi masih tidak berhenti mengalir.

   "Tak ada niat? Jadi semua ni kebetulan? Hah?" soalku dengan ketawa yang dibuat-buat. Bukan ketawa kerana suka, tetapi ketawa kerana kecewa.

   "Awak sebenarnya memang dah kenal saya kan? Sebab tu lah awak beria sangat nak tahu nama saya dulu? Sebab awak memang kenal saya! Awak tahu semua tu!"

   "No! No Qaisara... Awak dah salah faham, dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Please sayang..." rayunya.

   Qash cuba untuk menyentuh lengan aku, namun cepat-cepat aku elak.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now