Bab 6 | Qash Anaqi

1K 46 3
                                    

     KEADAAN di meja makan ketika itu riuh dengan suara Maktok, Fiya, Qash dan Wawa.

    Ya kawan-kawan. Perempuan melayu terakhir tu pun turut berada di rumah Maktok. Entah lah apa mimpi dia tiba-tiba datang.

    Aku? Buat tak tahu! Baik makan lagi bagus. Nak angkat muka, mamat annoying tu duduk di depan aku sekarang ni. Tak rela aku nak hadap muka dia.

    "Tambah lah lagi Qash, lauk banyak lagi ni." pelawa Maktok.

     Bukan main seronok lagi Maktok aku ni. Layan si Qash ni macam putera kayangan.

    Qash mengangguk seraya senyum manis.

    "Sedap Maktok masak." pujinya.

    Maktok? Apa lagi? Kembang sebesar pintu lah! Huh!

     Yang mamat annoying ni pun satu, apa pasal lambat sangat makan tu? Tolonglah berambus cepat, aku dah muak tengok muka dia.

    Tak baik Qai... Tetamu tu pembawa rezeki.

     Ya memang tetamu tu pembawa rezeki tapi si Qash ni? Pembawa masalah!

    "Tak ada lah Qash. Biasa ja Maktok masak. Tapi kalau nak makan masakan Maktok lagi, singgah lah rumah. Maktok masak sedap-sedap untuk Qash."

    Terangkat terus wajah aku memandang Maktok. Seriously Maktok? Tolong lah cakap aku tengah mimpi sekarang ni!

     "Insya-allah kalau tak ada aral melintang, Qash datang." jawab Qash sopan.

    Huh! Ni lagi sorang. Depan Maktok bukan main pijak semut tak mati. Cuba kalau dengan aku? Mulut tu kalau bercakap kerja nak naikan darah aku je!

    "Abang Qash, abang datang sini balik kampung ke? Wawa tak pernah nampak pun sebelum ni." tiba-tiba Wawa bersuara dengan lembut.

    Abang? Ergh! Loya tekak aku dengar.

    Qash angguk. "Haah, melawat mak sedara."

     Matanya menjeling ke arah orang di hadapannya yang sejak dari tadi hanya menundukkan pandangan.

    "Hah Sha! Awat dari tadi diam ja?" sergah Maktok.

    Bukan dia tak perasan cucunya itu banyak mendiamkan diri sejak pulang dari kedai runcit.

     Terhinjut sedikit bahu aku kerana disergah oleh Maktok. Hish! Maktok oiii.... Jangan lah sergah macam tu, terbang semangat cek ni!

    "Tak ada apa nak cakap." balasku pendek.

     Fiya menjeling ke arah Qaisara di sebelahnya. Dia tahu sahabatnya itu 'anti' dengan jejaka di hadapannya kini.

   "Awak duduk sini sampai bila?" soal Qash tiba-tiba.

   Erk?

   Awak? Kepala lutut dia! Sejak bila kau jadi lelaki yang berbudi bahasa ni?

    Aku tidak menjawab. Buat tak tahu je Qai!

     Maktok yang melihat aku tiada respon mula bersuara.

    "Sha, kawan tanya tu kan?" soal Maktok. Matanya terjegil memandang cucunya yang tiba-tiba bersikap dingin.

   Aku mengeluh berat. "Ahad."

    Qash angguk mengerti. Dia tersengih mengejek apabila sedar aku menjelingnya.

    Cis! Ada yang kena simbah dengan minyak panas ni karang!











    "INGAT tau, ada masa nanti singgah sini lagi. Maktok masakkan untuk Qash." kata Maktok.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now