Bab 62 | The End

1K 35 18
                                    

MAJLIS resepsi antara Fiya dan Harith berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Maka tamatlah zaman bujang ketiga-tiga cucu Hajah Wafiyah. Wajah Maktok kemain gembira lagi. Aku rasa dia lah orang yang paling gembira hari ni. Mungkin dia rasa lega, cucu-cucu dia dah ada yang tolong jagakan. Aku juga tumpang gembira. Memang tak sangka, yang dulunya asyik berperang, bermasam muka, akhirnya semua bersatu. Aku pula yang kononnya tak mahu kahwin, tup tup dah ada anak sorang. Dan kerana hubungan aku dan Qash, Fiya dapat bertemu dengan lelaki pilihannya. Keluarga aku juga sudah kembali bersatu. Tiada lagi sifat dengki. Tiada lagi pergaduhan yang berlaku. Aku sangat bersyukur kerana semuanya sudah kembali seperti sedia kala.

Kini tangan aku sedang sibuk mencuci pinggan yang dugunakan tadi. Kami sekeluarga baru sahaja selesai makan malam. Rumah Maktok pada hari ini sangat meriah. Keluarga Qash ada, pak ngah sekeluarga juga turut serta. Tak ketinggalan juga Adam dan Zamrul. Mereka berdua akan bermalam di rumah Maktok. Manakala keluarga Qash akan bermalam di rumah bapa dan ibu saudara Qash.

Mata aku kian memberat. Sejujurnya aku agak letih pada hari ini. Mana tidaknya? Dari siang tadi, aku tidak berhenti bergerak. Sambut tetamu, jadi pengapit Fiya, tambahan pula Kashaf banyak meragam hari ni. Sekejap-sekejap dia menangis. Dah tu, dengan Qash pun dia tak mahu hari ni. Aku pun tak faham kenapa Kashaf berkelakuan begitu. Asyik nak menempel dengan aku sahaja. Sudahnya, semua kerja aku terbantut.

Tiba-tiba aku terasa ada sepasang tangan yang melingkar di sekeliling pinggang aku. Aku tak terkejut langsung kerana aku kenal dengan wangian yang dipakai olehnya.

"You look tired sayang. You should rest."

Dia berbisik di telinga aku. Aku terasa satu kucupan singgah di bahu kanan aku. Terasa pelukannya makin erat.

"Dah nak habis dah ni. Awak pergi lah masuk tidur dulu," aku membalas dengan senyuman nipis.

Aku dengar dia menghembuskan nafas lembut. Tak semena-mena dia memegang kedua-dua belah tangan aku. Sekaligus membantutkan pergerakkan aku.

"Kenapa?" aku menyoal.

"Duduk tepi. Biar saya yang habiskan kerja ni."

"Eh, takpa lah. Sikit je lagi ni."

"Takpa. Awak duduk tepi," dia sudah menyentengkan lengan baju kurtanya. Tubuhku ditolaknya lembut. Kemudian dia memulakan tugas mencuci baki pinggan yang tinggal.

Aku pula hanya memerhati tingkah lakunya. Lama aku tenung wajahnya. Makin lama, Qash makin kelihatan kacak. Tambahan pula bila dia memakai baju kurta mengikut potongan badannya. Dengan tinggi lampainya. Hish, apasal handsome sangat laki aku ni?

"Awak sekarang bila tenung saya, memang dah tak cover eh? Direct betul."

Spontan tubuh aku mengeras. Tiba-tiba terasa darah menyerbu seluruh wajahku. Panas, kebas. Ish, terkantoi pulak pergi usya suami sendiri. Aku tersengih malu. Aku dengar Qash ketawa kecil.

"Tapi takpa, benda dah halal kan? Boleh tengok puas-puas," tambahnya dengan sengihan mengusik. Untuk menutup perasaan malu, aku menampar lengan sasanya. Setelah selesai kerja mencuci, Qash mengeringkan tangannya yang basah.

"Dah, jom masuk tidur. Kesian awak, mesti letih kan?" dia menggamit tanganku. Aku hanya membuntutinya.

"Sikit lah. Kashaf dah tidur?"

Qash angguk.

"Lega bila dia dah tidur. Dia banyak meragam betul hari ni," balasnya.

Aku angguk bersetuju.

"Dia tak biasa bila tengok ramai orang kot."

Kami tiba di bilik tidur. Aku menapak ke arah katil bayi yang betul-betul bersebelahan katil aku. Wajah si kecil aku tatap, bibir aku menarik senyuman nipis. Rasa tenang bila lihat wajahnya. Kadang-kadang, lihat wajah anak sahaja boleh menghilangkan semua rasa lelah. Tiba-tiba aku terasa bahu aku dipaut. Aku panggung kepala. Qash sedang merenung Kashaf.

Mr Annoying Vs Miss BekuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon