Bab 45 | Penyesalan

814 31 2
                                    

   "OKAY, done!" ujar aku sebaik sahaja gambar yang terakhir telah diambil. Aku tersenyum kecil melihat hasil kerja aku. Gambar-gambar pengantin itu sungguh cantik pada pandangan mata aku. Terpancar seri pengantin di wajah mereka. Dengan itu, tamatlah sesi outdoor photoshoot pada hari ini.

   Aku lihat dua pasangan itu, atau lebih dikenali sebagai Rafael dan Junita datang menghampiri aku. Aku pantas menghadiahkan senyuman nipis kepada mereka.

   "Kak Qai... Ju nak ucapkan terima kasih tau. Ju suka sangat dengan hasil kerja akak. Semua cantik-cantik! I know i can count on you."  ujar Junita teruja.

   Aku melemparkan senyuman manis.

   "Alhamdulillah, lega akak bila Ju suka. Terima kasih jugak sebab sudi berurusan dengan akak. And congratulation to both of you. Semoga hubungan awak berdua kekal hingga ke Jannah."

   "Aamiin, terima kasih." balas mereka berdua seraya senyum.

   "Oh ya! Awak ada business card tak? Saya ingat nak tempah photoshoot untuk majlis hari jadi anak saudara saya tak lama lagi." bicara Rafael.

   "Oh, ada. Sekejap ya." sahut aku seraya mencari kelibat Adam.

   "Adam! Sini sekejap." panggil aku. Adam yang sedang mengemas peralatan yang digunakan tadi laju sahaja datang menghampiri.

   "Ada apa?" soalnya.

   "Mintak business card kita." pinta aku.

   Adam pantas mencari kad yang diminta di dalam begnya. Kemudian kad itu diberikan kepada aku.

   "Okay untuk buat tempahan, awak boleh contact number ni. Atau kalau awak nak datang ke studio pun boleh, takda masalah." terang aku.

   Rafael menyambut kad tersebut seraya mengucapkan terima kasih.

   Aku pula memberikan kamera kepada Adam. Adam menyimpan semula kamera ke dalam beg yang khas buatnya.

   "Okay lah, kalau takda apa-apa. Saya nak minta diri dulu? Gambar tu, awak berdua boleh datang ke studio untuk ambil." pamit aku.

   "Alright, see you again. And, thanks again Kak Qai." sambut Junita. Kami berdua bersalaman sebelum aku dan Adam berlalu pergi.

   Aku menyeka peluh di dahi. Cuaca pada tengah hari ni panas terik betul. Terasa berdenyut kepala aku. Nak berjalan ke kereta pun terasa jauh. Penat!

   Entah la, kebelakangan ni aku cepat betul rasa penat. Lagi-lagi sejak aku sakit baru-baru ni. Terasa lesu saja badan.

   Tiba sahaja di kereta, aku berpaut pada kereta seketika. Kepala aku tiba-tiba terasa pusing. Pandangan aku sekejap kabur sekejap jelas. Aduh, kenapa ni?

   "Qai? Kau okay tak ni?" soal Adam kalut apabila melihat aku sedikit terhuyung-hayang. Dia sudah tercongok di sebelah aku.

   Aku memegang kepala. Kepala diangguk perlahan.

   "Okay... Aku pening sikit." tutur aku perlahan.

   "Kau ni, lately ni asyik tak sihat je. Jom lah aku bawak kau pergi klinik."

   Pantas aku melambaikan tangan menandakan aku tak mahu pergi klinik.

   "Tak payah. Pening sikit je. Panas sangat kot. Dah lah, jom balik."

   Adam berdecit.

   "Degil lah kau ni."

   Aku pula buat tak tahu. Aku mula berkira-kira ingin masuk ke dalam perut kereta. Namun dihalang oleh Adam.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now