4.(🖤)

1.4K 71 1
                                    

Uzmar menunggu kedatangan Anaf di Airport. Dia datang lebih awal disebabkan dia tak sabar untuk berlepas ke Itali untuk mencari Addle.

Sampai kan semalam dia tak boleh tidur bila Anaf bagitau bahwa Addle dibawa ke Itali. Panas telinga dia bila dapat tahu Geng The "X" cuba menarik something precious milik dia.

Sedang dia menunggu kedatangan Anaf, matanya terpandang seorang gadis yang ditarik...ha? Ditarik?!

Segera Uzmar berlari ke arah gadis tadi yang meronta-ronta untuk dilepaskan. Gadis tadi menjerit menyebabkan beberapa orang ramai melihat tapi tak reti nak tolong!

Uzmar cuba menarik tubuh Qaseh dengan kuat daripada seorang lelaki yang bertubuh kurus dan lebih kecil daripada saiz Uzmar.

"Lepas woi" jerit Uzmar. Dia sedaya upaya meleraikan genggaman lelaki tadi dan tiba-tiba Qaseh terpelanting ke belakang bersama Uzmar akibat daripada tembakan pistol daripada Anaf.

Uzmar dengan segera melindungi Qaseh dengan memeluk Qaseh dengan kuat. Qaseh menangis di dada Uzmar. Tangannya diletakkan di leher Uzmar sambil Uzmar menenangkan diri nya.

"It's okay. You're safe with me" Qaseh menangis lebih kuat bila satu peluru terkena di bahagian bahu Uzmar. Uzmar menahan kesakitan sambil melihat wajah Qaseh yang mula risaukan nya.

"Tak apa,sikit je" Qaseh menekup tangannya di bahu Uzmar,cuba memberhentikan darah yang keluar membuak-buak.

"Bro! Lari! Now!" Anaf mengarahkan Qaseh dan Uzmar berlari apabila penculik tadi melepaskan tembakan. Dia tak mahu orang awam terlibat.

Tanpa berfikir panjang,Uzmar menarik Qaseh bersama-sama berlari ke arah jet peribadi miliknya yang sudah siap sedia untuk berlepas.

"Awak....tapi..." Uzmar menjeling tajam ke arah Qaseh. Qaseh terdiam apabila Uzmar memberikan pandangan sebegitu.

Dia tak peduli,asalkan gadis tu selamat dia okay. Dia berlari ke lapangan terbang jet. "Masuk" tegas suaranya.

Qaseh teragak-agak. Kenapalah nasib nya teruk harini. Dahlah bangun lambat, terlepas flight dan sekarang dia stuck dengan Mamat muka macam Harry Styles pulak!

Uzmar melihat Qaseh masih berdiri di depannya. Tak tahu apa yang merasuki dia,dia segera merangkul badan Qaseh lalu didukung.

Qaseh menjerit kecil. Dia tak sangka lelaki depan dia ni sanggup buat tindakan macam ni. Uzmar meletakkan Qaseh di set belakang.

Tangannya mencari telefon nya lalu dihubungi Anaf yang belum muncul kan diri. Anaf dah macam adik sendiri. Risau dia kalau jadi apa-apa.

"Hello! Bro! Dah lah,jet nak gerak dah ni!" Setelah Anaf memberitahu keadaan nya,Anaf berlari meninggalkan penculik tadi dan segera ke lapangan jet.

Uzmar menghulurkan tangan nya dan Anaf menyambut. Segera mereka memakai tali keselamatan dan jet mula berlepas. Qaseh hanya diam
Dahlah luggage nya tertinggal di tepi kereta orang jahat tadi.

Uzmar memerhati kan gadis disebelah nya. Tangan nya memegang pasport dan tiket kapal terbang. Dengan selamba dia ambik ticket tersebut dan melihat butiran nya.

Qaseh tersentak. "Ei,apa ni! Bak balik lah! Hish" Qaseh merampas semula tiket tadi dan diletakkan di dalam beg sandangnya.

Uzmar mencebik. "Nasib kau baik aku nak ke Itali. Kita nak pergi tempat sama" jelas Uzmar kaca mata nya dibuka.

Seketika Qaseh terpana melihat bulu mata Uzmar yang lentik kalah perempuan! "Ehem!" Suara Uzmar mematikan apa yang dia fikir tadi.

Qaseh memandang ke arah luar jet.
Dia lihat jet tadi dah tinggalkan Malaysia jauh.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now