60.(🖤)

608 25 0
                                    

Selepas 3 minggu berada di kampung,Qaseh dan Uzmar meminta diri untuk pulang ke KL.
Addle dan Anaf duduk di kampung memandang kan tiada sesiapa untuk menjaga Addle semasa berpantang.

"Balik dulu Ayah,Ibu" Uzmar menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Juliana dan Hassan. Mereka menyambut salam.

Qaseh memeluk tubuh Addle buat kali terakhir. "Hmm lepas ni mesti rindu kakak dengan Laila lepas ni" dicuit pipi tembam anak saudara nya.

Addle tersenyum. "Alah apa susah,call je. Nanti free balik lah sini. Anaf pun tak balik KL pun. Boss dia bagi cuti." Seloroh Addle.

Dipandang Anaf dan Uzmar yang sedang berpelukan. "Okay bro. Balik dulu. Jaga Kak Addle elok-elok. Dah ada anak ni perangai ubah sikit"
Tangan nya menepuk-nepuk bahu Anaf.

Anaf menolak perlahan badan nya.
"Amboi yang bercakap pun sama ya,kau pun tak lama lagi jadi ayah.
Satu lagi,panggil aku abang Anaf. Kau dengan Addle panggil kakak. Aku?"
Uzmar ketawa.

"Okaylah, abang Anaf" Uzmar ketawa bersama Anaf. Anaf menggelengkan kepalanya.
"Tapi rindu jugak aku kat kau nanti" luah Anaf.

Uzmar mencebik. "Alah kau ingat sweet ke? Calling je lah aku" Anaf ketawa. Mana tak rindu,dari kecil sampai ke besar dia memang dengan Uzmar.

"Acu!!" Qaseh berpaling ke arah Khalish yang berlari dan memeluk nya. Terdengar suara Khalish menangis. Qaseh ketawa.
"Hey! Kenapa nangis ni? Acu nak balik dah ni tak mo nangis-nangis dah. Tak comel lah" dicuit pipi tembam Khalish.

Khalish memandang nya.
"Acu, Acu jangan lupa kan Khalish tau walaupun Acu dah ada baby nanti"
Tangan kecil nya mengusap bump Qaseh.
Qaseh berasa sebak. Dia menahan air mata nya dari mengalir.
"Khalish, Acu sampai bila-bila pun takkan lupakan Khalish. Pak Cu dah janji dengan Acu. Nanti Acu balik Acu bawak balik baby Acu ya" diusap pipi Khalish.

Addle tersenyum melihat wajah Khalish yang basah kerana menangis.
"Khalish, mak ngah kan ada. Pak ngah Anaf pun ada. Laila duduk dekat sini. Jadi Khalish boleh kawan dengan Laila nanti" pujuk dia.

Khalish terus senyum. Dia kemudian mencium dahi Laila yang tidur di riba Addle.
"Kak.."

Addle memeluk Qaseh.
"Ya adik. Akak akan jaga satu-satunya peninggalan arwah Along. Khalish dah macam anak akak. Akak akan jaga,sayang dia. Sama macam Laila. Insyaallah" Qaseh menangis jua.

Setiap kali dia pandang wajah Khalish dia teringat kan Along. Sebijik rupa wajah dengan arwah. Dia mengangguk.
"Akak jaga lah dia dulu. Nanti adik pulak bawak dia balik KL. Adik balik dulu. Jaga diri,abang Anaf dan Laila tau. I miss you"
Qaseh memeluk Addle buat kali terakhir.

Khalish memimpin tangan Qaseh turun ke tangga. "Khalish!" Uzmar mendepakan tangan nya dan terus Khalish lompat ke arah nya.

Uzmar ketawa sambil menggosok kepala Khalish. Khalish memeluk leher Uzmar. Dia rasa susah nak lepaskan Uzmar pulang disebabkan Uzmar sangat sabar melayan karenah dia.

"Pak Cu."
"Ya saya. Kenapa?"
Khalish membisik sesuatu ke telinga nya.
Mata Uzmar terbuka luas dan dia ketawa.
"Okay. Pak Cu janji. Sekarang ni Khalish duduk dekat sini dengan Atuk dan Nenek. Tengok kan semua orang untuk Pak Cu dan Acu. Boleh?"
Khalish mengangguk.

Jari kelingking Uzmar dan Khalish dikait dan Uzmar mencium pipi Khalish.

"Bye Pak Cu! I love you" Khalish membuat flying kiss dan Uzmar menangkap dan letakkan di pipinya membuatkan Puan Juliana dan Hassan ketawa.

Qaseh mendekati Khalish.
"Mana aci! Mana kiss untuk Acu! Merajuk lah macam ni" Qaseh memuncungkan mulutnya.

Khalish terus mencium pipi Qaseh.
"I love you to Acu."
Qaseh ketawa.
Dia terima sweet kiss dari Khalish.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now