Last Chapter (🖤)

1K 28 2
                                    

Keesokkan harinya Qaseh, Uzmar dan Farah membawa Rais dan Raisya ke Universal Studio Singapore, Jurong Bird Park, Singapore Zoo, Sentosa 4D Adventureland dan pada waktu malam pula Farah membawa mereka ke Orchard Road.

Sakan nya si Qaseh dan Farah shopping sampai Rais dan Raisya jadi mangsa untuk pegang beg-beg shopping mereka.
Mujur lah makanan-makanan di sini murah.

Sebelum pulang, mereka singgah ke Henderson Wave Bridge. Jambatan yang berbentuk ombak ini menarik perhatian seluruh pelancong. Jambatan ini juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat.
Qaseh sempat menangkap gambar dengan kamera polaroid nya.

Lampu LED menaikkan lagi wajah cantik Qaseh. Uzmar menarik tangan Qaseh ke tepi jambatan. Dibiarkan Farah yang melayan Rais dan Raisya yang ingin lihat seluruh kawasan dari atas jambatan tadi.

"Sayang, abang ada benda sikit nak tanya" Qaseh memandang Uzmar.
"Hmm? Apa dia?" Tangannya bermain-main jari Uzmar.

"Ibu ada call abang. Semalam. Ibu kata Farhan datang tanya sayang." Darahnya berderau bila terdengar nama bekas tunangnya.
Dia memandang ke arah lain.

"Okay, lepastu?" Dia kalau boleh tak mahu dengar lagi tentang Farhan. Biarlah dia mencari kebahagiaan dengan isteri nya.

Uzmar mengeluh. Dia mencium dahi Qaseh. "I'm sorry. Abang tahu sayang tak nak ambil tahu dah pasal dia. Tapi dia datang bawak isteri dengan anak dia. Dia kata dia nak sayang dengan dia jernihkan hubungan."
Rambut Qaseh diselitkan di tepi telinga.

Qaseh menundukkan wajahnya. "Abang tak kisah ke?" Qaseh memandang Uzmar. Uzmar tersenyum.
"Tak sayang. Dia pun ikhlas lepaskan sayang. Abang ada cakap dekat ibu yang kita balik kampung."
Qaseh mengangguk.

Dia memang nak balik kampung. Rais tu daripada semalam telefon nenek nya katanya rindu. Memang Rais rapat dengan Puan Juliana.

"Sayang, berbaik lah semula dengan dia. Lupakan masa lalu. Abang faham perasaan sayang dikecewakan. Abang pun pernah rasa. Lepaskan dan tengok sekarang? Allah bagi dua tiga kali ganda kebahagiaan dekat sayang. Hmm?"

Qaseh mengeluh. Ada betul juga apa yang Uzmar cakap. Dia menarik nafas dalam-dalam. Matanya memandang pemandangan dan dialihkan pada view yang paling dia tak nak hilang.
Wajah Uzmar.

"Okay,sayang maafkan dia"

~.

Uzmar mengangguk. Kemudian diputuskan talian telefon. Dia ada buat kerja gila sekejap untuk Qaseh dan anak-anak mereka.

Pagi-pagi lagi Qaseh dipaksa oleh Uzmar untuk bersiap. Bila dia bertanya pada Farah,Farah sendiri tidak tahu.

Dia malas nak gaduh dengan Uzmar pagi-pagi ni. Dia mandi dan menyarung dress labuh berwarna navy blue. Anting-anting mutiara dipakai kedua-dua belah telinga nya.
Rambutnya di lepaskan dan dikepit dengan penyepit berwarna putih.
Kasut tumit tinggi berwarna putih dipakai.

Raisya nampak comel dengan jumpsuit Jean biru dan rambut nya yang panjang diikat tocang dua.
Dia memuncungkan bibir nya bila Rais merampas gula-gula nya.

Rais pula mengenakan jumpsuit yang sama tetapi kepala tersarung topi kecil. Beg disilang ke bahu menjadikan dia nampak lebih comel.
Qaseh tidak susah memilih outfit untuk Rais dan Raisya kerana disebabkan mereka kembar seiras.

Uzmar sekali lagi memastikan seluruh rumah Farah ditutup suit elektrik.
Farah bekerja hari ni. Jadi hanya mereka berempat yang berjalan-jalan di bandar Singapore.

Uzmar check list untuk tempat-tempat yang dia sudah plan.
Uzmar memandu kereta Farah ke destinasi mereka yang pertama.

Raisya menjerit keriangan bila melihat pemandangan dihadapannya.
"Abang!!! Tengok tu besar nya singa tu!" Jarinya menunjuk-nunjuk patung singa berwarna putih dan di tengah mulut singa tersebut ada air pancut.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now