5.(🖤)

1.4K 70 0
                                    

Qaseh terbangun dari lena apabila dia mendengar suara pilot jet mengumumkan mereka tiba di Itali.
Dia seakan-akan tidak percaya yang sekarang dia berada di Itali.

Kejap lagi dah turun dia tak tahu nak kemana. Nak mintak tolong dekat si mamat ni? Tak payah! Kena tengking adalah.

Qaseh menggosok matanya. Dia membuka tali keselamatan dan membetulkan rambut nya yang kusut.

"Dah bangun?" Uzmar yang melihat nya dari tadi dipandang. "Lepas turun,sila bawak haluan masing-masing. Aku tak nak kau
menyusahkan hidup aku lagi." Qaseh tiba-tiba terguris dengan kata-kata Uzmar.

Qaseh mengangguk. "Pastu pasal hotel ke,kau nak pergi mana aku tak nak tahu dan tak ambik tahu. Anggap je kita tak pernah jumpa. Faham?" Matanya memandang Qaseh yang membetulkan rambut nya.

"Yeeeeeee tahuuuuu" Anaf ketawa kecil dengan tone suara Qaseh yang malas nak melayan Uzmar. Uzmar cuma mencebik.

Mereka turun dari jet. Qaseh mula takut. Dia tak tahu nak kemana. Dahlah ni first time dia datang ke Itali. Bahasa Itali pun dia tak reti.

Dia mengeluh tapi dilangkah jua ke luar lapangan jet. Uzmar memandang lama ke arah Qaseh yang berlalu pergi. Dalam hatinya sedikit risau,yelah macam mana sekalipun Qaseh tetap perempuan. Selamat je dia sorang-sorang dekat negara asing?

Uzmar mengeluh. Lekas-lekas dia menggelengkan kepala. Dia tak mahu mengambil tahu lagi tentang gadis yang tak pernah dia tanya nama tadi.

Sekarang ni dia cuma mahukan Addle balik semula ke pangkuan nya. Itu niatnya yang sebenar.

Anaf menggelengkan kepalanya. "Bro,betul ke kau tak nak ambik tahu pasal dia? Aku nampak muka kau risau semacam je ni" dari riak wajah Uzmar pun Anaf pasti Uzmar berat melepaskan Qaseh pergi.

Uzmar memandang Anaf dengan pandangan yang pelik. "Benda kau merepek! Aku datang Itali ni sebab nak cari Addle,asal aku nak risau dekat dia pulak? Aku dengan dia still stranger" Dia tekad untuk menguatkan hatinya untuk melepaskan gadis tadi pergi sebelum hal jadi lebih complicated lagi.

"Korang!" Anaf dan Uzmar berpaling ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kemeja oren cerah bersama seluar hitam berlari-lari anak ke arah mereka.

Serta merta Uzmar tersenyum turut serta bersama dengan Anaf. "Carlo! How are you bro!" Bahu Carlo ditepuk mesra oleh mereka berdua.

Carlo merupakan rakan rapat mereka di Itali. Ini bukan kali pertama mereka ke Itali. Mereka pernah ke Itali atas urusan kerja.

"I'm good. Sooo, I heard someone datang dari KL pastu pergi Itali sebab nak cari girlfriend dia yang hilang?" Usik Carlo. Wajah Uzmar dipandang.

"Kau! Mulut jaga sikit!" Uzmar ketawa kecil. "Haha,sorry bro. Gurau je. So last kau nampak dia kat mana Naf?"
Anaf menunjukkan skrin iPhone nya kepada Carlo.

"Ouh tempat ni aku tahu. Jom,aku bawak." Anaf memandang Carlo dengan sangsi. "Lah biar betul? Tak ada siapa-siapa punya "tempat" ke kat situ? Kang tak pasal-pasal kita fight kejap lagi. Aku dahlah penat tumbuk orang tadi" Carlo tersentak.

"Siapa pulak cari pasal dengan kau sampai bertumbuk -tumbuk bagai ni?" Setahu dia Anaf seorang yang cool. Dia bukan sesuka hati je nak tumbuk orang.

"Hmm,ada perempuan tadi tu nak kena culik. Si Uzmar pergi tolong. Ada tadi naik sekali dengan kitaorang tapi ni kawan kau yang baik ni pergi halau dia" Perli Anaf.

Carlo menepuk dahi. "Bongok nya kau ni kan Uzmar! Kau tahu tak bahaya kalau kau lepas perempuan dekat Itali ni sorang-sorang. Dia free hair ke?" Dia dapat info sekarang ni ramai pengusaha kelab-kelab malam mencari gadis muda untuk dijadikan pelacur.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now