63.(🖤)

987 20 0
                                    

📍 Malaysia
⏱️ 8.00 pagi

"Raisya! Rais! Cepat mandi! Babah tinggal kejap lagi baru tahu!" Jerit Qaseh. Dia sibuk memasukkan baju-baju Rais dan Raisya ke dalam luggage.

Rais dan Raisya yang sedang seronok memercikkan air sesama sendiri ketawa. Seronok betul mereka bila mandi. Uzmar yang sedang menarik luggage nya dan Qaseh menggelengkan kepalanya.

Perlahan-lahan dia pergi ke suis lampu bilik air. Dia memandang Qaseh yang sibuk iron blaus.
Dia tersenyum nakal.
Selalu nya dia nakal dengan Qaseh je tapi kali ni sebab anak-anak dia degil dia pun nak usik diorang.

Dia segera menutup suis lampu bilik air dan berlari ke dapur. Dia menyorok di tepi peti ais.

"Aaaaaaa!!!" Jerit Rais dan Raisya.
Raisya membuka pintu bilik air.
"Eiiii Babah!" Dia tahu ini semua usikan Babah nya. Rais pula segera keluar dari bilik air tanpa sempat memakai towel.

Qaseh terkejut bila mendengar suara anak-anak nya menjerit. Dia lihat lampu bilik air tidak dibuka.
Dia mencekak pinggang nya.

"Nur Raisya! Syed Rais Dafi! Mama cakap apa?!" Marah Qaseh. Dia dari tadi sabar tapi dia risau jika Farah tertunggu-tunggu di Airport disebabkan dia ingatkan Uzmar ingin bertolak lebih awal.

Raisya terdiam. Rais pula terkebil-kebil. Qaseh menahan ketawa bila lihat tubuh Rais yang tidak berbaju. Uzmar pula muncul di belakang sambil menjelir lidah.

Raisya merengek. Jarinya menunjuk kepada Uzmar yang sedang membuat muka. Mulut Uzmar sempat mengerakkan perkataan
"Padan muka"

Qaseh menoleh dan memukul dada Uzmar. "Ha! Kan dah kena. Babah pun sama naik dengan anak dah kenapa? Ni dah mandi belum?" Uzmar merasa takut pula bila lihat Qaseh memarahi nya dan anak-anak mereka.

"Dah lah. Sayang,kenapa ni? Asyik-asyik marah je?" Dia memeluk pinggang Qaseh. Dicium leher Qaseh.
Qaseh menahan kegelian. Dia memandang anak-anak nya.

"Mama mintak maaf sangat-sangat. Mama pun tak tahu lah kenapa nak marah-marah korang. Sekarang ni pergi siap cepat sebelum mama dengan babah tinggal korang berdua okay?" Rais mula tersenyum bersama Raisya.

Mereka tahu mama mereka tidak akan marah tanpa alasan. Raisya pernah ternampak Qaseh stress ketika menghadap laptop. Yelah, Qaseh bahagian customer service di restoran Uzmar.

Lebih 2 tahun restoran Uzmar beroperasi dan alhamdulillah atas luas nya rezeki, restoran Uzmar turut di buka di kawasan Uncle Smith Dan Aunt Jennifer.

Alice dan Alvin pula bahagia menjalani kehidupan mereka bersama anak mereka, Theresa yang kini berusia juga 3 tahun.
Alvin akhirnya naik pangkat dari ketua ke director archer di company Noah.

Noah pula sibuk menguruskan cawangan nya yang baru dibuka di Mesir. Hannah akhir nya mengandung dan mereka berdua menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Arthur pula kini seorang ejen yang berjaya turut bekerja di bawah Noah.
Dia juga dikurniakan tiga orang anak lelaki bersama isteri nya.

Jordan dan Carlos kini bertunang dengan pasangan masing-masing. Uzmar berjanji untuk menghadiri perkahwinan mereka jika dia sempat.

Tentang kawan-kawan Qaseh pula, Jasmine kini bergelar isteri kepada senior sekolah nya. Dia terkejut bila Qaseh tiba-tiba call dia dan Jasmine menerima apa yang terjadi.
Dia juga menjemput Qaseh dan Uzmar ke majlis perkahwinan nya kira-kira 2 minggu lepas.

Qaseh meminta maaf kerana sudah lama terputus hubungan dengan Jasmine dan Syirah kerana mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga Syirah pindah ke Paris pun dia tak tahu.
Syirah kini bergelar isteri dan juga bakal ibu kepada boss tempat kerja nya.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt