10.(🖤)

1.3K 67 0
                                    

Qaseh hampir tercabut matanya bila melihat 'rumah' milik Uzmar.

"Ni rumah ke istana ni?" Gumam Qaseh. Uzmar ketawa kecil. "Jom masuk" dia mengangkat luggage dia dan Qaseh.

"Eh tak apa,saya bawak sendiri" Qaseh menarik semula luggage yang berada di tangan Uzmar. Uzmar mengelak. "Tak apa,berat ni. Masuk. Aku tunjuk bilik kau"

Bilik kau? Qaseh menggelengkan kepalanya. Kau expect apa ni Qaseh? Of course kau dengan dia tak tidur sekali. Rasa nak ditampar-tampar wajah nya sekarang.

Uzmar berhenti dan menoleh kebelakang. Qaseh masih berdiri di tempat tadi. Dia mengeluh. "Camelia!" Qaseh cepat-cepat berjalan ke arah nya.

Mereka sampai di sebuah bilik yang semuanya serba putih. "Ni bilik kau. Ada semua dah dalam bilik ni. Tinggal kau guna je. Bilik aku dekat sebelah ni" Qaseh melihat ke arah jari yang ditunding ke arah satu bilik berdekatan dengan nya.

Qaseh mengangguk. "Ni tingkat dua. Tingkat tiga ada all games macam ping Pong, badminton, gelanggang basketball, games guna IV camera pun ada. Kau boleh main semua and masuk semua bilik kecuali" Uzmar mendekati wajahnya ke Qaseh.

Qaseh mengundur ke belakang. "Kecuali?" Uzmar memandang bilik nya. Qaseh mengangguk faham. Maksud nya Uzmar tak nak dia masuk bilik nya.

Setelah itu mereka buat hal masing-masing. Qaseh menaip dan save kan file yang perlu dia hantar untuk hari esok.

Dia menggeliat dari kerusi. Tekaknya terasa haus. Dia turun ke tingkat bawah. Gelap. Rumah besar tapi Uzmar tinggal sorang je?

Maid pun dia tak nampak. Mungkin Uzmar tak perlukan Maid kut. Tinggal sorang tak ada apa sangat nak kemas.

Daripada haus perutnya terasa lapar pula. Dia mengusap perutnya. "Aish kau ni perut,dah pukul 12 pagi ni. Mana aku nak cari makanan.

Lampu dapur dibuka. Besar jugak dapur. Bersih dan kemas. Yelah tengok rumah pun tahu Uzmar tak selalu ada. Dia membuka pintu peti ais. Dia mengeluh bila cuma ada beberapa air mineral,air tin dan beberapa biji buah epal.

Sebiji buah epal diambil. Dia menutup pintu peti ais semula. Tiba-tiba dia menjerit bila Uzmar yang duduk berdiri di belakang pintu peti ais tadi merenungnya.

"Aaaaaa!' buah epal tadi dia baling ke dahi Uzmar. Uzmar tak sempat mengelak lalu mengaduh sakit.

Tangannya mengusap dahinya. "Aduh! Apa ni?!" Marah dia. Qaseh tersentak. Segera dia membantu Uzmar untuk memeriksa luka nya di dahi tapi ditepis kasar.

Qaseh terjatuh ke lantai akibat tolakan dari Uzmar. Qaseh mengaduh sakit. Uzmar bangun dan membuka kabinet tanpa memperdulikan Qaseh yang masih lagi di lantai.

"Kau dah kenapa pukul 12 malam ni bukak peti ais aku? Pasti boleh pulak baling buah epal kat dahi aku. Aduh.." dia membuka penutup ubat.

Qaseh mengeluh. Dia mula-mula agak tersentak dengan tindakan Uzmar tapi dibiarkan sahaja. Dia dah tahu Uzmar memang kasar.

Qaseh merampas botol ubat tu dan meletakkan sedikit di kapas. Uzmar mencebik. "Aku boleh buat sendiri lah. Meh sini!" Dia cuba menarik balik botol ubat di tangan Qaseh tapi Qaseh elak.

"Boleh buat sendiri tapi terkial-kial. Hulur tangan. Sekarang" arah Uzmar.
Uzmar menjeling Qaseh. "Eh budak kecik. Aku cakap aku boleh buat sendiri lah!" Dia cuba merampas botol ubat semula.

Qaseh cuba mengelak sebolehnya tapi tiba-tiba kakinya tergelincir lalu tubuhnya jatuh ke lantai. Tangannya tertarik baju Uzmar lalu Uzmar terjatuh di atas badannya.

"Aduhh!" Jerit mereka berdua. Sekarang ni badan Qaseh si bawah Uzmar. Nak bernafas pun tak lepas ni! Bapak berat!

"Bangun! Bangun! Aduh sakit nya!" Qaseh menolak badan Uzmar tetapi Uzmar membuat muka selamba.

"Tak nakkkk" Qaseh mendengus geram. "Eiii bangun lah! Dahlah berat macam lori!" Qaseh menolak badan Uzmar sekali lagi tapi langsung tak bergerak.

Uzmar ketawa perlahan. Dia melihat wajah Qaseh menahan marah menjadikan hatinya geli. Dia merenung mata Qaseh. "Camelia" nada suara nya lembut membuatkan Qaseh memandang nya.

Lama mereka bertatapan sebelum Uzmar berasa sakit dekat pehanya. Sakit tu macam familiar! " Aduh sakitlah ketam!" Dia geram betul dengan jari Qaseh yang suka mencubit pehanya.

Qaseh tersenyum sinis. Baru tahu siapa tinggi siapa rendah! Ngada-ngada lagi. Dia bangun dan berlalu ke bilik tetapi ada tangan yang melingkari pinggang nya.

"Awak!" Terkejut dirinya bila dia ditekan ke dinding. Uzmar pula bernafas laju dan berat. Ditatap seluruh wajah Qaseh. "You're beautiful Addle" Tangannya perlahan-lahan mengelus pipi Qaseh dengan lembut.

Addle? Qaseh terasa ingin menangis disitu tapi dia tak boleh! Dia tak boleh nampak lemah di mata Uzmar. Dia menelan air liur. "Uzmar" dia memanggil nama Uzmar dengan tegas.

Tangannya cuba menolak badan Uzmar yang semakin dekat dengan nya. Kedua-dua tangan nya ditekan ke dinding menjadikan dia tak boleh bergerak ke mana-mana.

Uzmar mendekati leher jinjang Qaseh yang berkulit cerah. Bibirnya dibasahkan sebelum dia mencium leher Qaseh. Qaseh cuba menahan untuk keluarkan suara dengan mengetap bibirnya.

"Uzmar stop right now" Dia bukan tak mahu,tapi fikiran Uzmar sedang bercelaru sekarang. Addle masih dihatinya. Bukan Qaseh Camelia.

Uzmar tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga lah gigi nya mengigit sebahagian leher Qaseh dan meninggalkan kesan merah.

Dia mendongak ke atas lalu tersentak. Tangannya dilepaskan. Dia terkejut. Dihadapannya bukan Addle tapi Qaseh. Qaseh tersandar duduk ke dinding.

Dia mengalirkan airmata. Uzmar cuma memandang Qaseh yang sedang menangis. Dia berasa jijik,jijik dengan diri sendiri bila dia menyentuh Qaseh tanpa sedar bahawa itu bukan apa dia harapkan.

Uzma cuma meletakkan tangannya ke kitchen island untuk menahan dirinya daripada jatuh. "I'm sorry... I'm sorry" setelah itu Uzmar berlari ke bilik nya.

Qaseh cuma diam terpaku disitu. Dia perlahan-lahan bangun dan menuju ke bilik nya. Dia masuk lalu duduk di meja solek. Lehernya dibelek. Ada satu kesan merah di leher. Dia tidak menyentuh.

Dia menangis dan tertidur di situ.

Pagi itu Qaseh keluar awal. Dia menuju ke pejabat nya untuk kerja. Uzmar pulak? Entah. Malas nak ambik tahu.

Uzmsr tersedar lalu bangun. Dia mandi dan menuju ke dapur. Dia perasan kereta milik Qaseh tiada.
Dia dan agak Qaseh masih marahkan apa yang jadi semalam.

Di pun tak mampu kawal dirinya disebabkan fikiran yang serabut.
Dia mengeluh. Lekas dia bersiap dan pergi ke pejabat.

~.

Qaseh terjaga dari tidur. Dia melihat semua orang dah balik kecuali dia. Telefon dicheck tapi mati.

Dia bangun dan solat Isyak sebelum pulang ke rumah. Selesai solat tiba-tiba pintu pejabat nya diketuk kuat. "Qaseh!" Eh? Anaf?

Segera dia membuka pintu melihat Wajah Anaf yang cemas. "Anaf,kenapa ni?" Dia pulak rasa tak sedap hati.

Anaf memandang tepat pada wajahnya. "I'm sorry Qaseh. Uzmar.....
Dia accident!"

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu