25.(🖤)

880 54 0
                                    

Pagi-pagi lagi mereka mengemas khemah dan membasuh barang-barang yang digunakan.

"Sayang,jom mandi sungai." Uzmar mengeluarkan seluar dan bajunya.
Qaseh membuat muka cemberut.
"Pagi-pagi ni,tak sejuk ke?" Dia ni nak bangun pun malas.

Qaseh masih lagi memakai pakaian tidur. Dia malas nak tukar awal-awal.
Kejap lagi berpeluh busuk pulak bajunya.

Uzmar menarik tangan Qaseh untuk bangun. "Tak! Cepatlahhhhh" Uzmar memicit pipi Qaseh. Qaseh mendengus. "Hish yelah!" Uzmar ketawa apabila usikan nya menjadi.

Alice dan Alvin sudah berada di dalam sungai lebih awal daripada mereka. Qaseh membuka zip khemah dan menggeliat badannya.
Sakit jugak tidur atas rumput ni,mujur lah sleeping beg dia tebal.

Alvin berenang ke arah Qaseh.
"Camelia,join us now!" Alvin memercikkan air kepada Qaseh.
Qaseh melindungi dirinya dari basah.

"Eh! Alvin!" Marah Qaseh. Alice ketawa. Uzmar yang baru keluar dari khemah memandang Qaseh yang nampak agak mesra dengan Alvin.

Tiba-tiba hatinya panas. Kenapa Qaseh nampak mesra dengan Alvin?
Dia mengetap bibirnya. Ditahan amarahnya.

"Qaseh" Qaseh tersentak apabila Uzmar tiba-tiba berada di belakang nya dan dia panggil nama depannya. Bukan Camelia.

Dia berpaling dan melihat wajah Uzmar yang menahan marah. Qaseh meneguk air liur nya. 'matilah kau Qaseh!' Qaseh bangun lalu menghampiri Uzmar.

Tangan Uzmar dicapai dan diusap lembut. "Muka tu dah kenapa?" Dia tersenyum. Uzmar mendengus. Dia memandang Alvin selepas itu berbalik semula kepada Qaseh.

"Tak jadi lah nak mandi. Awak jelah yang mandi" Qaseh tersentak. Uzmar masuk semula ke dalam khemah.

"Camelia, what's wrong?" Alice bertanya. Alvin yang tadi memerhati wajah Uzmar yang agak ketat terdiam.

Dia tak ada niat untuk mengecilkan hati Uzmar. Dia cuma ingin mengenali lebih lagi Qaseh sebagai kawan.

Qaseh menggaru kepala. "Everything is okay guys. Just.... Someone seems being jealous" Qaseh tersengih-sengih.
Dia segera masuk ke dalam khemah.

Uzmar baring menghadap wajah ke arah khemah. Matanya ditutup rapat.
Qaseh mengeluh. "Awak?" Dia menggoncangkan bahu Uzmar tetapi Uzmar masih lagi senyap.

Qaseh menarik nafas dalam-dalam. "Babyyyyyy cepatlahhhhh. Kejap lagi kita nak balik dahhhhhh" Qaseh membuat suara comel membuat kan Uzmar terus bangun lalu memeluk Qaseh.

Qaseh tertawa. "Eiii, ngada-ngada kan! Tak malu ke dekat dua orang tu?" Kepala Uzmar ditolak. Menyampah hatinya bila Uzmar merajuk dengan dia.

Uzmar mencebik. "Eleh,nak mengada pun dengan isteri sendiri. Diorang tu?" Qaseh tersentak lalu menampar lengan Uzmar.

"Ish! Tak baiklah cakap macam tu. Diorang tu bagus tau tak. Tengok Alice tu,tak kisah pun kita nak solat dekat depan ni. Alvin tu tak pernah sentuh saya. Sepatutnya diorang buat party tau semalam tapi diorang cuma makan duduk dengan kita je"

"Diorang boleh hormat agama kita takkan kita tak boleh nak hormat agama diorang jugak?" Qaseh mendengus. Uzmar cuma menunduk.

Dia tersengih-sengih. "Sorry" dia memeluk pinggang Qaseh. Qaseh mengusap kepala Uzmar. "Jangan sorry dekat saya. Pergi mintak maaf dengan diorang." Uzmar mengangguk.

Beberapa minit kemudian mereka berempat berada di dalam sungai.
Qaseh menghalakan kamera ke arah pemandangan dan tapak perkhemahan.

Alice pula merakam video untuk dijadikan kenangan. Lama jugak mereka berenang memandangkan air sungai tidak deras dan jernih.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now