57.(🖤)

577 26 0
                                    

Addle duduk di kerusi. Dia melihat Puan Juliana sedang membasuh pinggan di singki. Puan Juliana berpaling bila dengar bunyi kerusi ditarik.

"Adila,tak tidur lagi ke?" Addle menggelengkan kepalanya. "Saja Dila nak duduk dengan ibu. Rindu" dia menundukkan pandangan nya.
Puan Juliana terhenti.

Dia menutup air dan mengelap tangannya dengan kain bersih.
Dia duduk di sebelah Addle.
"Ibu pun rindukan Adila. 20 tahun. Bukan masa yang sekejap."
Adila memeluk Puan Juliana.

Dia menitiskan airmata nya.
"Walaupun Mummy dengan Daddy ada, Uzmar ada Dila sentiasa ingat ibu"
Setiap detik dia tidak pernah lupakan keluarga angkat nya.

Puan Juliana membalas pelukan Addle. "Ibu tahu,sebab tu masa Dila hilang orang lain putus asa untuk harap Dila kembali tapi ibu tak. Ibu harap anak ibu yang ibu sayang sangat ni datang balik dekat ibu"
Luah Puan Juliana.

Addle terasa sebak dengan kata-kata Puan Juliana. Rindunya hanya Allah yang tahu. "Terima kasih ibu. Terima Dila balik" Puan Juliana mengesat air mata Addle.

"Dila,Dila anak sebenar ibu. Bukan anak angkat. Kenapa ibu tak boleh terima Dila balik?" Addle menghela nafas lega. Dia bahagia di pelukan Puan Juliana. Pelukan yang paling dia rindui.

~.

"Aduh!" Hassan sembunyi kan senyuman dia bila lihat Uzmar dan Anaf sedang bertepuk tampar dengan nyamuk.

Harini dia nak uji sikit menantu-menantu dia. Kahwin pun dia tak tahu. Dia berada di kebun belakang rumah. Cangkul di angkat ke bahu.
"Ha! Gerak lah! Berdiri apa lagi kat situ!" Jerit nya.

Uzmar menggaru lehernya. Gatal dan merah habis badannya kerana kesan gigitan nyamuk. Dia mengeluh. Dia terlupa nak pakai protection punya losyen.

Anaf pula menyarung bucket hat Dan mencapai parang dan diberikan kepada Uzmar. Uzmar menyambut.
"Weh,kau agak-agak,dalam hutan ni ada harimau tak?" Anaf bertanya.

Mereka lekas-lekas berjalan ke arah ayah mertua mereka. Uzmar ketawa.
"Kau ni. Ni bukan hutan. Ni kebun je. Rilek okay?"

Mereka kemudian mengikut Hassan untuk menebang beberapa pokok pisang yang sudah mati. Hassan juga menunjukkan kawasan kebun yang dia usaha kan.

Pelbagai tanaman ditanam oleh nya.
Uzmar dan Anaf juga sempat memetik cili api kampung,kobis,sawi dan paling unik ada pokok strawberi dan vanila.

Semuanya segar-segar.
"Uzmar,mari sini kejap" panggil nya.
Uzmar yang sedang menarik kobis dari tanah berjalan ke arahnya.
Anaf pula seronok melihat hasil tanaman pokok kacang panjang.
Sampai terjerit-jerit bila ada seekor lebah yang tiba-tiba muncul depan dia.

"Iya ayah. Ada apa" Hassan menunjukkan sayur kangkung paya yang dia tanam. "Ni kamu tahu arwah ayah kamu minat betul kangkung paya ni." Uzmar tersenyum.
Biarpun berpuluh tahun sudah Abdullah meninggal dunia,dia masih lagi ingat setiap sudut wajah arwah.

"Yeke. Seronok nya kalau ayah ada." Dia berasa sebak. Hassan menepuk belakang badannya.
"Percaya cakap ayah. Dia ada. Allah jagakan dia sekarang ni." Uzmar mengangguk.

Dia mengambil beberapa cekak kangkung paya tadi dan diletakkan di dalam plastik. Qaseh mesti suka. Ayah mertua nya kata favorite Qaseh ni.

"Aaaaaaa!!!" Uzmar sedang melihat pokok bendi bersama Hassan terkejut bila mendengar suara Anaf menjerit.
Segera Uzmar dan Hassan berlari ke arah Anaf.

"Naf! Kau okay tak? Ha! Mana kau weh!" Uzmar kelam kabut mencari di mana Anaf. Hassan tersentak bila lihat parang di leher Anaf.
Anaf diam. Dia tak tahu apa yang berlaku.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now