Bonus Chapter 🖤(Qaseh &Uzmar)

568 16 0
                                    

Qaseh duduk di dapur.
Dia baru balik dari restoran Uzmar.
"Mama! Mama!" Dia memandang ke suara Raisya dan Rais yang sedang bermain di ruang tamu.

"Ya sayang. Kejap!" Dia menutup laptop dan berjalan ke arah kedua-dua anak kembar nya.
"Kenapa ni? Rais buat apa dekat adik ni?" Dia menyapu pipi Raisya yang kotor.
Rais menunduk ke bawah.

"Rais tak sengaja Mama. Rais terconteng pen dekat muka adik"
Qaseh tersentak bila lihat air mata Rais mula menitis.
Raisya pula memandang ke arah abangnya.
"Ya Allah sayang,Mama tak marah pun. Dahlah jangan nangis"

Dia peluk badan kecil anak lelakinya.
Raisya segera masuk ke celah pelukan Qaseh.
"Abang! Janganlah nangis! Raisya mintak maaf" kini dua beradik tu menangis.
Qaseh ketawa kecil. Comel karenah anak-anak nya.

"Lah ni pasai apa buat drama ayaq mata ni?" Qaseh menoleh ke belakang. Uzmar meletakkan kasutnya dalam almari kasut sebelum melangkah masuk.
"Biasalah anak-anak abang ni kan kuat berdrama!" Dicuit hidung comel kedua-dua anaknya.

"Babah!" Kembar tadi segera menyerang tubuh bidang Uzmar.
"Aduh! Kuat nya anak-anak Babah ni!"
Uzmar buat-buat jatuh padahal tak kuat mana ditolak oleh anak-anak nya.
Rais dan Raisya ketawa kecil bila mereka mengacukan pistol menggunakan tangan dan Uzmar terbaring kesakitan.

Qaseh dah tahu mana datangnya bakat drama tadi!
"Rais,Raisya. Dah gosok gigi ke belum ni?"
Uzmar mengusap kepala Rais dan Raisya.
"Belum!"
"Dah!"
Uzmar kerutkan dahinya.
"Ni mana satu ni? Dah ke belum?"
Dia letakkan beg nya di meja.
Lengan bajunya di singsing hingga ke siku.
Qaseh mengemas sedikit pinggan dan diletakkan di kabinet.

"Dah lah! Adik belum!" Tuduh Rais.
Raisya mencubit lengan Rais.
"Dahlah!" Rais mengaduh sakit sambil mencebik. Perempuan je nak menang!
Uzmar ketawa kecil.
Perangai Raisha sebijik macam isterinya.
Ketam!
"Dah-dah lah tu. Rais dengan Raisya belum gosok gigi lagi. Mama tengok berus gigi kamu berdua masih ada dalam bilik."
Akhirnya Qaseh berbunyi.

"Hehe..." Mereka tersengih-sengih.
Uzmar mengerutkan dahinya sambil tersenyum.
"Haih anak-anak Babah ni! Dah pergi gosok gigi lepastu tidur okay?"
Mereka berdua mengangguk laju.
"Jangan lupa doa sebelum tidur ya!"
Qaseh menutup pintu bilik dua beradik tu sebelum menutup lampu di ruang tamu.

"Abang!"
Dia tersentak bila terasa tubuhnya terdorong ke dinding.
Bibir Uzmar mencium-cium batang lehernya.
"I'm miss you so much babygirl"
Suara resah Uzmar kedengaran jelas di telinga nya.
"Abang... Nanti diorang dengar lah."
Cuba ditolak badan tinggi Uzmar.

"Biarlah diorang dengar. Diorang pun tak kisah kan dapat adik baru lagi?"
Terukir senyuman nakal di bibirnya.
Wajah Qaseh merah tetapi segera dia mencium bibir Uzmar dengan lembut.
"Mhmmm...."
Tangan Qaseh mengusap rambut Uzmar, Uzmar perlahan-lahan membuka zip dress Qaseh.
"Kita dah bincang pasal ni kan? Sayang sure ke boleh uruskan Rais dengan Raisya dalam masa terdekat?"

Mereka kini berada di atas katil, Qaseh duduk di pangkuan Uzmar.
Tangan Uzmar melingkari pinggang nya dan dahi mereka bertemu.
Nafas berat dilepaskan.
"Yes. Lagipun dah 8 tahun dua beradik tu. Sayang rasa sayang tak kisah kalau pregnant sekali lagi."
Uzmar mencium dahi Qaseh sebelum meneruskan aktiviti mereka.

~.
"Abang.."
Uzmar menatap skrin laptop nya sebelum menjawab.
"Ya sayang?" Kepala nya dijenguk sedikit untuk lihat Qaseh yang sedang makan satu balang jeruk buah mangga.

"Masa abang hilang haritu,Qaseh ada bukak laptop abang..."
Uzmar membulatkan matanya luas.
"Apa dia?"
Suaranya rendah dan perlahan.
Kakinya melangkah ke arah Qaseh yang sudah tersengih-sengih.

"Jangan lah mareee! Kalau sayang tak bukak laptop abang sampai sekarang abang kena tahan dengan YD."
Uzmar ketawa.

Dia duduk di samping Qaseh.
"Nak sikit?"
"Mana boleh! Teringin sangat ni"
Balang jeruk tadi disorok sedikit.
Uzmar mengeluh.
Sabar jelah.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now