27.(🖤)

779 41 1
                                    

20 tahun yang lalu...

"Adila! Turun sekejap sayang" jeritan suara perempuan membuatkan dia teruja lalu terus melompat dari katil terus berlari turun ke tingkat bawah.

"Mummy!" Adila menjerit sambil mendepakan tangan. Perempuan tadi tersenyum sambil mengangkat tubuh kecil anak angkat nya.

"Haaaaa rindu nya mummy dekat Dila!" Dicium pipi Adila berkali-kali.
Adila ketawa kegelian.

"Mummy,mana daddy?" Matanya mencari-cari tubuh tegap daddy nya.
Mummy nya berjalan ke arah pintu utama rumah mereka.

"Baaaa!" Jerit seorang lelaki bertubuh tegap dan tampan sambil menggerakkan jari jemari ke dada Adila.

Adila ketawa kegelian dan lelaki tadi tersenyum lebar. "Dila, mummy dengan daddy ada hadiah untuk Dila" Adila diletakkan di lantai.

Adila menggaru kepalanya. Dia ingin tahu apa hadiah yang dibawa oleh mummy dan daddy nya.

Lelaki tadi seperti memberi isyarat kepada pintu kereta yang sudah terbuka. Tiba-tiba keluar seorang budak lelaki sebaya dengan nya.

Adila tersentak. Budak lelaki tadi memakai seluar pendek kelabu, t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan topi berwarna warni.

Ditangannya terdapat satu tablet. Dipengang erat. Wajah budak lelaki itu kosong. Adila terpinga-pinga.

"Tada! So ni abang Dila mulai sekarang! Nama dia Uzmar tapi boleh panggil dia abang Uzmar okay?" Adila mengangguk sambil tersenyum ke arah budak lelaki tadi.

Tetapi budak lelaki tadi cuma diam dan masuk ke dalam rumah. Lelaki tadi memandang isterinya.

"Nampaknya it's not getting well sayang" perempuan tadi meletakkan tangannya ke bahu suaminya.
"Abang,diorang baru je jumpa. Bagi diorang masa dulu okay?"

Kini rumah besar itu dipenuhi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Uzmar merupakan budak lelaki yang dilahirkan tanpa ibu bapa di sisi.
Dia bersikap dingin dan pendiam.
Namun dirinya mulai berubah setelah dia mengenali seorang gadis yang telah menjadikan hatinya berbunga-bunga.

Wan Nur Adila Camelia atau....








































Addle.










~.
"Hey get up girl!" pipinya ditampar-tampar. Dia membuka matanya. Terkejut dia apabila seorang lelaki berbadan sasa berdiri dihadapan nya.

Serta merta dia berasa gerun dan takut. Lelaki tadi membuka handcuffs yang terikat di tangannya.
"Get up, follow me now" Alice cuma mengikut.

Kakinya lenguh akibat diikat terlalu lama, matanya pedih kerana terlalu banyak menangis, tangannya juga turut lenguh. Kepala nya terasa seperti batu. Berat.

Dia cuma mengikut lelaki itu keluar dari bilik dia dikurung. Setelah keluar dia ternganga.

Dia sekarang berada di kawasan yang penuh dengan kontena dan kren sebesar-besar nya!

Jadi dia dikurung di dalam kontena ke tadi?! Perutnya terasa mual apabila terbau laut. Ya,dia ada mabuk laut.
Tak esok kejap lagi dia muntah lah ni.

"Hurry up girl!" Jerit lelaki tadi. Dia menarik kasar lengan Alice. Alice yang tidak tahan dengan bau terus termuntah di atas lengan lelaki tadi.

Lelaki tadi tersentak lalu melepaskan Alice. "You! Erghh!" Lelaki tadi berlari meninggalkan dia. Alice mengelap mulutnya.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now