46.(🖤)

548 24 0
                                    

"Tak nak! Nak ikut mama!"
Dia menatap wajah mamanya yang basah.

"Tak boleh sayang. Mama kena pergi.
Uzmar duduk sini ya. Mama janji nanti mama datang ambil Uzmar balik okay?" Dia mengesat air mata anaknya, Uzmar.

Masa ini Uzmar baru berumur 3 tahun. Anak kecil ini tidak tahu apa yang terjadi tetapi dia dibawa ke rumah besar yang tertulis
"Rumah Anak Yatim Delima"

Dia menangis. Dia tidak mahu ditinggalkan sendirian di sini.
"Tak! Mama tipu! Nanti mama lupakan Uzmar!" Dia menjerit dan meronta-ronta bila tubuh nya dipeluk oleh mama.

Perempuan tadi menangis. Hujan semakin lebat. Dia tak nak Uzmar jatuh sakit.
"Kak Ina. Tolong." Dia mendukung Uzmar dan serahkan kepada Kak Ina.

"Farah. Jangan macam ni. Kesian Uzmar. Fikir lah dulu sebaiknya." Ina memeluk tubuh kecil Uzmar. Salah ayahnya tetapi anak yang jadi mangsa.

"Maafkan Farah kak. Uzmar,dengar sini. Mama janji mama datang ambil Uzmar semula okay. Mama keluar cari kerja lepastu kita balik rumah sama-sama okay?" Dia memujuk anak nya yang sudah menangis.

Uzmar menjerit semakin kuat bila lihat Farah meninggalkan dia.
"Mama! Mama!!!"

"Wow!" Qaseh tidak sangka Uzmar ada peristiwa hitam yang terus semasa childhood. Dia memeluk Uzmar.

"Tapi mama tipu. Dia tak datang pun. Hari-hari saya tunggu" Uzmar membiarkan air mata nya mengalir.
Kini hatinya sakit dengan perbuatan Mama nya.

Uzmar meneruskan dengan ayahnya.
Abdullah bin Ghazali. Seorang bekas tentera laut. Pangkat lebih rendah dari ayah Qaseh. Seorang yang lemah-lembut berbicara dan sabar.
Dia rapat dengan kedua-dua mama dan ayah nya.

"Wait. Ayah awak Abdullah. Ayah saya Hassan. Maksudnya.." Uzmar dan Qaseh membulatkan mata. Ayah mereka dua-dua tentera laut?!

"Saya rasa diorang ni tahu masa depan lah" Uzmar seloroh. Qaseh ketawa. Tak sangka suaminya adalah anak kepada kawan baik ayah nya.

Uzmar anak tunggal. Dia duduk selama beberapa tahun di rumah anak yatim dan diambil sebagai anak angkat oleh mummy dan daddy mereka yang sudah mempunyai anak perempuan angkat,Adila.

"Ouh,jadi korang memang membesar sama-sama. Untungnya. Saya ni membesar sorang-sorang dan rindukan sangat-sangat kak Addle."
Uzmar mencium dahi Qaseh.

"Mungkin Allah nak saya tolong jaga dia disebabkan saya dipilih oleh nya."
Qaseh setuju.

Dia boleh bayangkan wajah ibu dan ayahnya semasa kakak kembarnya hilang. Sampai kan ibunya sakit.

Uzmar dan Adila menjadi adik-beradik angkat dan Anaf sebagai kawan baik mereka. Mereka bertiga bersekolah di sekolah swasta memandang kan ibu bapa mereka semua kerja-kerja hebat.

Uzmar meluahkan perasaan cinta kepada Adila semasa berumur 17 tahun. Kemudian Uzmar menyambung pelajaran di New Zealand manakala Anaf dan Adila menyambung pelajaran di London.

Uzmar mendapat perhatian di universiti kerana bakat nya di dalam basketball dan dia menjadi wakil universiti mereka.
Dia kemudian tidak sengaja membantu Uncle Smith yang kerosakan bot berdekatan dengan tasik Universiti.

Dari situ Uncle Smith Dan Aunt Jennifer berminat dengan Uzmar kerana sikap Uzmar yang baik dan suka membantu. Uzmar kemudian mengenali Alice. Satu-satu nya anak tunggal mereka.

Uzmar kembali ke Malaysia dan masih meneruskan hubungan dengan Adila tetapi masa tu Adila sudah menjalinkan hubungan dengan Anaf.
Untuk menyelesaikan kan segala nya,Adila terjumpa Qaseh di masjid dan memulakan rancangan.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now