39.(🖤)

636 37 0
                                    

Seluruh tubuh nya bergetar-getar. Peluh mula mengalir. Matanya terbuka luas. Dia cuba menahan sebak tetapi air mata nya mengalir jua.

"Addle?" Addle yang berdiri di muka pintu memandang perempuan berbadan kecil dan berambut ikal mayang. Gadis itu nampak comot dengan darah dan baju nya ada sedikit kesan terkoyak. Betis kanannya di balut.

Anaf memandang hairan ke arah Addle dan Qaseh. Luca pun keliru. Addle menarik nafas dalam-dalam.
Dia berjalan perlahan-lahan ke arah perempuan tadi.

"Adik-"
"Stop! Don't call me adik!" Jerit Qaseh.
Addle tersentak.

Qaseh memandang sayu ke arah Addle. Dia menangis. "Kakak saya dah lama mati!" Jantung Addle terhenti.

"Astaghfirullahalazim mengucap Camelia!" Marah Luca. Dia tahu Addle bersalah tetapi tak perlu Qaseh melenting nya.

Addle tergamam. Dia menahan air matanya dari keluar. Anaf berjalan perlahan-lahan ke arah isterinya.
"Sayang,sabar" dia mengusap perlahan belakang badan Addle.

Qaseh duduk di kerusi. Dia menekup mulutnya. Dia tak mahu nampak lemah di mata kembar nya sekarang.

"Adik dengar dulu Akak cakap apa. Boleh?" Qaseh tidak menjawab. Dia cuma menangis sambil mengucup tangan Uzmar.

"Ya,Akak salah. Akak yang rancang semua ni. Tapi part korang berdua kena kahwin, culik dengan bertarung nyawa macam ni bukan Akak. Adik, maafkan Akak. Akak buat semua ni demi kebahagiaan Uz-"

"Habis tu kebahagiaan Adik? Siapa nak fikir? Adik penat dengan kematian Along. Hadap pulak kehilangan akak yang tiba-tiba." Hatinya pedih. Dia penat hadap penipuan kembar nya sendiri.

Adele mengesat air matanya. Dia memandang Anaf. Anaf mengangguk.
Addle berjalan ke arah Qaseh.
Dengan perlahan-lahan dia peluk tubuh kecil Qaseh.

Qaseh ingin menolak tetapi hatinya berkata tidak. ' ya Allah rindu nya dengan pelukan Akak' hatinya berbisik.

"Adik. sorry. Akak sanggup hadap hukuman atas apa yang akak buat." Qaseh membalas pelukan Addle.
"I miss you. So so much" Qaseh menangis di bahu Addle. Addle tersenyum. Dia mengangguk.

"I miss you more. Sorry." Dia mencium dahi Adiknya. Kini terlerai rasa rindu yang sudah lama bersarang dalam hati nya.

Anaf masih lagi keliru tetapi hatinya tenang melihat Addle dan Qaseh berpelukan sekarang.

~.

Adele menceritakan semua yang terjadi dan Anaf mula faham kenapa sebelum ini Addle ada sesuatu yang disembunyikan.

"Sayang mintak maaf sangat-sangat. Sayang buat ni demi kita semua." Mereka berada di luar bilik Uzmar.
Uzmar masih belum sedarkan diri.

Qaseh duduk di sebelah Addle sambil mengusap perut kakak nya yang semakin sarat. "Tak apa sayang. Saya faham. Tak semua benda sayang nak kena bagitau saya" Anaf memuji dengan sikap isteri nya yang kuat menghadapi semua ni.

"Tak sangka,jumpa akak tahu-tahu dah nak dapat anak sedara dah." Usik Qaseh. Addle ketawa. Luca yang turut berada di situ ketawa.

"Luca!" Luca tersentak. Dia memandang ke arah I.N. yang berlari ke arah nya. Luca menekup mulutnya.

"I.N.!" I.N. terus memeluk Luca dan Luca membalas pelukan nya. "Ya Allah serius lah kau ada dekat sini?" I.N. masih lagi tak percaya melihat Luca berdiri di hadapan nya.

"Yelah habis tu siapa lagi? Takkan lah roh aku terbang pastu duduk dekat depan kau sekarang ni?" I.N. ketawa.
"Kenapa kau datang? Rindu eh?" Senyuman nakal diukir.

Luca terus memukul tangan I.N.
"Eiiii perasaan! Aku datang ni sebab Addle lah." Dia menahan malu.

"Ehem!" Suara Arthur mengejutkan mereka. "I don't know what you guys say but please respect who single right here" Arthur mendengus.

Qaseh dan Addle ketawa. I.N. mengangkat tangan nya ke dada. Tanda mengalah. "Sorry, my bad"
Luca ketawa.

Semua berada disini termasuk Noah dan Hannah. Hannah dapat tahu yang misi Noah agak mencabar jadi dia pun turun padang.

"How Uzmar?" Tanya Alvin.
"His not wake up." Jawab Qaseh dengan lemah. Adele mengusap belakang badan Qaseh.
"It's okay,we all here. you're not alone.
I'm sure his strong." Hannah berkata.

"Thanks Hannah" Hannah tersenyum.
Noah mencium pipi Hannah.
Alvin bertanya di mana Alice dan Qaseh terpaksa cerita kan semua.

I.N. membebel macam mak nenek dah bila Qaseh cerita kan semua nya.
Akhirnya Mr. Rico dihantar ke pihak polis untuk diuruskan.
The "X" pula meneruskan misi terbaru mereka sebagai mafia setelah mereka berdamai dengan Anaf sebagai wakil disebabkan Uzmar masih lagi tidak sedarkan diri.

~.

"Awak,dah tiga minggu awak tak bangun-bangun. Bangunlah. Saya mintak maaf sebab buat keputusan terburu-buru." Dia dah penat menangis.

Wajah tenang Uzmar dipandang lama.
Dia rindukan senyuman,pelukan,ketawa dan gurau Uzmar.

Qaseh tertidur dan tersedar semula setelah Addle datang untuk memberikan pakaian kepadanya.

Alice dan Aunt Jennifer juga turut datang. Mereka berdua maafkan Qaseh yang menghilangkan diri tiba-tiba. Uncle Smith dalam perjalanan pulang setelah Anaf menghubungi nya dan memberi tahu tentang Uzmar.

"Akak,boleh Qaseh tanya?" Adele tersenyum. Rambut adiknya diusap lembut. "Tanya lah." Dia tahu adiknya masih lagi ada banyak soalan yang tidak dijawab.

"Macam mana akak hilang?" Addle mengeluh. Adele mula cerita semua nya.

"23 Februari 2015.
Satu berita kehilangan budak kecil perempuan berusia 12 tahun tersebar di seluruh negara. Kita pergi bercuti sebab ayah dapat bonus gaji. Masa tu Qaseh ikut sekali kan. Tak ingat?" Qaseh menggelengkan kepala nya.

Dia cuma ingat yang Addle hilang dan dia masih kecil. Dia memang rapat dengan Addle. Jadi besar kehilangan Addle dalam hidupnya.

"Masa tu kita ada pergi rumah kawan ayah. Kita semua masuk dalam rumah tu kecuali akak sebab akan nampak sesuatu dekat jalan masuk hutan dekat depan rumah kawan ayah."

"Akak masuk sampai lah akak sikit nak kena makan dengan ular. Tapi ada dua orang lelaki. Husband and wife. Dia yang selamatkan akak. Alhamdulillah lepastu diorang bawak akak duduk dengan diorang."

"Akak pun pelik kenapa report tentang kehilangan akak tak sampai dekat korang. Pihak polis kata pihak keluarga akak tak dapat dikesan. Jadi husband and wife tadi ambik akan sebagai anak angkat. Lepastu diorang ambik sorang lagi anak angkat.
Ni" Addle memandang suami kembarnya.

Qaseh tersenyum. "Kitaorang sekolah sama-sama sampai lah Akak dengan dia terpisah sekejap disebabkan akak sambung belajar dekat London dia dekat New York. Dia confess dekat akak masa sekolah. Jadi hubungan kitaorang agak lama."

"Sampai satu masa akak tak mampu untuk tipu dia dan diri sendiri. Uzmar baik. Baik sangat. Jadi sebelum perkara buruk terjadi,akak nak cari kan pengganti untuk dia. Masa akak tengah cari,akak ikut diorang pergi masjid. Masa tu lah akak nampak adik akak yang comel ni" dicuit hidung Qaseh.

"Anaf kata dia tak nak ikut rancangan akak tapi akak paksa jugak. Dan kitaorang terpaksa heret adik sekali. Sorry about that" Qaseh ketawa.

"Akak tak ada niat nak tengok Uzmar terluka. Akak nak dia lupakan akak. Cari kebahagiaan baru. Dan sekarang ni,nak tunggu dia sedar. Harap-harap dia tak pengsan balik lah tengok akan dekat sini" Mereka berdua ketawa.

"Sayang?" Qaseh memandang ke arah Uzmar.
Dia tak sedar bila Uzmar bangun dari lena yang panjang .
"Awak?!" Qaseh memeluk Uzmar. Uzmar tersenyum dan mencium dahi Qaseh. Matanya tiba-tiba terbuka luas melihat Addle tersenyum melihat nya.

"Argghh!!!" Uzmar menjerit sambil memeluk Qaseh dan menarik badan Qaseh ke atas katil. Qaseh yang terpinga-pinga dengan Uzmar memandang Addle yang juga memegang dadanya kerana terkejut dengan jeritan Uzmar tadi.

"Eh kenapa ni?" Qaseh cuba meleraikan pelukan tetapi Uzmar terus menarik nya ke dada nya.
"Ada hantu!!!!!"

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن