13.(🖤)

1.2K 71 0
                                    

Setelah beberapa hari Uzmar berada di hospital, doktor membenarkan dia pulang. Sepanjang discharge Uzmar, dia banyak membantu Uzmar untuk mandi dan pakai kan baju.

Satu perkara yang membuatkan Qaseh terkejut,Uzmar tidak marah langsung bila doktor beritahu bahawa kakinya lumpuh. Uzmar cuma diam.

Doktor kata kakinya ada penyembuh jika dia jalani rawatan seterusnya.
Uzmar segera setuju bila doktor kata kakinya boleh disembuhkan.

Mereka sampai di rumah Uzmar. Sepanjang Uzmar di hospital,dia duduk di kampung kerana dia tak mahu tinggal seorang diri. Bila dia pergi ke rumah sewanya,jiran sebelah berkata rumahnya ada orang lain duduk. Bukan Jasmine dengan Syirah dah.

Dia cuba juga menghubungi nombor owner rumah sewa untuk pastikan. Owner rumah berkata mereka pindah keluar seminggu lepas. Dia pun tak tahu ke mana Jasmine dan Syirah pindah sebab secara tiba-tiba.

Jadi Qaseh tiada pilihan lain selain ulang alik daripada Johor ke KL.
Uzmar melihat rumah besar dihadapannya. "Rumah kita ke?" Dia rasa macam familiar tapi macam seram pun ada.

Qaseh tersenyum nipis. "Aah,rumah awak lah ni." Dia membantu Uzmar keluar dari kereta. Anaf pula menolak kerusi roda di pintu kereta.

"Careful bro" Anaf memapah Uzmar lalu diduduk kan di atas kerusi roda.
Qaseh menolak perlahan dan Anaf membawa beberapa beg pakaian turut ikut belakang mereka.

Uzmar seperti orang baru bila dia masuk ke rumah tersebut. Tiada satu perkara pun dia ingat. Yang dia ingat,Anaf,ibu bapanya memang meninggal dunia dan Addle sahaja.

Perempuan yang menolak kerusi roda nya pula dia tidak tahu siapa tapi hatinya tenang bila ditatap wajah ayu itu. Dia paling suka bila Qaseh membantu nya pakai kan baju.

Qaseh kelihatan sangat sabar dan tenang bila melayan kerenah Uzmar.
Uzmar pula suka mengusik Qaseh. Suka dia tengok bila wajah Qaseh merah dan tertunduk malu.

"Tu apa?" Mereka berhenti dan memandang ke arah Uzmar tunjukkan. Qaseh menelan air liur.
Anaf pula mengeluh.

Satu frame gambar menunjukkan Uzmar bersama arwah ibu bapanya.
"Tu ayah dengan mama kau. Diorang meninggal masa kau umur 3 tahun." Qaseh kasihan melihat wajah Uzmar yang terpinga-pinga seperti orang baru lahir di dunia ni.

Qaseh tidak menyangka semua ni terjadi. Dia mengusap perlahan kepala Uzmar. Uzmar mengigit bibir. Cuba menahan sebak. "Habis tu siapa yang bela aku?" Anaf tersenyum manis.

"Kau ingat tak Kak Ina?" Uzmar menggelengkan kepala nya. Anaf tersentak. Kak Ina paling rapat dengan Uzmar bila mereka berdua dibesarkan di rumah anak yatim.
"Kak Ina tu owner rumah anak yatim yang kita dua duduk. Kau rapat sangat dengan dia. Dia lah yang jaga kita dua" Air mata Uzmar mengalir perlahan.

Dia keliru. Dia perlukan masa untuk berfikir apa yang terjadi semua dalam hidupnya. Qaseh yang menyedari keadaan Uzmar yang berasa tidak selesa, "Awak, kita naik bilik dulu eh. Awak penat ni. Nanti Anaf cerita balik eh" pujuk Qaseh.

Anaf mengangguk perlahan. Uzmar termenung. Qaseh menolak kerusi nya semula. Anaf menekan butang lif lalu mereka sampai ke tingkat 2.

"Saya balik dulu ya Qaseh. Bro,aku balik dulu. Apa-apa nanti aku call" Uzmar mengangguk. Sempat Qaseh cakap terima kasih sebab Anaf membantu nya tadi.

"Awak nak mandi ke?" Qaseh melihat Uzmar membuka butang bajunya. Disebabkan Uzmar cedera sedikit di bahagian tangan kirinya, doktor sarankan pakai baju yang ada butang hadapan. Senang jika Uzmar nak mandi atau tukar baju.

Uzmar mengangguk. Qaseh membantu nya dan dipapah ke bilik air. "Tunggu kejap,baju awak dekat dalam beg. Saya ambik kan" Uzmar mengangguk. Dia duduk diam diatas mangkuk tandas.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن