Bonus Chapter 🖤 (Anaf & Adila@Addle)

377 16 0
                                    

"Laila! Khalish!"
Suara kuat Addle memenuhi ruang rumah mereka.
Matanya mencari-cari dua kelibat anaknya.

"Sayang? Kenapa terjerit-jerit ni?"
Anaf menguap perlahan. Dia baru bangun kerana semalam seharian dia memandu kereta balik ke kampung.
Johor dengan KL bukan macam rumah sebelah!

Addle mendengus perlahan.
"Anak-anak awak tulah! Saya panggil suruh makan tak mau."
Dari tadi dia cari dua orang tu tetapi tak muncul-muncul pun.

Anaf mencuit hidung isteri nya.
Kepalanya diletakkan di bahu Addle, tangannya melingkari perut Addle yang semakin besar.
Kehadiran cahaya mata kedua mereka dinanti.

"Biarlah diorang sayang. Tak elok marah-marah. Nanti baby ni keluar jadi singa baru tau!"
Addle mengetap bibirnya.
Sabar lah dapat lelaki yang tak berapa nak serius ni!

"Abang!" Addle ketawa.
Anaf mengusap perut nya.
"Agak-agak nya anak kita ni lelaki ke perempuan?"
"Abang rasa?"

"Abang rasa lelaki lah. Baru ada geng!"
Addle mencebik. Nak menang je tahu!
Yang beranak nya aku!
Kau tahu sedap je.

Anaf ketawa besar lihat wajah cemberut Addle.
"Tak kisahlah sayang, boy or girl.
Yang penting ni anak kita berdua."
Addle mencium pipi Anaf.

"Thanks Abang, walaupun agak kotor cara sayang nak dapatkan abang tapi..."

"Tapi dah anak dua kut! Allah dah tetapkan kita berdua.
Mohd Anaf Hafiz dan Wan Nur Adila Camelia. Forever"
Jari mereka disulam sesama sendiri.
Kebahagiaan cinta serta kasih sayang mengharmonikan rumah tangga yang mereka bina dengan penuh cabaran.

Tahu tidak mudah menjadi seorang ibu,Anaf setia di sisi Addle.
Semasa Addle pantang kerana bersalin kan Laila,semua dia yang buat.

Mandikan Laila,basuh baju,lipat baju,sidai baju,memasak,kemas rumah, bakar tungku dan juga kawal pemakanan Addle.
Keputusan nya? Addle masih mempunyai tubuh badan yang cantik biarpun kini dia mengandung lagi.

"Ibuu!!!"
Anaf terjerit bila terdengar suara menjerit dari belakang nya dan dia menyorok di badan Addle.
"Apa ni? Eh! Ya Allah! Laila! Khalish!"
Dia sendiri terkejut dengan jeritan tadi.

Anaf masih memeluknya jenguk kepalanya sedikit.
"Lah! Anak-anak Ayah ni! Terkejut Ayah!"
Anaf buat-buat pengsan di lantai.
Laila dan Khalish ketawa lihat wajah ketakutan Ayah mereka.

"Ayah ni! Tak cool lah jadi penakut!"
Laila membuat muka bangga.
Khalish disebelah mengangguk.
"Cool?" Anaf bangun dari pembaringan nya.
"You guys really know what mean cool to Ayah?"

Laila dah mengundur ke belakang, Khalish pula dah menyorok di peha Addle.
"Alamakk! Lari! Ada dinosaur mengamuk!!!"
Addle ketawa bila lihat suaminya membuat wajah garang serta kukunya di cakar di kaki Laila.

"Rawwwwrrr! Ni dia dinosaur cool dah mengamuk!" Suaranya digarau kan menjadi kan Khalish dan Laila bertempiaran lari sekeliling rumah mereka.

"Alhamdulillah..."

~.
"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam"
Puan Juliana menjawab salam dan keluar ke luar rumah.
"Anaf! Adila! Mari masuk!"

Puan Juliana mendukung Khalish dan Laila memegang tangannya sambil menuju ke dapur.
Anaf membuka bonet kereta dan dia terjenguk-jenguk ke depan bila mendengar bunyi hon kereta.

"Broo!" Anaf ketawa melihat ketibaan Uzmar, Qaseh dan juga Rais serta Raisya.
"Long time no see! Kau okay?"
Uzmar terus keluar dari kereta dan memeluk mesra Anaf.

"Alhamdulillah,ni ada coming soon pulak"
Uzmar ketawa,sekali lagi Qaseh dan Addle mengandung pada masa yang sama.
"Kau ada rancang dengan aku ke nak buat projek ni?"

Muka nakal Uzmar dipandang.
Anaf memukul tangan adik ipar nya.
"Hoi! Kau gila ke? Kalau aku buat benda tu dengan kau, siapa nak beranak?"
Mereka ketawa.

Qaseh sudah masuk ke rumah dan terus ke dapur. Dia rindukan Ibu dan Ayahnya.
Lebih sebulan dia tak balik ke kampung.

Sibuk dengan restoran Itali Uzmar yang kini semakin maju di seluruh Malaysia.
Dia bahagian customer service,memang handphone tak berhenti berbunyi.

Jadi untuk lepas kan tekanan,Qaseh mengajak Uzmar serta Anaf untuk pulang ke kampung.

"Kenduri apa lagi ibu? Hari tu kan dah buat"
Adila mengeluh. Bukan tak suka sikap ibunya yang ramah dengan orang kampung tapi takkan setiap kali dia mengandung nak buat kenduri?!

Mulut manusia ni lebih tajam dari pedang! Jaga-jaga.
Qaseh mengusap lengan Adila.
"Kak,tak apalah ibu buat kenduri pun.
Lagi pun kenduri kesyukuran sekali dengan tahlil arwah ayah Uzmar kan." Qaseh cuba pujuk kembarnya.

Puan Juliana memandang suaminya.
"Dila, sebenarnya memang ayah ada niat nak buat kenduri untuk Abdullah. Niat nazar, mana boleh tunda"
Kini Hassan menjelaskan keadaan.

Uzmar baru sampai ke dapur terhenti. Tersentuh dengan keakraban antara bapa mertua nya dengan arwah ayahnya.
Biarpun sudah berpuluh tahun meninggal dunia,Hassan masih lagi mengambil berat tentang arwah ayah.

"Boleh lah Dila. Kali ni je."
Sepatutnya memang kena bincang dulu hal ni tapi memandangkan semua anak dan menantunya pulang serentak ke sini,elok lah buat waktu ni.

Adila menarik nafas berat.
"Yelah, tapi semua perbelanjaan biar menantu-menantu Ibu dengan Ayah yang tanggung kos belanja."

"Kak Adila,adik ipar akak ni kan banyak duit tak payahlah susah-susah"
Uzmar mencelah sambil masuk ke dapur.

Qaseh membuat isyarat supaya "jangan menyampuk!"
Tapi Uzmar dah dengar semua nya dari tadi.
Hassan memandang isterinya.

"Tapi.."
"Ayah,tugas saya sebagai menantu kepada Ayah belum selesai lagi. Ni kan pulak libatkan arwah ayah."
Akhirnya mereka semua bersetuju.

Kenduri itu dilakukan di rumah Hassan pada hari Jumaat.
Noah dan Hannah juga turut hadir.
Jordan serta isterinya juga dua anak lelakinya datang ke majlis itu.
I.N. dengan Luca datang jugak sebab Uzmar suruh, haritu kan dah datang wedding diorang,ni kira balas budi.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now