37.(🖤)

614 33 0
                                    

"Keadaan Uzmar stabil cuma dia tidak sedarkan diri lagi. Saya akan terus lihat dari semasa ke semasa keadaan dia"

Qaseh berterima kasih kepada doktor yang merawat Uzmar. Hatinya bersyukur sangat bila Uzmar tidak mengalami keadaan yang teruk.

Indra, doktor Malaysia yang bertugas di hospital New Zealand juga merupakan kawan baik Uzmar.
Dia kata kalau Uzmar tidak dibawa ke hospital secepat mungkin dia mungkin kehilangan sahabat nya.

Keadaan jantung Uzmar sangat lemah menyebabkan dia terpaksa bergantung pada tong oksigen.
Pembuluh darah Uzmar juga ada yang pecah dan mereka menjalankan pembedahan untuk menambah darah Uzmar yang semakin kekurangan.

Setelah 5 jam di dalam bilik bedah, Uzmar di bawa ke wad normal dan private. Qaseh membuka pintu dan menutup semula.

Dia duduk di sisi Uzmar dan dicapai tangan Uzmar. "Awak,saya tahu awak penat. Rehatlah. You deserve that. Saya mintak maaf terpaksa bertindak jauh macam ni. Kalau tak saya tak dapat jumpa awak" air matanya menitis perlahan.

Ryan membantu Qaseh untuk hack kan salah satu website company Mr. Rico dan mereka dapat tahu Mr. Rico berada di satu pantai. Qaseh terus berada di situ. Ryan juga berkata bahawa Mr. Rico merupakan penjenayah yang paling licik dan menjadi buruan polis serta pihak berkuasa.

Qaseh terpaksa setuju untuk memberikan lebih 20 kg dadah dan pil seks milik Uzmar. Dia dan Ryan meminta bantuan daripada Luca, dan akhirnya mereka berdua jumpa di mana Uzmar sorokkan dadah dan pil seks.

Qaseh percaya bahawa Uzmar ada sebab kenapa dia masih lagi menyimpan semua ni. Dia mendapat panggilan dari Mr. Rico dan mereka berjumpa.

Mr. Rico berjanji bahawa akan melepaskan Uzmar tetapi lain pula yang jadi sekarang.

Bunyi pintu dibuka mengejutkan dia.
Dia memandang dan melihat Anaf yang tangan dan kepala nya dibalut dengan kain putih. "Anaf?" Dia hampir tak kenal disebabkan bengkak di muka Anaf.

Anaf mengangguk. Qaseh membantu Anaf duduk di kerusi.
"Macam mana dia?" Wajah tenang Uzmar dipandang.

Qaseh mengeluh. "Doktor kata dia stabil tapi jantung dia lemah sebab dia jatuh dari tempat tinggi secara tiba-tiba." Jelas Qaseh.

Anaf mengeluh. "I'm sorry Qaseh. It's all my fault. Saya cuba protect dia tapi-"
"Tak Anaf,dia yang buat keputusan macam ni. Dia kena tanggung risiko. Saya tahu dia kuat sebab tu saya rasa kawan-kawan dia pun kuat juga"
Qaseh tersenyum.

Dia dapat tahu keadaan Arthur, Alvin, Anaf dan Jordan bila Noah dan I.N. ada sekali semasa mereka menunggu Uzmar keluar dari bilik bedah tapi Noah berkata dia perlu uruskan beberapa perkara.

Anaf tersenyum kecil. "Allah tahu korang berdua kuat. Sebab tu dia uji macam ni." Seketika bilik tadi senyap sehingga Qaseh bertanya kepada nya.

"Macam mana korang boleh tertangkap dengan Mr. Rico? Bukan ke korang dah rancang elok-elok ke?"
Dia pun ada juga semasa mereka semua membincangkan strategi untuk menyerang Mr. Rico.

"Sebab tu lah kita ni merancang tapi Allah maha Perancang lagi hebat dari kita." Dia mengeluh. Kalau lah Alvin dengar cakap dia.

Flashback

"Anaf,kau kiri aku kanan" arah Uzmar. Mereka sampai di Airport.
Dia melihat Mr. Rico yang melangkah masuk ke dalam jet.

Dia segera melepaskan tembakan dan beberapa orang lelaki melindungi Mr. Rico. Dia terus berlari ke arah Mr. Rico tetapi tiba-tiba badannya terasa ringan dan pandangan nya gelap.

Anaf terkejut melihat Uzmar yang dipukul dari belakang oleh orang suruhan Mr. Rico. Dia keluar dari tempat persembunyian nya dan cuba menyerang lelaki yang memukul Uzmar tetapi dia dipukul di bahagian perut lalu dia terjatuh.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now