7.(🖤)

1.4K 74 1
                                    

Qaseh memandang iPad nya.
Disebabkan bosan dia menonton movie di Netflix. Tapi tetap tak menghilangkan rasa bosan menyebabkan dia rasa rimas.

Dia nak keluar tapi nak pergi mana? Lepastu nak kena telefon Uzmar pulak. Tiba-tiba dia teringat pertanyaan nya kepada Uzmar semalam.

"Kenapa awak tak cuba jelaskan keadaan sebenar tentang petang tadi. Dah terang-terang kita berdua tak buat benda tu" Qaseh melihat Uzmar yang memejam matanya.

Uzmar menghela nafas berat. "Kau ingat aku tak cuba ke,banyak kali aku explain tapi diorang tak percaya. Alasannya dia nampak aku masuk bilik kau melalui CCTV." Penat dah dia nak explain dekat pihak agama semalam.

Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Qaseh walaupun terpaksa.

Qaseh mengeluh. "Pasal kau panjat tembok tu" Uzmar bertanya.
"Apa yang buat kau nak bunuh diri sangat? Apa masalah kau sebenarnya?" Uzmar berpeluk tubuh.

Dia tak tahu kenapa tiba-tiba dia berminat nak tahu kisah diri Qaseh. Tapi hatinya tak tahan lagi asyik pendam.

Qaseh tersentak. Kalau boleh dia tak nak Uzmar tahu kisah lamanya tapi memandangkan mereka pun dah berkahwin jadi Uzmar ada hak untuk tahu.

"Sepatutnya saya kahwin minggu depan" suara Qaseh kedengaran bergetar. Uzmar mendekatkan diri nya dengan Qaseh.

"Pastu pastu?" Macam menarik je kisah perempuan ni? Hehehe.

"Pastu dia putuskan tunang secara tiba-tiba. Saya balik kampung bagitau ibu ayah. Rupanya mereka tahu lama dah yang pihak diorang pulangkan cincin"

"Bekas tunang saya pensyarah dekat USM. Dia ditangkap khalwat dengan salah seorang student dia." Uzmar tiba-tiba berasa simpati. Patutlah nampak Qaseh stress sangat.

Uzmar mengangguk perlahan. "Dah habis, cerita awak pulak." Uzmar mengerutkan dahinya.

"Asal kau nak tahu? Aku tak suka lah share problem aku dengan stranger" Qaseh memukul lengan Uzmar.

"Eiii mana boleh! Saya dah cerita dah masalah saya tadi. Cepatlah cepatlah ceritaaaaaa" Qaseh membuat suara comel dan merengek.

Uzmar meneguk air liur nya. Asal dia nampak comel sangat ni! Uzmar lekas mengangguk. Dia malas nak melayan perangai Qaseh yang macam budak kecik nak gula-gula.

"Okay2" Dia menarik nafas panjang.
"Aku datang Itali ni nak cari girlfriend aku yang kena culik dengan.." dia terhenti kata.tiba-tiba dia teringat kata-kata Anaf.

Anaf tak bagi Qaseh tahu identiti mereka. Nak tak nak dia kena tipu Qaseh. Dia risau Qaseh larikan diri bila tahu diri nya sebenar.

"Dengan siapa? Eiii cerita lah bagi habis!" Qaseh muncung kan mulut nya. Dia paling tak suka dengan orang cerita separuh-separuh ni.

"Err.. dengan orang lah. Takkan dengan kerbau pulak!" Dia mendengus kasar. Qaseh ketawa. Uzmar kehairanan.

"Asal kau gelak? Betul apa aku cakap. Pastu aku datang lah Itali ni. Pastu kau pulak muncul kat KLIA tu pastu sekarang di sini lah kita berada" kepala Qaseh ditolak. Qaseh mendengus.

Qaseh terkejut jugak lelaki yang sudah menjadi suami nya ni sudah berpunya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya berasa tidak selesa setelah mendapat tahu status Uzmar yang sebenar."Untung lah girlfriend awak. Awak sanggup datang dari KL pergi Itali cari dia. Kalau dia tak appreciate lagi tak tahu lah" Dia mengeluh.

Berbeza dengannya. Cinta pertama nya hancur. Harapan yang diberikan sia-sia. Uzmar memandang muka Qaseh yang muram. Kesian pulak dia.

Uzmar memegang tangan Qaseh.
Qaseh tersentak. Uzmar tersenyum nipis. "It's not about untung atau tak,but bila kita betul-betul sayangkan si dia,kita sanggup buat apa-apa sahaja untuk dia. Girlfriend aku first love aku. Jadi of course aku sanggup berkorban apa-apa untuk dia even diri aku sendiri" Qaseh terharu dengan kata-kata Uzmar.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now