50.(🖤)

576 21 1
                                    

Qaseh menyandarkan badannya ke kerusi. Perutnya diusap. Kenyang dia makan semua makanan yang Addle masak tadi.

Tiba-tiba telefon nya berdering.
Dia mengambil telefon nya di dalam handbag. Luas matanya bila melihat id caller di skrin.

"Hello assalamualaikum,ibu"
Hatinya berdebar-debar. Macam mana ni? Seketika dia terlupa yang dia ada ibu dan ayah di kampung. Dekat beberapa bulan dia tidak bertanya khabar kepada ibu dan ayah nya.

"Waalaikumussalam,adik sihat ke?" Hatinya sayu mendengar suara lembut ibunya. "Sihat alhamdulillah ibu. Ayah sihat ke? Khalish mana?"
Rindunya dia dengan Khalish.

"Sihat. Ayah pun sihat. Khalish baru lepas makan. Dia tengah mandi. Ni ibu nak tanya adik ni. Macam mana pergi bercuti? Lama betul bercuti nya" ketawa ibunya kedengaran di hujung talian.

Bercuti? Apa ni? Dia keliru.
"Ha... Alhamdulillah semua okay. Siapa bagitau ibu yang adik pergi bercuti?" Dia syak Jasmine atau Syirah je sekarang ni.
Korang buat apa ni weh?!

"Lily dengan Intan. Boss kata Adik ambik cuti panjang. Bagus jugak. Adik kena lupakan Farhan." Dia rasa lega pun ada rasa nak marah pun ada ni.

"Haaa, ye adik memang ambil cuti. Sorry ibu adik tak sempat nak call ibu." Terpaksa lah dia berbohong.
Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka. Uzmar yang memakai kemeja putih dan seluar slek hitam dipandang.

"Sayan...." Belum sempat Uzmar nak memeluk nya,Qaseh menekup mulut Uzmar dengan tangannya.
"Shhh. Diam kejap" Uzmar mengangguk.

"Ibu. Adik ada kerja ni. Nanti adik call balik ya. Insyaallah kalau tak ada hal lain adik balik kampung tau. Okay, assalamualaikum."
Setelah panggilan telefon tadi diputuskan,Qaseh tersandar ke kerusi.

"Aaaaaaaa!" Dia memandang Uzmar yang terkebil-kebil.
"Kenapa ni? Siapa call?"
Uzmar menenangkan Qaseh.
Dia memeluk Qaseh.

"Ibu." Hati Uzmar berasa tidak selesa.
Dia lupa yang dia mempunyai ayah dan ibu mertua di kampung.
Dahi Qaseh dikucup lembut.
"Kenapa ibu call? Tanya khabar ke?"
Qaseh mengangguk.

"Abang,kita balik kampung nanti. Sayang risau lah lama sangat sayang tak balik kampung ni" pujuk Qaseh.
Uzmar tersenyum. Dia mengangguk.

"Boleh je. Abang tak pernah pergi kampung. Eii best nya!" Jerit Uzmar teruja.
Qaseh memicit pipi Uzmar.

"Ayah sihat ke?" Qaseh mengangguk.
"Tapi sayang rasa ibu ada sorok something lah." Dia mengeluh.
Dia dapat dengar dari nada suara ibunya.

Uzmar tersenyum.
"Insyaallah, doa baik-baik."
Hatinya berdoa supaya Allah sentiasa menjaga mereka semua dalam lindungan Nya.

~.

Qaseh menyarung abaya berwarna hitam bercorak penuh. Dia mencapai shawl hitam dan beg tangannya.

"Sayang! Cepatlah. Nanti lambat" Uzmar mengeluh. Punya lah lama Qaseh bersiap. Daripada dia pergi servis kereta,balik mandi dan bersiap untuk pergi ke masjid Qaseh masih lagi duduk di depan cermin.

Qaseh membetulkan tudungnya.
"Ish! Yelah. Datang ni. Nak nampak cantik untuk dia jugak" bebel Qaseh.
Dia mengunci pintu dan masuk ke dalam kereta.

Beberapa minit kemudian mereka sampai di Masjid Putra, Putrajaya.
Qaseh lihat banyak kereta dan motor berada di perkarangan masjid.

Uzmar mengunci kereta dan tangan Qaseh dipegang.
"Jom. I.N. nak jumpa saya"
Mereka masuk ke dalam masjid dan berpisah untuk Qaseh ke ruang wanita manakala Uzmar ke ruang lelaki.

Harini I.N. dan Luca bakal bernikah.
Selepas solat zohor, upacara akad nikah akan dilakukan.
Qaseh mengetuk pintu.

Luca nampak cantik dalam baju pengantin berwarna hitam dan shawl satin hitam labuh.
Pertama kali lihat Luca memakai tudung.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now