11.(🖤)

1.2K 71 0
                                    

"Koma?" Lemah tubuhnya apabila dia mendengar kata-kata doktor tadi.
Uzmar terlibat dalam kemalangan antara kereta dengan lori yang membawa minyak petrol.

Uzmar disahkan koma kerana ambulans lambat sampai. Qaseh duduk di sisi katil Uzmar.

"Ya Allah,kenapa berat sangat ujian aku ni. Lepas satu-satu" Hatinya bertambah sedih apabila doktor kata peluang untuk dia sedar tipis.

Kedua-dua kaki Uzmar lumpuh kerana terhempap sisi kereta nya.
Qaseh tak dapat bayangkan jika Uzmar sedar nanti.

Dahlah dia baru berkahwin tak sampai sebulan. Perangai Uzmar pun dia tak tahu sangat. Ya Allah mohon lah kekuatan kau diberikan kepada ku.

Anaf memandang Qaseh yang tertidur di sisi Uzmar. Dia mengeluh. "Haih,bro sekarang siapa yang setia siapa yang seksa kau? Pilihlah"

Dia tak faham. Kenapa hati Uzmar tetap memilih Addle sedangkan permata bersinar dihadapannya tidak dihiraukan langsung.

Kalau dia jadi Qaseh, tinggalkan je Uzmar. Tak tahu nak hargai. Uzmar ada cerita pasal malam semalam.
Ego betul kawan dia.

Tak patut Qaseh dilayan macam tu.
Pagi tadi,dia berasa tidak sedap hati bila Uzmar tiba-tiba nak balik ke rumah. Dia tanya Uzmar,kenapa tapi Uzmar tidak menjawab. Tahu-tahu Uzmar dah dibawa ke hospital dah.

Anaf tersentak. Telefon nya berdering.
Id caller membuat kan dia berdebar-debar.

"Hello?"

~.

Sudah dua bulan Uzmar tidak sedarkan diri. Qaseh buat keputusan untuk mengambil cuti kerja.

Walaupun Uzmar tidak menganggap diri nya seperti isteri,dia masih mahu jaga Uzmar memandangkan Uzmar anak yatim piatu.

Anaf memberitahu bahawa Uzmar kehilangan kedua-dua ibu bapa nya semasa dia kecil. Jadi Uzmar memang membesar di rumah anak yatim.

Qaseh mengambil tuala yang dibasahkan dengan air lalu dilap lengan Uzmar. "Awak,dah seminggu ni. Tak nak bangun ke?" Qaseh mengeluh.

Dia pun keliru sama ada dia cintakan Uzmar atau tidak disebabkan hatinya masih lagi sayang pada Farhan.
Dah dua hari dia melakukan solat istikharah. Moga-moga Allah bagi petunjuk untuk nya.















"Uzmar" Dia mengelipkan mata nya. Kenapa sakit sangat kepala dia ni?
Dia lihat sekeliling. Kenapa semua putih?

Pakaian nya juga serba putih. Dia bangun dan berjalan walaupun kakinya terasa sakit. Suara tadi... Macam familiar tapi..

"Uzmar!" Kali ni suara tadi kedengaran semakin dekat.
Dia berpaling ke arah belakang.

Seorang gadis memakai dress putih dan berjalan ke arahnya. Rambutnya dilepaskan dan dia tersenyum lebar ke arahnya.

"Addle?" Matanya mengeluarkan air mata. Hatinya terubat rindu pada Addle. Masih nampak cantik seperti dulu.

Addle tersenyum kepadanya. Tangannya mengusap pipi Uzmar.
Uzmar menangis sambil mengucup tangannya berkali-kali.

"I miss you" Addle tersenyum. "Me too,tapi ni bukan tempat you sayang. You kena balik okay?" Hatinya gembira dapat bertemu dengan Uzmar tapi malangnya mereka bukanlah berada di dunia yang sama lagi.

Uzmar menggelengkan kepala nya. "Tak nak! Kat dunia tu tiada siapa dah sayangkan I. I nak duduk sini dengan you" Dia memeluk tubuh Addle. Dia tak mahu kehilangan Addle lagi.

Addle meleraikan pelukan perlahan-lahan. "Tak boleh macam ni sayang. You must go back. I bukan untuk you. I dekat sini tenang je. Terimalah kenyataan I dah tak ada dekat dunia ni." Dia mengesat air mata Uzmar.

Tiba-tiba bayangan Addle semakin hilang. "No! Addle! Jangan tinggalkan I! I want be with you forever!" Dia jatuh terduduk apabila Addle semakin hilang di pandangan nya.

"You must go back! I'm not your soulmate! Jagakan Qaseh Camelia untuk I! Sayang dia macam mana You sayang kan I!"

Uzmar terus tersentak. "Qaseh Camelia?" Tiba-tiba kepala sakit dan berpusing-pusing lalu dia terasa dunia nya gelap.

"Uzmar!" Qaseh panik bila tubuh Uzmar bergetar-getar sampai katilnya bergegar-gegar. Wajah Uzmar basah dengan air mata menjadikan Qaseh kuat mengatakan Uzmar mampu untuk sedar.

"Doktor!" Dia menekan butang kecemasan di katil Uzmar. Dia cuba menggenggam tangan Uzmar. What? Sejuk?!

Qaseh mula panik. Seorang doktor dan beberapa nurse masuk ke dalam bilik Uzmar lalu memeriksa keadaan Uzmar.

"Maaf Cik,tunggu di luar ya" Qaseh mengangguk. Dia terus menghubungi Anaf. Anaf tiba beberapa minit selepas itu.

"Macam mana Uzmar?" Dia kelam kabut datang ke hospital sampai kan beberapa anak buahnya turut serta.

Qaseh memandang dua orang lelaki di belakang Anaf. Anaf tersentak. Dia lupa yang Qaseh tak tahu pekerjaan sebenar Uzmar.

"Ermm.. ni kawan Uzmar. How him?" Dia terus mengelak pandangan mata Qaseh. Dia tak boleh kantoi kan rahsia yang Uzmar genggam erat.

Qaseh mengeluh. "Dia tadi bergerak kuat. Qaseh dah panggil doktor. Doktor tengah check dia." Anaf mengangguk.

Dia mengarahkan anak buah nya pulang dulu. Dia tahu Qaseh dari tadi kelihatan agak takut dengan mereka disebabkan mereka ada tatu di leher dan tangan. Dia tak nak Qaseh sangsi lagi.

Doktor yang merawat Uzmar keluar dan menerpa mereka dengan senyuman.

"Alhamdulillah. Encik Uzmar dah sedar. Saya tak sangka dia mampu lawan perasaan nya. Keadaan dia stabil." Qaseh menghela nafas lega. "Alhamdulillah."

Anaf turut lega. Dia kini mengharap kan keadaan Uzmar baik seperti dulu.

Uzmar duduk terpaku di atas katil. Lama dia memandang seorang gadis yang berpakaian sweatshirt berwarna baby blue,seluar panjang kelabu,kasut biru line putih dan rambut nya dilepaskan ke pinggang.

"Awak nak makan?" Qaseh duduk di kerusi. Dia dari tadi pelik dengan Uzmar yang diam. Uzmar cuma diam dan memandang lama wajahnya.

Terasa panas wajahnya bila mata Uzmar merenung nya. "Ermmm,awak?" Dia melambaikan tangan ke arah muka Uzmar.

"Awak siapa?" Qaseh tersentak.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now