44.(🖤)

724 28 0
                                    

Selesai Uzmar menghantar beberapa fail dekat Anaf,Uzmar dan Qaseh keluar shopping untuk membeli barang dapur dan baju untuk musim winter.

Disebabkan dia sangat familiar dengan kawasan berdekatan rumah nya,dia hanya memandu dari rumah kira-kira 10 minit.

"Sayang,we here" dia mengejutkan Qaseh yang tertidur dari tadi. Dia pelik dengan Qaseh. Sejak dua menjak ni Qaseh sangat kuat tidur.
Kadang-kadang masa tengah makan pun boleh tertidur.

Qaseh membuka mata nya. Dia melihat Uzmar yang tersenyum ke arahnya. "Bangun,kita nak shopping ni" Qaseh keluar dari kereta.
Uzmar menarik troli dan masuk ke dalam supermarket.

Qaseh melihat list yang dia tulis tadi.
"Uzmar,saya nak pergi dekat bahagian sos kejap ya." Uzmar yang membelek-belek sebungkus kopi mengangguk.
"Careful sayang"

Qaseh berjalan perlahan-lahan ke arah sos yang dia cari. Daripada semalam tekak nya teringin nak makan sos mustard. Dia mengambil satu dan berjalan ke hadapan lagi.

Matanya tiba-tiba ternampak Alvin yang sedang berjalan bersama seorang perempuan yang sebaya umur dengan nya. "Eh? Alice ke tu?"

Dia semakin ingin tahu bila dia lihat dengan jelas wajah perempuan tadi.
Bukan Alice. Perempuan itu memakai dress labuh berwarna kuning cerah bercorak bunga kecil. Rambutnya di ikat kemas.

"Ha? Perempuan tu pregnant ke?" Dia nampak perut wanita tadi sedikit besar. Maksudnya Alice...

Dia membulatkan matanya.
"What?! Alvin ni nak kena ni! Berani dia curang dengan Alice!" Dia mengeluarkan telefon nya dan menangkap beberapa gambar dan dia berjalan semula ke arah Uzmar.

"Jumpa tak?" Uzmar bertanya.
"Ada ni. Awak jom tengok ketam. Saya nak makan ketam lah" Uzmar tertanya-tanya tetapi dia hanya mengikut sahaja.

Setelah mereka membayar barang-barang yang dibeli tadi,Uzmar menolak troli keluar dari supermarket dan menuju ke kereta.
Semasa masukkan barang-barang tadi, matanya ternampak Alvin membuka pintu kereta dan seorang perempuan cantik masuk ke dalam kereta tadi.

"Eh tu bukan Alvin ke?" Dia mengumam sendiri.
Dia menggelengkan kepalanya.
Mungkin dia salah tengok. Lagipun dah malam. Gelap pulak tu.

"Sayang jom!" Jerit Qaseh keriangan.
Uzmar memandang Qaseh yang memakai knitwear berwarna soft blue Dan skirt labuh berwarna biru, rambut nya dilepaskan. Satu skaf berwarna kelabu lembut diletakkan di sekeliling lehernya.

"You look cute" dia tersenyum melihat pipi Qaseh merah. "Ermm.. thanks. Jomlah saya nak belanja awak baju ni" dia excited pulak.

Uzmar tersenyum dan mereka bertolak ke shopping mall.

Mereka sampai di shopping mall.
Qaseh menarik tangan Uzmar.
Uzmar ketawa.
"Okay-okay. Sabarlah sayang." Hari ni ramai orang pulak serbu shopping mall.

Qaseh menarik jugak tangannya membuat kan dia mengalah.
Degil kan isteri dia?
Nasib lah.

Qaseh tertarik dengan sehelai knitwear berwarna putih dan diletakkan di badan Uzmar.
Dia mengambil pula beanie tebal berwarna coklat cair dan seluar tebal berwarna putih.

"Try ni. Cepat!" Dia menolak badan Uzmar ke dalam bilik persalinan.
"Okay-okay" Uzmar mengeluh.
Dia malas nak bukak baju sejuk-sejuk ni.

Dia menyarung knitwear tadi tetapi tangannya tidak sampai untuk menarik bahagian belakang knitwear.
"Sayang?" Dia memanggil Qaseh.
Senyap je? Hilang dah ke?

Dia mengeluh. Isterinya macam tikus! Tak reti duduk diam!
Dia membuka pintu sedikit dan menjenguk kepalanya.
"Qaseh Camelia?"
Dia berjalan keluar dari bilik tadi.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now