53.(🖤)

496 24 0
                                    

"Abang! Cakap lah dengan saya! Apa yang berlaku ni!" Farah menarik lengan Abdullah.

Abdullah terduduk di kerusi. Hatinya gundah dan kepalanya sakit fikir hal yang sudah terlambat dia perlu baiki.

"Abang mintak maaf sayang. Abang terpaksa" itu je yang dapat dia katakan buat masa sekarang.

Abdullah terus bangun dari kerusi dan keluar dari rumah. Sempat dia mengambil kunci kereta dan mengerling anak nya,Uzmar.

Dia mendekati Uzmar lalu dicium lembut dahi. Jarinya mengelus pipi Uzmar.
Anak kecil itu berada di atas stroller tersengih melihat wajah Ayahnya.

Abdullah tersenyum pahit.
"Ayah mintak maaf Uzmar.
Kalau Ayah tak buat semua ni,Uzmar takkan hidup sekarang"
Kemudian dia menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari rumahnya.

Farah tercengang.
Dia terlalu terkejut sehingga dia tidak mampu buat apa-apa.
Hanya perhatikan lelaki yang dia cintai pergi tinggalkan dia dan Uzmar.

Farah menitiskan airmata nya.
"Abang...."
Farah menahan sebak.
Dia menghubungi nombor Abdullah tetapi panggilan nya tidak diangkat.

Dia tahu apa yang berlaku.
Mr. Rico dan suaminya ada berjumpa beberapa hari lepas.
Dia tidak kenal siapa Mr. Rico sebenarnya sehinggalah dia meminta bantuan kepada kawannya untuk mendapatkan maklumat mengenai Mr. Rico.

Dia dapat tahu yang Mr. Rico pemilik pil seks dan dadah yang terbesar di Itali. Dia sangka kan suami nya turut terlibat tetapi rupanya suaminya menjadi mangsa Mr. Rico.

Abdullah dibuang di depan kelab malam milik Mr. Rico.
Mr. Rico mengambil Abdullah sebagai anak angkat dan melatih Abdullah sebagai seorang pelapis mafia nya nanti.

Tetapi Abdullah menolak semasa dia berumur 18 tahun.
Dia inginkan kebebasan.
Dia rimas hidup dikongkong oleh bodyguard Mr. Rico.
Sepanjang dia merancang melarikan diri, Abdullah membuat keputusan untuk ke Australia tanpa pengetahuan Mr. Rico.

Di Australia, Abdullah temui Farah yang tertinggal purse di cafe pada kebetulan dia turut minum di situ.
Mereka jatuh cinta tetapi dia tahu mustahil untuk Farah menerima lelaki yang mempunyai pekerjaan yang berbahaya.

Abdullah kemudian mengikut Farah balik ke Malaysia.
Di sana dia kemudian mendapat perlindungan di bawah peguam oleh ibu saudara Farah.
Mr. Rico dapat tahu dimana Abdullah berada.

Mr. Rico kemudian menganggu keluarga Abdullah.
Satu malam, Abdullah diculik dan dibawa kepada Mr. Rico.
Mr. Rico memberi pilihan sama ada dia membunuh anak di dalam kandungan isterinya atau dia kembali kepadanya.

Abdullah tiada pilihan lain.
Semasa dia memandu kereta,salah satu kereta yang dipandu oleh bodyguard Mr. Rico melanggar nya dengan sengaja dan Abdullah di temui meninggal dunia di dalam gaung setelah pihak polis menemui satu mayat yang mereput di dalam gaung.

Farah teruskan hidup,dia tidak sanggup melihat keadaan Uzmar membesar tanpa Ayah jadi dia meninggalkan Uzmar di Rumah Anak Yatim Delima milik Ina.
Kakak nya.

Uzmar mempunyai wajah seiras dengan arwah suaminya menjadikan dia tidak kuat.
Farah kemudian membawa diri ke Singapura dan mendapat pekerjaan baharu.

Beberapa tahun kemudian dia kembali tetapi Kak Ina berkata Uzmar kini diibela oleh keluarga yang berada.
Dia segan untuk menemui anaknya semula.

Ina memberi maklumat tentang Uzmar dan ibu bapa angkat Uzmar.
Dia pergi ke rumah Uzmar ditempatkan tetapi tiada orang.
Security di rumah itu berkata owner rumah tiada.
Dia pergi bercuti dengan anak-anak nya.

Farah berputus asa tetapi dia masih lagi menaruh harapan untuk Uzmar menerima nya.
Dia terpaksa menghilangkan semua maklumat diri supaya Umat tidak tahu bahawa dia ada.
Dia malu,malu dengan diri sendiri dan arwah suaminya.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now