MYSTERIOSER MAN : 20

6 1 0
                                    

AIRIL melihat aplikasi Instagramnya itu. Sejak Kawan baiknya itu ke Johor dia bosan. Selalunya dia mengajak Faiq menemannya makan ataupun pergi ke mana-mana.

Tapi dia faham akan keadaan kawannya itu. Kenapalah Uncle Ishak tidak faham akan kehendak kawannya itu. Sejak dulu lagi dia melihat Faiq sedih dan muram kerana peragai mendesak Uncle Ishak itu. Dalam diam dia mengeluh, dia berdoa agar kawan baiknya itu akan bahagia selalu dan Uncle Ishak akan memahaminya.

Kemudian matanya tertatap pada satu artikel Metro Digital. "Macam aku kenal je nama ni?" Dia menekan artikel tersebut lalu membacanya. Membulat matanya melihat apa yang tertulis di artikel tersebur.

'Allahu apa pulak yang nak jadi ni?' Detik hatinya

Dia dengan pantas menelefon Faiq. Dia perlu memberitahu hal ini segera kepada Faiq.

Setelah di jawab dia memberi Salam. "Assalamualaikum Faiq"

"Waalaikumusalam, ada apa kau telefon aku ni Airil?" Pelik pulak dia bila kawanya itu telefon dengan tiba-tiba.

"Kau bukak artikel Metro cepat!"

Dahi Faiq berkerut mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Dah kenapa suruh dia tengok artikel tiba-tiba? Buat tabiat ke kawan dia ni?

Faiq mengaru keningnya itu. "Kenapa pulak kau suruh aku tengok artikel Metro ni?" Macam-macam lah kawan dia ni.

"Kau jangan banyak tanya kau bukak cepat!"

Faiq dengan malas mengambil laptopnya lalu membuka halaman Digital Metro. Terbutang matanya membaca apa yang tertera di Artikel itu.

[FAIQ AISY BAKAL MENGAMBIL ALIH SAGA HOLDINGS DAN BAKAL MENGAHWINI TENGKU NATASYA QISTINA BINTI TENGKU HISYAM]

"Ya Allah apa ni?" Apa pulak yang daddynya telah buat. Dia tidak sangka daddynya sanggup melakukan ini pada dia.

"Macam mana ni Faiq? Kau nak buat apa sekarang?" Dia betul-betul terkejut dengan apa yang dibacanya di artikel itu. Pasti kawanya itu susah hati sekarang.

Sesekali Faiq memicit dahinya itu. "Aku kena balik Kuala Lumpur, bincang dengan Daddy aku" Ya itu yang terbaik. Dia perlu berbincang.

Kedengaran keluhan Airil dihujung telefon itu. "Kau yakin ke daddy kau nak berbincang? Dia nak dengar ke?" Bukanya dia tidak tahu daddy si Faiq itu degil orangnya.

Keluhan dari mulut Faiq dilepaskan. "Aku kena jugak bincang dengan dia, esok aku balik ke Kuala Lumpur dengan Afia" Kalau dibiarkan Daddynya akan bertindak lebih teruk.

"Kalau macam tu esok aku tunggu kau"

"Okay"

Selepas sahaja meletakan pangilan telefon, Faiq menyandarkan tubuhnya di kerusi kerjanya itu. Dia mengusap mukanya tanda serabut dengan apa yang berlaku. Kemudian dia menatap laptopnya itu.

'Ya Allah, kau bantulah hambamu ini' detik hati Faiq.

Sedang pemikiran Faiq serabut, terpampang wajah ceria Adira Afia di celah pintu. Adira Afia memandang sang suami yang sedang bersandar di kerusi itu sambil memandangnya dengan senyuman.

Adira Afia menghampiri Faiq dengan senyuman "Abang, Afia dah siap kan makanan tengah hari, jomlah makan?" Dia memandang Faiq.

Faiq memandang Adira Afia. Dia mahu melihat senyuman Adira Afia itu tidak lekang dengan senyuman. Dia mahu isterinya yang dia sayangi bahagia dan selalu tersenyum. Tetapi ketika ini dia tidak yakin ataupun lebih tempat dia takut.

Ya dia takut, wajah ceria isterinya itu hilang. Dia takut Adira Afia hilang dan pergi dari hidup nya. Dia takut. Tampa dia sedar air matanya menitik jatuh.

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now