MYSTERIOSER MANN : 4

35 3 0
                                    

Adira Afia menanti dengan penuh sabar. Berdebar hati dia. Walaupun ini kali ke berapa dia hadir di meet & greet penulis buku tersebut tapi hatinya tetap berdebar dan gemuruh. Walaupun dia tahu dia tidak dapat melihat muka penulis tersebut tetapi bukan itu yang dia kesahkan cuma dia inginkan tanda tangan dari penulis tersebut agar dapat simpan kenangan untuk dirinya itu.

Meet & greet itu diadakan di Hotel yang terkenal di paris. Kedengaran suara perempuan di hall tersebut menjerit girang. Sudah pastinya penulis buku tersebut telahpun sampai.  Penulis tersebut berpakaian kemas. Mengenakan t-shirt Putih dan bersut hitam. Penulis tersebut juga memakai Kaca mata hitam dan topeng mulut berwarna hitam. Dari pemakaiannya sebegitu mampu membuat para wanita jatuh hati dengan gayanya itu.

"Ha tu jejaka misteri kau dah sampai" kata Umairah sambil menunjuk-nunjuk penulis tersebut. Adira Afia sudah gembira. Dia hadir ke situ sebagai peminat tegar penulis tersebut.

Seorang-seorang mendapat tanda-tangan penulis tersebut begitu jugak bergambar. Akhirnya tiba giliran Adira Afia. Dia memberi senyuman yang ikhlas lalu menghulurkan buku terbaru penulis tersebut supaya penulis itu dapat menanda tangan di buku tersebut.

Penulis tersebut dikenali sebagai Asy. Asy melihat Adira Afia tetapi kurang jelas kerana tertutup dengan kaca mata hitamnya itu. Selepas sahaja dia menanda tangani buku tersebut. Adira Afia menghulurkam sesuatu lalu berkata. "Terima kasih atas karya-karya yang menarik dan inspirational" Ucap Adira Afia lalu senyum dan beredar.

"Ha cemana? dah dapat dah tanda tangan penulis kegemaran kau tu" soal Umairah. Adira Afia mengangguk dengan gembira. "Bercahaya eh muka kau" kata Umairah lagi. Bukan main ceria lagi. "Btw hadiah apa yang kau bagi dekat dia?" soal Umairah. "Adalah mana boleh tahu, dahla jom makan aku laparlah" kata Adira Afia. "Eleh kau ni mengada, eh tu ja? taknak bergambar dengan dia?" soal Umairah kepada Adira Afia.

"Taknaklah, aku dah dapat tanda tangan dia pun aku dah bersyukur" kata Adira Afia lagi. Jelas terpancar di mukannya dia bersyukur sangat walau sekadar tanda tangan. "kalau macam tu kita duduk la kejab... nanti makan lah, mana tahu ada apa-apa ke" pujuk Umairah. "yelah-yelah"

Meet & greet tersebut berakhir dengan kata-kata dari pengacara majlis tersebut. "Wei Umai aku nak pergi tandas kejab....sakit perut sangat ni" katanya sambil menahan kesakitan yang dialami. "ha yelah-yelah aku tunggu kat sini" kata Umairah pulak. Kawannya itu macam dah nak terburai dah tu.

Adira Afia melangkah dengan cepat untuk mencari tandas. Perut dia meraung-raung untuk melepaskan hajat. 'Aduh mana lah pulak tandas ni' detik hati Adira Afia. Dia ternampak papan tanda yang menunjukan arah tandas dengan cepat dia bergerak ke arah tersebut. Tanpa melihat sekeliling dia terus masuk.

Dia tercengang seketika sehinggakan buku yang telah ditanda tangani oleh Asy terjatuh ke lantai. Begitu jugak orang yang sedang berdiri di depannya itu. 'Alamak aku salah masuk toilet ke' detik hati Adira Afia. Perutnya tiba-tiba rasa memulas. Terus dia keluar dari bilik air lelaki tersebut dan meluru masuk ke tandas sepatutnya. Dia menghiraukan lelaki yang berada di depannya tadi.

Selepas sahaja melepas hajat. Dia melangkah ke arah Umairah. "Dah lega dah?" soal Umairah. Dah tahu bertanya lagi. "Dah" kata Adira Afia sambil tersenyum. Mukanya tiba-tiba berubah. "Ya allah umai! Ya allah, malunya" teriak Adira Afia. "Ehh fia, kau kenapa ni" soal Adira Afia. Tiba-tiba sahaja kawannya meraung.

Adira Afia menceritakan apa yang berlaku tadi kepada Umairah. "Dahtu laki tu tak cakap apa-apa?" soal Umairah tertanya. Adira Afia mengeleng. "Mana buku aku?" soal Adira Afia sambil menghulurkan tanganya. "Mana ada dekat aku...kau yang pegang tadi masa pergi tandas" kata Umairah lagi. Riak wajah Adira Afia bertukar gelisah. "Ha sudah, kau tinggal kat mana" Soal Umairah lagi. Cuai betulah kawannya itu.

"Wei macam mana ni?" soal Adira Afia. Dia sudah gelisah dan sebak. "Okey macam ni tadi kau pergi tandas kau ada tinggal tak kat mana-mana? Atas singki ke?" kata Umairah lagi sambil melihat Adira Afia yang gelisah.

Adira Afia cuba mengigati kembali di mana dia tinggal bukunya itu. "alamak...Umai macam mana ni" Adira Afia meraung seperti ingin menangis. "Haih, kenapa pulak?" soal Umairah. "Buku tu terjatuh kat tandas laki" Raung Adira Afia. "Ya allah, kau ni kenapa cuai sangat, sekarang ni nak buat apa ni?" Soal Umairah lagi. Pening dia dengan peragai kawan baiknya itu.

Adira Afia mencari bukunya itu tetapi tidak jumpa. Dia berfikir mungkin ada orang yang sudah mengambilnya. Dia resah, di mana dia hendak cari buku tu balik? nak beli baru? pasti tak sama kerana buku tersebut mempunyai tanda tangan Asy. 

"Kau kata buku tu jatuh dalam tandas laki kan dan masa kau masuk tandas tu ada seorang lelaki" kata Umairah kepada kawan baiknya itu. Adira Afia mengangguk laju. "Hah, kau ingat rupa laki tu macam mana? cara pemakain dia tu macam mana?" soal Umairah bertubi-tubi. Dia ingin menolong kawan baiknya itu. Dia taknak kawan baiknya itu meraung tak sudah nanti. Adira Afia cube mengigati kembali. "Lelaki tu tinggi, pakai sut, putih tapi muka dia hmm aku tak sure" kata Adira Afia lagi. Yelah dia terlampau terkejut macam mana dia nak ingat sangat rupa laki tu.

"Hai?" tegur seseorang. "Eh Faiq, awak buat apa kat sini?" Soal Umairah sambil matanya melilau mencari seseorang. "Cari Airil ke? dia tak ada, dia tak ikut saya" kata Faiq sambil melihat Adira Afia. "owh ya ka, Fia aku pergi beli minuman kejap, Haus pulak tekak aku...kau nak apa-apa tak?" katanya Umairah lalu beredar selepas sahaja Adira Afia menolak. Faiq melihat Adira Afia. Adira Afia berasa kurang senang kerana ditenung  oleh Faiq. "You lost something?"  soal Faiq kepada Adira Afia sambil menghulurkan buku. Dahi Adira Afia berkerut. 'Mana dia jumpa buku ni?' detik hati Adira Afia. Adira Afia meneliti Faiq sebetul-betulnya. 'Sut, tinggi dan putih' detik hati Adira Afia lagi. Adira Afia mengambil buku tersebut dari huluran Faiq. "Where did you find this?" soal Adira Afia kepada Faiq.

"Tandas, awak tertinggal" Kata Faiq pendek. "You? yang saya..." tidak sempat Adira Afia meneruskan kata-katanya itu Faiq menyampuk. "Ya yang awak tercenggang tengok saya sebab awak salah masuk tandas" Kata Faiq lagi. Muka Adira Afia mula bertukar merah. Malu dia dengan situasi itu yang terjadi, itulah cuai sangat. Tapi pemakaian Faiq ini serupa dengan seseorang. Tak mungkin, kebetulan agaknya. "Thank you, and sorry about that im in hurry" Kata Adira Afia yang sedang menahan malu. "Tak apa, jangan cuai je lain kali, buku tu berharga" Kata Faiq lagi. Mukanya agak serius bila berkata-kata. Adira Afia meniliti rupa paras Faiq. Baru sekarang dia dapat melihat muka Faiq sebetulnya. Agak kacak bila berhadapan, kulitnya itu keputihan dan matanya yang berwarna hazel yang dapat membuat seseorang terpegun bila melihatnya itu.

Bersambung...

***********************************************************************************************

Disebabkan ada situasi mengenai wabak covid-19 ini  sis ada masa untuk menyambung cerita MYSTERIOSER MANN Sis harap korang jaga diri baik-baik dan duduk di rumah je dengan keluarnya perintah larangan. Jadi isi masa korang dengan membaca whatpadd atau solat, baca alquran. Sis harap korang sihat insyaallah

Macam mana cerita kali ini? buat korang tertanya-tanya tak? 

Sis nak mintak Maaf kalau ada sebarang kekurangan dalam cerita ini dan sis harap korang dapat memberi sokongan pada sis. Terima kasih yang sudi baca cerita ini walaupun terdapat kekurangan.



MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now